RM 2.6 BILION DALAM AKAUN PM BUKAN DARIPADA 1MDB – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan kemasukan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia Development Berhad.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

SPRM juga memaklumkan bahawa siasatan mereka hanya bertumpu kepada isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

35 thoughts on “RM 2.6 BILION DALAM AKAUN PM BUKAN DARIPADA 1MDB – SPRM

  • August 3, 2015 at 6:17 pm
    Permalink

    Kalau bukan dari 1MDB dari siapa? Maka yang selama ini Najib dan para balacinya menafikan pasal RM 2.63 bilion itu pasal apa? Malahan Najib takut sangat nak mengaku dia ada dua buah akaun di AmBank dan dua akaun itu digunakan untuk masukkan RM 2.63 bilion itu pasal apa?

    Maka benarlah kertas pertuduhan yang dibuat itu, kerana wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu tak diishtiharkan, mungkin wang yang terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Akhirnya kebenaran terbongkar, Najib patut letak jawatan dengan segera kerana dia dah ada kes jenayah yang perlu dibicarakan di mahkamah.

    Tak pasal-pasal Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal, malahan Tan Sri Abdul Gani dipecat gara-gara skandal jenayah Najib ini.

    Lepas ni nak tengoklah apa lagi auta dari Semangat CASH IS KING, omega, Anak Nogori, System Baru mengenai pembongkaran yang terbaru ini.

    Ingatlah, sampai bila nak berbohong, nanti akan terbongkar jua.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:17 pm
    Permalink

    Jika Mamak Kutty putih sesuci salju kami mahukan #Nothing2HideVersionMamakKutty. Kalo dia berjaya, barulah dia layak mengata Najib macam2. Tp beliau sendiri sedar 22 tahun “DARK AGES” dipenuhi pelbagai skandal dan penyelewengan. Kalo nk berlagak suci, seseorang kena buktikan dirinya suci jika tidak beliau akan dipanggil Hipokrit.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:27 pm
    Permalink

    Apahal ni Semangat CASH IS KING, takut bos kau tu kena penjara dan kau tak dapat lagi dua tiga ringgit yang dia lempar ke muka hari-hari untuk kau jadi pecacai dia itu kah?

    Isunya kini bukannya isu melibatkan Tun Dr. Mahathir, isunya adalah sebenarnya memang ada RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Najib yang dibuka hanya beberapa bulan sahaja dan kemudiannya ditutup untuk menyorokkan bukti, tapi bangkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun lalang, akhirnya terbongkar.

    Malahan berhubung kertas pertuduhan itu adalah adalah draf kertas pertuduhan yang sebenar, Najib pecat Tan Sri Gani dari jawatan peguam negara secara salah kerana Najib dah naik gelabah pihak Jabatan Peguam Negara nak dakwa dia yang dipercayai pendakwaan itu akan dibuat pada 31 Julai 2015 pada hari Sabtu yang lalu.

    Akhirnya terbongkar juga, tapi pecacai Najib terus meroyan sebab nanti tak dapatlah dua tiga ringgit setiap hari dari Najib selepas Najib dipenjarakan. Itulah jenis manusia jahat akan menerima pembalasannya.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:29 pm
    Permalink

    Wow ! Maknanya benarlah ada duit rm 2 billion dlm akaun peribadi najib . Hebat!

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:31 pm
    Permalink

    #NajibRoar
    #MamakKuttyKepanasan
    #PembangkangMenggelupur
    #PensabotajDiburu

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:34 pm
    Permalink

    Gambus, yang sedihnya tak pasal-pasal kerana Najib nak sorokkan skandal jenayahnya ini, maka Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal, dan Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat, malahan Tan Sri Abdul Gani Patail dituduh sebagai sakit dan dipecat serta merta tanpa sebarang notis dan dihalang masuk ke pejabatnya pada hari pemberitahuan pemecatan itu.

    Itulah, kebenaran akan terbongkar, di bahagian-bahagian UMNO seluruh negara selepas ini tentunya makin panas perdebatan isu ini di kalangan para perwakilan yang bermesyuarat.

    Harapnya UMNO ambil tindakan segera dengan memecat Najib kerana sudah ada skandal jenayah melibatkan dirinya, mana UMNO nak letak muka kerana sekarang ini seorang suspek penjenayah menjadi Presiden UMNO? Sedarlah semua.

    Kalau Najib enggan, semua peringkat UMNO dari cawangan hinggalah ke peringkat pusat membuat mesyuarat khas untuk memecat Najib berdasarkan apa cara yang boleh mengikut perlembagaan parti, kerana Najib dah jadi suspek penjenayah, takkan UMNO nak berpresidenkan seorang suspek jenayah yang mana bukti jenayahnya dah terbentang di depan mata cuma tak ditangkap sahaja lagi.

    Sedarlah semua.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:36 pm
    Permalink

    Harapnya Ketua Polis Negara jadi celik akal sikit, sudah-sudahlah nak berharap kontrak jawatannya itu disambung hingga dia mati oleh Najib, kerana Najib sekarang ni dah tak ada arah tujuan lagi dah, makin terbongkar segala salah laku Najib selama ini.

    Harapnya lepas ini Ketua Polis Negara ini dipecat dan didakwa di mahkamah kerana membela dan menyembunyikan serta bersubahat dengan kegiatan jenayah. Dia tahu pun dia masih nak lindungi juga, bersubahatlah tu, penjarakan Khalid Abu Bakar ni, itulah yang sesuai untuk pengkhianat sepertinya itu.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:37 pm
    Permalink

    Selepas ini sesiapa penjawat awam yang mempunyai wang didalam akaun berjuta ringgit tidak perlu risau kerana cakap sahaja wang tersebut adalah hasil derma orang ramai.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:40 pm
    Permalink

    Tangkap Najib, Najib suspek penjenayah, tangkap Khalid Abu Bakar, pengkhianat negara, pengkhianat pakaian seragam Sang Saka Biru, bermati-matian dia bela suspek jenayah seperti Najib ini, ramai orang yang mendedahkan jenayah Najib ditangkap dan dikenakan bermacam-macam tindakan, tapi Najib dibiarkan bebas melakukan jenayah yang seterusnya pula.

    Para pengkhianat ini perlu ditangkap, dilokapkan, disoal siasat, diheret ke muka pengadilan dan humban mereka ini ke dalam penjara, itulah yang sesuai untuk pengkhianat, malahan kalau pengkhianat mereka ini di luar batasan, eloknya hukum gantung sahaja, buat menyemak dalam penjara, kerajaan tak pasal-pasal pula kena biaya makan minum pengkhinat ini dalam penjara pula.

    Sedarlah semu.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:48 pm
    Permalink

    Isunya siapa penyumbang ‘dana RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta’ itu?

    Malahan tindakan penyaluran dana itu secara berlapis adalah satu tindakan yang meragukan dan boleh dikategorikan sebagai pengubahan wang haram.

    Yang peliknya, hari ni seorang lagi pegawai SPRM yang kena tahan dan disoal siasat, tapi suspek jenayah sebenar masih bebas biar pun dia tengah gelabah sekarang ini.

    Patunya tangkap sekali Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara penipu tu, dia ni bersubahat melindungi kegiatan jenayah Najib, bangsat sepertinya itu tak layak jadi Ketua Polis Negara, hanya mencemarkan maruah Sang Saka Biru sahajalah.

    Apa yang jelas adalah ramai orang dijadikan mangsa kerana nak sorokkan jenayah yang dibuat oleh Najib ini.

    Lihatlah betapa kejinya pihak-pihak yang berkenaan. Sedarlah semua.

    Reply
  • August 3, 2015 at 6:58 pm
    Permalink

    Selama ni x pernah aku dgr duit mcm ni masuk akaun peribadi , mmg bodohlan najib ni , belajar tinggi2 psl akaunting dan perniagaan mmg tak bergunalaa najib oiii .. dapigs yg banyak dpt dana pun pandai takkan nasuk akaun peribadi

    Reply
  • August 3, 2015 at 7:23 pm
    Permalink

    Sebagai Presiden UMNO tiada kesalahan untuk tujuan pilihanraya la.. kenapa la Melayu ni sikap dengki tak pernah padam ye? Kalau puak DAP PKR yang berjuta-juta dalam bank walaupun baru je tak sampai 10 tahun mcm pizi tu kau tak kuiri pulak? AP DAP yang ada rumah agam dan kereta berjuta tu ko tak bising pulak? Cuba tanya puak pembangkang DAP PKR yang tahap macam International tu..

    Reply
  • August 3, 2015 at 7:24 pm
    Permalink

    Jadi mmg ada kebenaran la klip video TSMY aritu…beliau mendakwa pernah bertanya sendiri kepada tuan punya badan Najib pasal USD700 million tu…

    Reply
  • August 3, 2015 at 7:29 pm
    Permalink

    Mr Y August 3rd, 2015 at 7:23 PM…Mesti la dengki sebab kami ahli2 CASH IS KING nie dapat angin keluar asap jer…penat2 dok defend dlm mykmu nie…aleh2 btol la pulak klip TSMY…ingat senang ke nak U-TURN kasi belit balik…cakap la siang2 baru la kita bleh plan camna mau spin…..hehehehe

    Reply
  • August 3, 2015 at 7:38 pm
    Permalink

    Tak payah nak pusing2 lagi kaki ampu Najib semua. sekarang sememangnya dah terbukti ada duit masuk ke dalam akaun peribadi Najib. nak tegakkan kebenaran apa lagi. Itu baru satu kebenaran, sekarang cuba pula tanya balik Najib, jika wang itu dimasukkan sebagai fixed deposit kedalam bank, selama akaun belum ditutup, darabkan dengan interest FD, kemana pula duit interest tu pergi, takkan bagi balik pada penderma pulak. Itu belum lagi timbul isu siapa yang menderma pulak ya.

    Reply
  • August 3, 2015 at 7:41 pm
    Permalink

    So,sambut je la cabaran smua dedah dana pilihanraya.,baru tau sapa yg ambik duit yahudi

    Reply
  • August 3, 2015 at 7:56 pm
    Permalink

    DaPIG dana dari singaPORK dan pGAYr dana Yahudi. PAS post muktamar mungkin kutipan tin2 ceramah dan tabung2 derma di pasaraya. GHB dana ihsan daPIG dan pGAYr.

    Reply
  • August 3, 2015 at 8:04 pm
    Permalink

    do you xpect us to believe this shit

    Reply
  • August 3, 2015 at 9:36 pm
    Permalink

    .mane duit tu skg..semangat dato katon,ko pegi tnye kt najib.x da bhgn ke.

    Reply
  • August 3, 2015 at 9:40 pm
    Permalink

    semangat dato’ haron August 3rd, 2015 at 7:56 PM…Jawapan ko blom lengkap tanpa satu menda ni haaa…

    DaPIG mintak $$$….singaPORK bagi duit TETAPI bila dapat Malaysia bagi kat gua….

    PAS kutip $$$$…..peserta bagi $$$ dlm tin milo TETAPI mintak HUDUD PAS last2 dapat asap jer…

    GHB mintak sedekah….daPIG+pGAYr bagi $$$ skit TETAPI kena menyalak utk gua…dan relakan diri diliwat.

    Najib mintak $$$$….ehem2 bagi $$$$…Najib pon lancarkan CASH IS KING strategy mau menang PRU13…menang asap2 jer…ehem2 takan takde apa2…takan bagi free jer.

    Sebab tu la jgn sesuka hati makan budi org luar…cuma rata2 org UMNO dah tau mana duit DAP/PAS/PKR dtg..dan kenapa puak2 PR tu tanak cakap secara rasmi kerana bahana persepsi rakyat akan terkena kat diorang balik. Selama ini pon UMNO punya war chest diketahui oleh AMT UMNO…sumber mana dtg…sapa pegang…aku sendiri tau mana dtg RM1.4 billion yg ditinggalkan oleh Tun M kepada Pak Lah masa handover dulu. Cerita di sini kenapa TSMY melalui klip video dia mcm terkejut psl duit tu..? Dia siap tanya daripada sapa? Berapa jumlah? Dah la tu masa Tun M mana ada dia war2 cash is king…mcm diam2 supaya musuh2 UMNO tak tau. Tun M pernah tanya jugak mana pegi duit byk2 yg dia tinggalkan pada UMNO sampai abis 5 negeri kalah masa Pak Lah dan smpai skrg tak menang2 2/3 mcm dulu.

    Reply
  • August 3, 2015 at 9:48 pm
    Permalink

    1. betul ada masuk udd700 juta akaun peribadi..
    2. derma tapi sumber mana .. gubah wang haram atau 1mdb (pusing2 ikut pintu belakang).
    3. semua utk pru13 .. gila!! .. kemenangan bn boleh dibatalkan.
    4. najib undur!

    Reply
  • August 3, 2015 at 9:51 pm
    Permalink

    Sejak dari dulu lagi party memerintah mahu pun pembangkang menerima pembiayaan untuk expenses P/Raya yang disumbang oleh pemberi dana dari dalam dan luar negara. Sebab itu parlimen pernah syorkan untuk party2 mengistiharkan sumber dana masing2 , tetapi awal2 lagi di tolak oleh pihak pembangkang. Kenapa mereka enggan mengistiharkan sumber? Kerana mereka takut penyumbang mereka dikenali.

    Kenapa kerajaan berani ? kerana kerajaan menerima dari sumber yang sah. Sumber sah bermaana bukan dari Yahudi dan bukan dari cartel dadah dari mexico atau columbia.

    Untuk senang difahami, menerima dana sebegitu tidak menyalahi mana2 undang2 , asalkan tujuan dana digunakan itu jelas. Obama juga menerima dana dari luar untuk PR mereka. PM najib tidak mahu jump the gun dengan tidak memngumumkan fakta dari awal kerana 1MDB dibawah siasatan. Siasatan itu pun kerajaan yang kerahkan.

    Kita suka menunggu komen Madey mengenai moral seorang PM yang menerima dana. Kita pasti Madey akan pilih untuk berdiam buat seketika kerana dia sendiri melalui hal yang sama dizaman 22 tahun era nya.

    Pada yang tidak mahu faham, mereka tetap akan terus begitu tanpa cuba memahami.

    Reply
  • August 3, 2015 at 9:57 pm
    Permalink

    Bila kalah 5 negeri dikatakan kerajaan lemah. Jika berjaya merampas kembali dituduhnya kerajaan tipu undi dgn mengimpot 40 ribu bangla pergi mengundi. Malangnya bukti bangla benar2 wujud masih belum dibukti hingga kini.

    Malang sungguh negara Malaysia berakyatkan manusia cetek, dangkal lagi bengap otaknya. Dengan segala kebencian yang ada terhadap begara sendiri , malangnya mereka masih disini, tanpa pernah menamakan begara alternatif buat mereka migrate dan menginap selepas bosan disini.

    Reply
  • August 3, 2015 at 10:08 pm
    Permalink

    so berapa percent rosmah punya???

    Reply
  • August 3, 2015 at 10:08 pm
    Permalink

    memang terok memang teruk,

    mengapa masuk akaun peribadi,
    mengapa tutup akaun,

    banyaknya dpd seorang penderma, melebihi keperluan pilihanraya,

    polis kena siasat dari segi unsur jenayah..
    sprm unsur rasuah,
    bnm dari segi tata kelola wang ..

    najib masih terbelit lingkaran ular sawa ciptaannya sendiri.

    undur!

    Reply
  • August 3, 2015 at 10:33 pm
    Permalink

    Semua ibadah ( solat, puasa, zakat, haji,bekerja, bersahabat,berpolitik, memberi .asihat, memberi pandangan dan lain lain) bermula dari hati ( niat ) maka jika niat baik atau jahat hanya org berniat itu dan allah saja yang tahu kita hanya nampak dari zahir saja. Ibadat ada 4 ia itu hati, mulut, angota dan harta jaga la ia dgn baik sebab allah mengajar manusia hidup di dunia dgn 2 hukum ia itu hukum syarak (hukum agama islam) dan hukum jazak (hukum pembalasan di akhirat ia itu buat baik d dunia d balas baik d akhirat dan sebalik nya). Maka kita seorang islam percaya la pada hukum allah swt, dunia ini perjalanan ke alam kekal.

    Reply
  • August 3, 2015 at 10:42 pm
    Permalink

    Memang Terok August 3rd, 2015 at 9:57 PM….Kalau dah kalah 5 negeri maknanya lemah la woi…bukti bangla ka apa ka itu sume gebang2 PR sebab diorang dah naik kepala. Sapa2 pon tak caya. Realiti adalah dulu UMNO kuat…menang 2/3…pastu kalah 5 negeri…musang2 berbulu ayam makin membiak…ex-PKR berebut2 masuk dlm UMNO/PAS…jadi duri dlm daging. Yg best tu ahli2 cash is king UMNO pon tau tapi yg penting kena kebas dulu byk2. TSMY pernah bagitau warlord2 veteran nie pencen aje laa…bagi la muka2 baru….satu dewan bersorak sbb diorang pon tau ada kebenarannya. So, aku cadangkan ahli2 cash is king supaya migrate sbb $$$ dah banyak…musang2 berbulu ayam pon migrate…yg ex-pkr yg terjerit2 bela UMNO walhal mau kasi lemah UMNO kasi tendang…last sekali yg dok merapu2 tapi tak register jadi ahli UMNO sila register dulu.

    Reply
  • August 4, 2015 at 12:36 am
    Permalink

    Hai..
    Lepas satu, satu lagi terbongkar.. orang tua2 kata bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru. Jelasnya.. SPRM sebut Najib bersalah kerana terima dana RM2.6 bilion wang penderma(hantu mana tak tahu sebab takda nama), kita tak tahu penderma tersebut bagi pada Najib atau UMNO atau K’jaan M’sia. Najib kena terangkan dengan jelas dan segera jika tak mahu fitnah baru. Jika penderma bagi pada Najib rasanya takda masalah dibankkan dlm akaun persendirian dia.. cumanya layakkan seorang perdana menteri yg kaya-raya dan isterinya hidup mewah terima derma yg biasanya hanya orang miskin yg terima derma ni atau badan2 sukarela. Dan apa yg lebih penting apakah derma ini sebahgian dari rasuah yg perlu dibayar ganti oleh Najib/ k’jaan m’sia berupa projek2 negara dan seumpamanya. Atas sebab itu.. nama pemberi derma mesti didedahkan. Isu yg hampir sama dah berlaku iaitu sebelum pru13 tak silap bila ada penderma yg bagi derma pada KM S’bah.. rupanya penderma dapat kawasan balak. Tapi senyap… harapnya sekali ni SPRM jangan sapu bawah tikar lagi atau ketua SPRM baik letak jawatan kalau tak mampu.
    Untuk ahli UMNO ketahuilah.. Presiden kamu sekarang dah lakukan kesalahan jenayah, mengekalkan presiden yg ada bermakna kamu berketuakan penjenayah. Apakah kamu semua takda maruah hingga sanggup bersekongkol menerima penjenayah sebagai ketua kamu. Tak cukupkah lagi kamu dimalukan dengan ketua wanita terpalit isu lembu dahulu hingga mereka semua dilembukan rakyat. Apakah sekarang kamu mahu berketuakan penjenayah fakir-miskin?
    Mr. Presiden tolong jawab segera, jangan susahkan penyokong dan ahli kamu.

    Reply
  • August 4, 2015 at 7:51 am
    Permalink

    Kenapa diseru untuk PM undur. Negara ada undang2. Gunakan undang2 yang ada, keluarkan segala bukti dan dakwa Najib.

    Ingat kisah seorang peliwat tersohor negara ? Segala pembuktian diketengahkan. DNA, CCTV footage, saksi2, keengganan tampilkan alibi, keengganan bersumpah…. semua itu melayakkan dia berehat disatu tempat selama 5 tahun. Jika dia diseru masok penjara sudah tentu dia enggan masok. Tetapi undang2 yang memasokkan doa kesitu setelah persabitan.

    Sama juga dalam hal yang lain nya. Buktikan. Tak ada bukti ??? kalau tak ada duduk diam2. Jangan buat bising.

    Reply
  • August 4, 2015 at 10:27 am
    Permalink

    Apa cer.. pendakwaraya paling besar pun dilucut jawatan tampa pengetahuan dan alasan yg munasabah. AG sihat walafiat dikatakan sakit? siapa yg sakit ni.. penyiasat disiasat.. siapa yg sebenarnya disyaki bersalah ni, pemberi maklumat ditangkap.. camana rakat nak dapat cerita sebenar.
    Kenapa orang yg dituduh tak jawap dengan betul dan iklas.. tak payah kecoh2, tak payah habis masa dan wang nak tubus badan siasatan bagai yg kemudiannya dicurigai. Budak sekolah pun nak menipu bagus sikit alasannya berbanding tukang2 kipas.

    Reply
  • August 4, 2015 at 11:59 am
    Permalink

    Seronok menonton ‘sawan politik’ yang sedang dihidapi oleh abu bakar, tun dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka. Nampak gayanya ‘political seizures’ mereka ni akan berpanjangan. Clear manifestation of permanent brain damage.

    To all mykmu forumer, please come and buy some kacang goreng, sit down and lets enjoy their show!

    Reply
  • August 5, 2015 at 1:08 am
    Permalink

    aku rase pro najib ni yang kepanasan sebab tetibe keluar kenyataan yang duit tu betul masuk.. penat la dok nafi buat post moterm bagai.. siap siasat document ade super impose la, nama salah, swiftcode silap, alamat tempat lain, nafi punye nafi semue, last2 memang akaun ade, duit dah masuk dan akaun dah siap tutup.. hehehe!

    Reply
  • August 5, 2015 at 2:06 am
    Permalink

    Kalau betul tu duit sumbangan…apa kata dermakan terus ke rumah2 kebajikan…terbukti pemimpin memang nak berbakti kepada rakyat

    Reply
  • August 11, 2015 at 2:18 pm
    Permalink

    Duit itu SPRM punya la kalau untuk election, betul tak? Bagus la…..Kalau macam tu bukan duit Najib la? Kalau duit SPRM , kita minta keluarkan duit itu dari tabung sdn bhd nya dan masuk balik dalam akaun SPRM betul ke? Pelik betul dunia politik ini. Mungkin aku ni kurang faham. Takkan semua bank tak bagi UMNO tau SPRM buka akaun sendiri kot? Sampai kena guna account persendirian orang? Kalau orang tak check tak perlu declare pulak tu. Kalau dari luar negara pulak tu bukan ada peraturan Anti-Money Laundering ke? Tak perlu pulak check betul betul? Pelik pelik…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *