Bangunan MARA Di Australia: Pembelian Ikut Prosedur, Menguntungkan, Dakwaan Harga Ditinggikan Dalam Siasatan

Share


KL01_190615_MARAPengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menjelaskan pembelian blok apartmen Dudley International House mengikut prosedur kewangan termasuk kelulusan Majlis Ekonomi Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Anuar Musa yang yang dihubungi MYKMU menyatakan pembelian ini tiada kena mengena dengan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal pro pembangkang hari ini.

“Saya hanya sebut dari segi prosedur pembelian ia mengikut prosedur sehingga ke Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusi oleh Perdana Menteri bukannya campur tangan Perdana Menteri dalam menentukan harga pembelian. Ia pembelian yang menguntungkan. Namun kita prihatin mengenai dakwaan ada rasuah dan penyelewengan dalam penentuan harga dan siapa yang terlibat.”

Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan Annuar Musa memberi tahu bahawa MARA telah memberi tempoh tujuh hari kepada anak syarikatnya, MARA Inc, untuk menjawab berhubung dakwaan skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia.

Beliau juga berkata MARA akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti pembelian blok apartmen Dudley International House yang dijadikan asrama pelajar tajaan agensi kerajaan itu sepertimana yang dilapor akhbar The Age.

“Saya beri masa tujuh hari pada MARA Inc supaya beri jawapan bertulis terperinci tentang apa yang ditulis oleh The Age dan dalam masa 14 hari, kita akan panggil mesyuarat khas Majlis supaya meneliti secara lebih terperinci.

“MARA Inc kena kemukakan alasan bertulis dan ulasan mengenai perkara yang dibangkitkan. Dan seterusnya menentukan apa langkah yang perlu diambil,” katanya lagi.

Akhbar Australia The Age mendakwa sekumpulan pegawai MARA yang amat kaya, menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida harga blok apartmen itu daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanair.

Mengulas lanjut, Annuar berkata laporan oleh The Age berhubung pembelian apartmen tersebut merupakan maklumat baru.

Ahli Parlimen Ketereh juga berkata MARA kini sedang menjalankan penyiasatan audit terhadap anak syarikatnya itu untuk tindakan lanjut.

“Apa yang dibangkitkan dalam The Age berkaitan pembelian terlebih bayar ini merupakan sesuatu di luar daripada pengetahuan kita sehingga masa ini.

“Dalam pengetahuan kita, untuk masa ini nilai oleh penilai antarabangsa jauh lebih tinggi dan kita membelinya dengan harga yang rendah.

“Dan di luar pengetahuan kami sekiranya nilainya ialah A$17.8 juta (RM51.5 juta) yang mana perkara ini akan disiasat,” katanya



9 thoughts on “Bangunan MARA Di Australia: Pembelian Ikut Prosedur, Menguntungkan, Dakwaan Harga Ditinggikan Dalam Siasatan

  • June 24, 2015 at 4:08 pm
    Permalink

    respon yang pantas semacam ini yang kita nak …

    Reply
  • June 24, 2015 at 5:07 pm
    Permalink

    Dah agak dah, gang yg kononnya berjuang utk rakyat akan spin cerita TS Anuar Musa. pada mereka apa sahaja kelemahan maka Najib akan dikaitkan sbg org bertanggung jawab. awat masa mamak tua jd PM dan berbagai skandal berlaku mereka nafikan Tun terlibat. Fikiran dibawah sedar ni akan cari seribu alasan utk halalkan tuduhan mereka.

    Reply
  • June 24, 2015 at 5:14 pm
    Permalink

    siapa pun yg menuduh perlulah dipanggil.untuk kemukakan bukti.. ini alih2 pihak yg dituduh pula kena wediakan bukti… huhhh pengsan cam gini beb!!! klu gitu senang2lah dia org nak buat cwrita…

    tak kisahlah betul atau tdk… bukti kena ada dulu, then tugas PDRM siasat. Setakat MARA sendiri yg menfaikannya, nak ke atau ada ke.yg nak dengar????

    jd tak payah buang masa byk sgt kerana masa itu juga sgt berharga.

    Reply
  • June 24, 2015 at 5:44 pm
    Permalink

    Pembelian ni ada kena mengena dgn geng SA,itu lah sebabnya beliau lain macam je .Minta boss tolong ,boss tak mahu tolong ,sendiri punya masalah, sendiri tanggung dan selesaikan.Itu sebabnya dia pi sokong Pak Mantan.Benda ni dah agak lama berlegar di kalangan pihak tertentu ,sekarang je baru secara terbuka.Pak Mantan minta orang lain yg letak jawatan,sekali geng dia pula yg kena letak jawatan nanti,baru tahu.

    Reply
  • June 27, 2015 at 10:18 am
    Permalink

    Apa yang rakyat Malaysia terlepas Malaysia pandang ialah hal ini ada kaitan dgn UNHCR. Akhir2 ini media Australia memainkan peranan utk mengkritik Malaysia dlm isu migran dan Rohingya

    Reply
  • June 27, 2015 at 10:33 am
    Permalink

    Robert Towle dahulu adalah UNHCR di Australia dan mengikut media Australia pada 2011-2013 menunjukkan Australia berusaha keras untuk menghantagr migran asing ke negaranya yg memohon suaka politik di Australia utk dihantar ke Malaysia.Australia pada mulanya setuju untuk tanggung kos ‘swap’ migran di Australia ke Malaysia, tapi mulanya hanya 800, bila dah sampai 100k migran Rohingya dia mula main peranan utk beri tekanan kepada Malaysia supaya kita tunduk dan akur kpd kemahuan mereka.Jadi Australia gunakan UNHCR, melalui Richard Towle utk pastikan kita tandatangan treaty refugee itu. Yang cuci tangan dalam diam kerajaan Burma dan Bangladesh

    Reply
  • June 27, 2015 at 10:51 am
    Permalink

    Utk pengetahuan rakyat Malaysia semua, Australia guna isu MARA ini untuk kita alihkan tumpuan pada isu peranan Australia dan UNHCR untuk pusing ratusan ribu migran yg mohon ke negaranya utk dihantar ke Malaysia, masalahnya ramai migran sanggup buat apa saja utk ke Australia termasuk dapatkan dokumen palsu UNHCR dan mereka tidak suka duduk di Malaysia yg dah memang byk masalah wang, banjir, gempa bumi,barang mahal dll. Jadi apa saya lihat Malaysia patut boikot produk tenusu dan buah-buahan serta sayuran atau lain2 produk Australia sekarang untuk beri mesej dan boleh kita tukar supply chain ke Iran,Korea,,China

    Reply
  • June 27, 2015 at 11:38 am
    Permalink

    Tadi saya hantar komen pasal UNHCR kenapa padam.Isu migran masuk Malaysia tengah hangat tiba2 Australia tukar cerita lain pulak nak bagi kita leka.Kenapa tak buka Pekung Richard Towle deals dgn kerajaan Australia nak pusing semua migran masuk sini dan suruh kita tanggung duit belanja pendatang ni?tutp cerita inertnet sini org lain keluar tempat lai. Sebenarnya boikot je barang Australia masuk malaysia.Malaysia boleh cari supply lain dari Korea,iran, mesir or China

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *