Fitnah Ke atas Sultan Johor Dan Perdana Menteri

Share


Sultan Johor n PMSultan Johor larang Perdana Menteri menggunakan Lapangan Terbang Senai, itulah antara ayat-ayat dusta yang berlegar samada di media sosial, atau sistem khidmat pesanan ringkas di telefon mudah alih yang berlegar sejak semalam.

Hakikatnya, Perdana Menteri telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu (malam) atas jemputan oleh negara republik tersebut sempena sambutan hari kebangsaan Singapura serta memenuhi aturcara-aturcara tertentu di negara republik itu.

Keesokkan paginya pula (Ahad), Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan menaiki kenderaan dari seberang tambak. Setelah tamat mesyuarat UMNO Pasir Gudang, Perdana Menteri telah kembali ke Singapura bagi menghadiri program rasmi di sana yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Asean dan Sultan serta Tengku Mahkota Johor.

Malah, Perdana Menteri dan Sultan Johor turut bertemu dan berbual di majlis tersebut dengan keadaan mesra dan penuh hormat.

Menurut sumber, dengan aturcara yang padat di Singapura, adalah tidak munasabah untuk mana-mana pihak menimbulkan isu-isu yang tidak benar, atau lebih tepat, fitnah. Cerita kononnya pesawat yang membawa Perdana Menteri tidak diizinkan mendarat di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya timbul.

kereta singapura

Lucu juga apabila ada yang marah kerana Perdana Menteri kononnya tidak partiotisma kerana menaiki kereta bernombor plat Singapura ke mesyuarat UMNO Pasir Gudang. Apa yang hendak dihairankan, jika Perdana Menteri sudah berada di Singapura sejak Sabtu malam bagi memenuhi aturcara-aturcara tertentu di negara itu. Lainlah jika beliau bergerak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta! 



6 thoughts on “Fitnah Ke atas Sultan Johor Dan Perdana Menteri

  • August 11, 2015 at 12:54 pm
    Permalink

    Tak abis2 nak fitnah je keja…

    Reply
  • August 11, 2015 at 1:05 pm
    Permalink

    Hal2 atau cerita sedemikian sudah menjadi rasmi atau asam garam manusia. Bila mereka sudah namakan sesaorang sebagai lauk untuk kena belasah, mereka akan belasah habis2. Kali ini memang giliran PM Najib jadi mangsa belasah. Apa juga yang berkaitan dengan Najib akan di pusing putar, dibelit dan diserabutkan.

    Kalau PM Najib pergi buat haji atau umrah sekarang pun mereka akan cakap Najib ambik flight pergi ke Bangkok. Lepas Bangkok Najib akan ke Paris untuk shopping sama isteri dia. Kita rasa Najib redha akan hal ini dan beliau pastinya pasrah atas keadaan luar kawalan dia. Spin, spun, spoon semua cukup lengkap kerana itulah yang sedap diperkata dan hebat didengar.

    Saya dikedai cina untuk beli spare part baru2 ini. Si amoi cashier mintak semula bill yang diberi pada saya untuk dimasokkan clause GST. katanya GST mesti masok pasai ini duit mahu beri PM. PM mahu beli lagi satu cincin untuk Rosmah.

    Pada kita ini bukan kelakar, bukan gurauan tapi satu penghinaan yang direka untuk didengar sebagai satu yang hebat. kalau benda macam ini didengar oleh simamat tiap hari simamat akan fikir… memang jahat PM kita, semua duit disapunya.

    Ini satu persepsi jahat, bukan nakal lagi.

    Reply
  • August 11, 2015 at 1:07 pm
    Permalink

    Say No 2 fitnah dan politik longkang.

    Reply
  • August 11, 2015 at 6:03 pm
    Permalink

    Tak rugi kalau semua pihak kembali kepangkal jalan,jangan fitnah tapi carilah penyelesaian.Yang tetap keras kepal biar pi depa tu.yg rasional kena kembali bersatu.

    Reply
  • August 11, 2015 at 9:03 pm
    Permalink

    Bakar kacang merah tak mengulas pun ? biasanya komen dia yg penuh , panjang berjela kat MYKMU ni. mcm org gila populariti pun ada. hahaha

    Reply
  • August 16, 2015 at 8:49 am
    Permalink

    Ada komen dari Abu Bakar je saya dah skip, tambah pulak yg panjang berjela. Kalau ianya dalam wasap, xyah baca terus delete.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *