Pas punca perpecahan – Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mempertahankan DAP apabila mendakwa parti itu bukan menjadi punca utama perpecahan dalam pakatan pembangkang sebaliknya masalah itu bermula daripada Pas.

Pada masa sama beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat juga meminta setiap ahli Pas agar mengkaji semula punca perpecahan tersebut yang sebelum ini sering kali dilemparkan hanya kepada DAP namun hakikatnya parti itu sendiri mempunyai banyak kesilapan.

“Ahli Pas perlu kaji semula, mungkin bukan satu parti sahaja yang menjadi punca, mungkin DAP ada sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan itu tetapi pada hakikatnya Pas sendiri ada banyak kesilapan.

“Pas sendiri ada banyak kesilapan dan kita telah tegur dalam mesyuarat Pas Pusat. Pelbagai kes kita tegur, tetapi sejak tahun 2013 dapat dilihat wujud satu usaha yang tidak begitu jujur dengan pakatan bersama ini.

“Pas pernah adakan Multaqa Ulama pada 2013 selepas pilihan raya umum lalu di mana resolusinya untuk mengkaji tahaluf siyasi dengan PKR, manakala untuk tahun 2015 pula tahaluf siyasi dengan DAP.

“Dari sini kita nampak seolah-olah pelbagai punca dicari oleh Pas untuk dijadikan masalah dan perbalahan bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran GHB Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Yang turut hadir Pengerusi GHB Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Pengerusi GHB Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib Hasnul Baharuddin; Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa lagi bekas pe­mimpin Pas.

Tambah Khalid, tindakan Pas memutuskan hubungan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana landasan yang telah diikuti selama ini telah pun mencapai kejayaan.

Katanya, hasil kerjasama tersebut Pas mencapai pencapaian yang cukup hebat berbanding dengan sokongan yang diterima parti itu sebelum-sebelum ini terutama pada tahun 2004.

“Hasil kerjasama itu, kini undi Melayu semakin bertambah, termasuklah dari bukan Islam. Kita telah mencipta satu kejayaan bersama-sama (pakatan pembangkang) sebab itu saya kata pelik kenapa timbul lagi pergaduhan.

“Kalau sebelum ini kita menemui kegagalan dan sebagainya, logiklah kalau bertindak begitu (memutuskan hubungan),” katanya.

Utusan

11 thoughts on “Pas punca perpecahan – Khalid Samad

  • July 21, 2015 at 11:56 AM
    Permalink

    Tanpa PAS, Khalid Samad kena berfikir secara serius career politiknya kerana jika berlaku pertembungan 3 segi PAS, UMNO dan parti serpihan PAS, semua tahu siapa yg bakal menang. Case Kota Damansara akan berulang di seluruh DUN dan Parlimen majoriti Melayu di seluruh Selangor.

    Reply
  • July 21, 2015 at 12:27 PM
    Permalink

    Khalid Samad perlu akui, tanpa PAS dia takkan menang mana2 kerusi yg bakal ditandingi pada PRU akan datang.

    BTW, apahal kepimpinan PAS tak ambik tindakan kat mereka yg jelas telah MEMBELOT perjuangan PAS?

    Hassan Ali senang2 kena tendang keluar PAS, tapi Khalid Samad & the gang masih lagi berada dalam PAS!!!

    Reply
  • July 21, 2015 at 1:24 PM
    Permalink

    Group tonggong 18 orang ni dah lama duduk dalam payrole DAP, itu bukan rahsia…so apa yang dapat depa lakukan melainkan mengikut kehendak DAP, aku tak hairan parti baru mat sabu nanti akan berkubur begitu saja dan depa ni akan terus terserap dalam DAP…diberi jawatan middle level dan tak punya apa-apa kuasa melainkan cosmetic gesture DAP adalah parti berbilang kaum.

    Reply
  • July 21, 2015 at 5:39 PM
    Permalink

    muka-muka yang dapat duit bulanan daripada DAPigs , bila dah takde kuasa dalam PAS terpaksa buat parti baru untuk tunjuk kepada TUAN MEREKA DAPIgs yang mereka ni masih ada jawatan dan bersedia untuk perbodohkan orang Melayu

    Bagi aku Hassan Ali senang kena buang sebab dapat restu DAPigs , golongan pro murtad dalam DAPigs dah marah sgt dengan Hassan Ali ni , berbanding geng 18 ni yang dapat sokongan DAPigs , tu yang PAS takut

    Aku nak tgk geng 18 ni adakah jatuh talak dengan bini masing-masing akibat undang2 gilaa ketika bersama PAS dulu

    Reply
  • July 21, 2015 at 6:33 PM
    Permalink

    tak sabar aku nak tengok ‘Islam’ apa akan dibawa oleh GHB dalam ‘pakatan baru’ yang sudah tentu kita tahu ianya tetap haram(tak akan didaftar juga)

    Reply
  • July 22, 2015 at 3:33 PM
    Permalink

    Yup, I agree with saudara Gambus on this subject

    Aku pun tak sabar nak tengok adakah geng 18 ini jatuh talak dengan bini akibat undang2 gila ketika bersama PAS

    Sumpah BAI’AH ni, hehehehehe

    Reply
  • July 23, 2015 at 8:09 AM
    Permalink

    Aku tengok , PAS masih tidur. kenyang sangat makan makanan open house. Wan rahim , khalid samad and the gangs masih bebas berleluasa membelasah,mengajar org pas meludah pas dalam media. naib2 presiden pas yg konon team ulama semua jadi bacul & membisu tiba2. hakikatnya , nk menyerang geng 18 itu mereka pun takde keberanian. sebab masih terikat dengan pelbagai sentimen yg kita sendiri tak tahu. mungkin sentimen kawan , sentimen hutang , perniagaan , kolaborasi atau apa saja. masing2 ada kepentingan dalam isu GHB ini. baik dari kem ulama atau pun kem GHB. Mungkin ini balasan buat parti PAS yg Allah bagi & nak tunjuk pada org melayu.dan hanya melayu yg cerdik shj akan memisahkan diri dari terlibat dalam isu ini. melayu yg dungu akan hanyut dan mengikut rentak game plan mereka.

    Reply
  • July 27, 2015 at 8:48 PM
    Permalink

    khalid dr dulu lg dr awal lg sejak mng pru..kalau ada apa2 isu atau keadaan dia akan sebelah pihak parti kawan..dia akan pertahan pihak parti kawan dan sokong parti kawan tapi tidak parti sendiri..dalam apa2 keadaan pun dan apa2 isu pun

    Reply
  • July 27, 2015 at 9:38 PM
    Permalink

    khalid dr dulu lg kalau ada apa2 isu antara mereka dia akan sebelah parti kawan dan tidak menyokong parti sendiri..itu perangai dia..walau xda point dia tetap cari hujah dangkal untuk pertahan sebelah sana..malahan dia akan serang parti sendiri..itu perangai dia…

    Reply
  • July 27, 2015 at 9:46 PM
    Permalink

    Khalid ni perasan bagus..hebat rasa besar…pas pulak biar je sblm ni..tengok je perangai dia..dia naik syokk naik tocang…bila dh kalah jawatan sbb rasa besar tu yg mmberontak..semua org salah dia je yg betul..lama dh perhati..skrg tuhan tunjuk..

    tengok apa yg dia ckp bukan ada point apa pun..dia ckp sorang2 org dgr bole la..padahal tong kosong je..serupa mcm mt sabu..timb perasan besar mcm presiden

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.