Menantu Hadi Tidak Dilantik Semula Dalam Majlis Syura PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Badai yang melanda PAS dilihat masih belum berakhir. Dalam muktamar PAS baru-baru ini, golongan ulama’ telah memperolehi kemenangan yang cukup besar sehingga berjaya menyingkirkan ahli-ahli PASMA.

Namun dalam Majlis Syura Ulama’ pula berlainan ceritanya. Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama. Sesi beliau telah tamat baru-baru ini.

zaharuddin

Memang agak mengejutkan apabila Zaharudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita. Tindakan ini turut dilihat sebagai gerakan untuk mengurangkan kuasa Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Walaubagaimanapun Majlis Syura tetap mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub sebagai timbalannya. Adakah Zaharuddin sememangnya benar-benar tidak layak duduk di kerusi ahli Majlis Syura Ulama’?

Dalam masa yang sama mereka cuba meredakan “kehangatan” keputusan tersebut dengan menyatakan bahawa Zaharudin boleh dilantik semula melalui kuota 5 ahli lantikan khas Majlis Syura untuk mencukupkan keahlian 17 orang. Hakikatnya perkara ini tetap tidak sama apabila beliau tidak dilantik dalam mesyuarat pertama Majlis Syura tersebut.

Dalam keadaan konflik yang melanda PAS sekarang ini, memang bukan mudah untuk mereka bertindak.Setiap gerak-geri PAS menjadi perhatian DAP yang sentiasa mencari salah memandangkan mereka seperti berdendam apabila usul tanpa bahas baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah diterima sebulat suara.

Walaubagaimanapun menurut pemimpin tertinggi PAS keputusan muktamat hanya boleh dicapai dalam Majlis Syura. Dengan kata lain, keputusan muktamat memutuskan hubungan dengan DAP bergantung sepenuhnya kepada Majlis Syura.

Dan yang terkini Majlis Syura telah menyingkirkan menantu Hadi Awang dari senarai keahlian mereka. Segala kontroversi ini mungkin ada dipergunakan oleh DAP untuk mencemarkan lagi nama PAS.

Untuk makluman Ahli Majlis Syura terdiri daripada empat yang dilantik AJK PAS Pusat, empat oleh Dewan Ulama manakala dua masing-masing daripada Pemuda dan Wanita. Seterusnya ahli yang dilantik tersebut akan melantik lima lagi untuk menjadikannya 17 ahli.

Setakat ini ahli yang dilantik dari AJK PAS Pusat adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Idris Ahmad dan bekas Ahli Masjlis Syura, Hashim Jasin.

Manakala Dewan Ulama pula melantik ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad, timbalannya Ahmad Yakub, naib ketuanya Nik Zawawi Salleh dan ketua penerangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. Pemuda pula melantik ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas ketua Nasrudin Hassan.

2 thoughts on “Menantu Hadi Tidak Dilantik Semula Dalam Majlis Syura PAS

  • June 23, 2015 at 1:27 am
    Permalink

    Rasanya bukan sebab nak mengurangkan pengaruh hadi awang, tapi lebih kepada tdk mahu dijadikan isu dikalangan orang kalah teruk…nnt mereka kata nepostisme lah pula, walhal ketika nik aziz hidup elok shj anak menantu jawat jawatan dalam Pas atau anak syarikat krjn negeri

    Reply
  • June 23, 2015 at 10:59 am
    Permalink

    X nk obvious sgt kalo Pak Mertua Presiden kita kena cover2lah sikit. Unless kalo dia Super Duper Confident Lulusan Oxford mcm si KJ bolehlah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *