Najib “Cukup Jantan” Selesaikan Masalah negara

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Mahathir telah melancarkan bermacam-macam bentuk serangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Serangan yang cukup tidak bertanggungjawab ini sedikit sebanyak mengganggu pelaksanaan sistem yang kerajaan laksanakan.

Namun Najib tidak pernah gentar menghadapi segala fitnah, tohmahan, ugutan dan bermacam-macam lagi yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dan Mahathir. Segala pemasalahan beliau atasi satu persatu dengan penuh tertib dan bijaksana.

Mahathir-Najib

Dalam kelembutan Najib, beliau cukup tegas dalam membuat keputusan. Segala rengekan yang berunsurkan kepentingan peribadi dan mengabaikan kepentingan rakyat tidak mendapat perhatian beliau.

Oleh itu tuduhan Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur kerana bimbang didakwa di mahkamah adalah tidak berasas sama sekali. Rakyat boleh menilai dengan jelas bahawa Najib “cukup jantan” untuk menyelesaikan masalah negara.

Sebelum ini Malaysiakini memetik bahawa dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, Mahathir antaranya berkata Najib enggan berundur kerana bimbang berdepan pertuduhan jenayah. Rakaman itu dibuat dalam pertemuan tertutup Mahathir dengan 50 aktivis NGO di Putrajaya minggu lepas.

Kini rakyat melihat Mahathir sebagai “orang tua nyanyuk” apabila beliau berkata, “selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil”. Hakikatnya amat bertentangan dengan kenyataan Mahathir. Ekonomi kita berada dalam keadaan baik dengan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan.

Mahathir terus menggunakan isu 1MDB untuk menyerang Najib walaupun 1MDB sedang dalam proses audit forensik dan PAC. Pertanyaan demi pertanyaan yang sama tetap diajukan walaupun jawapan bersama bukti telah disediakan oleh pihak 1MDB.

Oleh itu Mahathir dengan sendirinya telah mencemarkan kredibiliti beliau sendiri. Segala soalan berulang yang telah mempunyai jawapan dan bukti akan membuatkan rakyat sedar bahawa sesungguhnya Mahathir mempunyai agenda peribadi sehingga sanggup mengadaikan kepentingan negara.

Baru-baru ini pula Mahathir mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah dan memburukkan nama negara dalam wawancara dengan The New York Times (NYT) minggu lalu apabila beliau dipetik berkata, tindakan Najib ibarat beliau seorang penjenayah.

Dendam politik peribadi bagi warga emas ini dilihat makin keterlaluan. Beliau telah cuba merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa. Sekiranya Mahathir ini waras, beliau sepatutnya menunggu hasil siasatan yang dijalankan Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Kini rakyat Malaysia benar-benar terganggu dengan ketidakwarasan Mahathir yang telah diselubungi oleh kepentingan dan dendam peribadi. Kami benar-benar berharap agar segala masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir ini akan segera berakhir.

11 thoughts on “Najib “Cukup Jantan” Selesaikan Masalah negara

  • June 22, 2015 at 5:29 pm
    Permalink

    lagi banyak mahathir menyerang najib , lagi banyak kisah silam dia akan terbuka dengan sendirinya .kita tunggu dan lihat sahaja.

    Reply
  • June 22, 2015 at 5:43 pm
    Permalink

    Bacalah tulisan Joiceline Tan thestar mengenai keadaan sokongan Umno terhadap pertarungan Najib vs Mahathir.Biasanya apa yg beliau tulis bukan di reka reka begitu saja,ianya berasas.

    Reply
  • June 22, 2015 at 5:52 pm
    Permalink

    sabar..jika bukan sekarang PRU nnti tahu la jawabnya..

    Reply
  • June 22, 2015 at 6:28 pm
    Permalink

    macam mana kata JANTAN??MH370 HILANG BEGITU SAJA KAU KATA JANTAN??

    Reply
  • June 22, 2015 at 6:35 pm
    Permalink

    hahaha..klu Tun tak buka cerita pasal 1mdb ada org ambil tahu??najib pn cakap 1mdb xda masalah..tetiba kata dia akan selesaikan masalah 1mdb..lps tu suh tnggu laporan audit??bila??audit pn xmasuk2 lagi!!5-6 tahun lagi baru dapat keputusan auditkan??

    Reply
  • June 22, 2015 at 7:31 pm
    Permalink

    Sebenarnya sebahagian permasalahan ekonomi dan politik yang berlaku pada hari ini berakar umbi dari zaman pemerintahan Mahathir.Suatu realiti yang tidak boleh dinafikan melainkan andaseorang pentaksub Mahathir atau hiprokit.

    Reply
  • June 22, 2015 at 9:57 pm
    Permalink

    Mahathir kini sedang dalam ketakutan teramat sangat akibat penadbiran Najib & regimnya terlalu demokratik……sudah pasti semua skandal semasa 22 tahun berkuasa akan terbongkar & disiasat oleh agensi penguatkuasaan berkaitan. Sebab itulah Mahahtir semakin pandir takut-takut suatu hari nanti dia akan diseret ke muka pengadilan.Dia tidak begitu pesimistis dengan sikap tegas,jujur & telus Najib yang akan membencakan hidup serba mewahnya yang dinikmati selama ini.Kefeksibelan Najib akan membuatkan UMNO akan lemah lantas kecundang pada pru mendatang…..itu andain bebal Mahathir sendiri yang menyebabkan dia sentiasa dalam igaun ketakutan. Jadi untuk meneutralkan situasi kronik ini dia terpaksa mengkritik supaya rakyat berpikiran bebal mudah termakan dengan racun-racun yang disebarkan ke seluruh negara semoga Najib mudah diturunkan dari takhta sakral Putrajaya. Bila Najib diturunkan maka amanlan jiwa Mahathir buat seketika dan membolehkan dia tidur lena sepanjang malam.

    Reply
  • June 22, 2015 at 10:24 pm
    Permalink

    masalah ekonomi berpunca dari anwar itu sendiri terpaksa di tanggung oleh rakyat disebab tun m terlalu percaya pada anwar, sebab aku minta najib berhati2 jika najib nak orang berkerja bawah nya, anwar naik terlalu cepat dan cepat dia jatuh, kesilapan mahathir biarkan kementerian korang di jalankan pada orang tak berguna macam anwar itu, mahathir selalu melakukan bail out semasa pentabiran nya, sehingga perkara itu di kesan di zaman pak lah terpaksa bawah mereka kemahkamah tapi gagal, najib terpaksa menbetul kesilapan yg di buat tun m dan pak lah itu,kesihan tengok najib terpaksa menbetul keadaan kesilapan pentabiran lama, tak di nafikan pentabiran tun m ada masalahnya di sebab terlalu percaya pada anwar itu, menyebab kerajaan hampir bankrap dibuatnya, aku bukan taksup pada tun m dan najib itu, aku lebih penting umno dari tun m dan najib, tindak tanduk tun m dah melampau .cuba melakukan sama seperti anwar itu, cukup lah itu lagi orang tak percaya lagi pafa majalah time itu menipu, zaman sekarang ramai tak percaya lagi pada media barat cukup menipu, tun m banyak2 kan bersolat di surau itu itu lebih baik

    Reply
  • June 23, 2015 at 11:06 am
    Permalink

    Zaman Mahathir Bank Bumiputera Bank Gergasi ditelan bank kecil Bank of Commerce. Kalo ianya terjadi skrg agaknya mcm mana kedudukan Mahathir. 1MDB blm bankrap pun lg tetapi tuduhan2 pd Najib dibuat dgn amat x adil. #TrustNajib

    Reply
  • June 23, 2015 at 11:49 am
    Permalink

    ape2lah jang.lantak hanglah..

    Reply
  • June 23, 2015 at 1:33 pm
    Permalink

    Tak pe lah di bulan puasa yang mulia ni aku biarkan penulis-penulis toyol belaan si akhmar budak parit tu untuk bermaharaja lela jual fitnah kat bebudak UMNO yang kurang pendedahan….

    Nanti lepas Ramadhan kita jumpa lagi…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *