DAP vs PAS: Mengapa PKR Di Dalam Ketakutan Yang Teramat?

Share


gambar-rafizi-azizahKemelut politik Pakatan Rakyat di Selangor menjadi tumpuan ramai, berikutan jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimiliki oleh ketiga-tiga sekutu yang membentuk kerajaan negeri tidak jauh beza di antara satu dengan yang lain.

Dengan DAP tidak akan berpaling lagi kepada PAS, tinggallah PKR menjadi tumpuan, yang menjadi satu-satunya parti yang berkecuali, dan masih berada atau berkait dengan Pakatan Rakyat.

Siapa pilihan PKR?

Penulis dapat membaca kegelisahan PKR dalam menghadapi badai dan gelora politik dalaman Pakatan Rakyat yang semakin meruncing. Walau pun bersifat “pengsan, bukan mati”, namun buat masa ini, jelas kelihatan kapal yang belayar itu dihanyutkan arus deras ke pusaran air yang memusnahkan.

Ia membawa kepada penafian oleh Azmin Ali, kononnya perkara “PR telah mati” akan dibawa ke pengetahuan Tuanku Sultan Selangor, seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Nampaknya seperti ada yang tidak kena antara mereka berdua.

Dalam kemelut ini, PKR dilihat cuba bermain “playsafe” dalam menyusun langkah politiknya. Berbelit-belit, dan saling nafi menafikan membuktikan pada dan ketika ini, mereka adalah kumpulan yang paling risau dengan situasi politik terkini Pakatan Rakyat.

Apa puncanya?

Penulis yakin, PKR menggunakan kaedah “buy me some time” sambil mengambil langkah untuk menyelesaikan kemelut berkenaan. Maka, tidak hairanlah “denial syndrome” dijadikan perisai ketika ini.

Namun begitu, ketakutan yang amat sangat bagi PKR ialah apabila menjadi parti minoriti dikalangan mereka, dan sekaligus tidak lagi mempunyai kuasa untuk mentadbir Selangor. Bukan sekadar angka, tetapi pada mereka yang selalu turun ke akar umbi, pasti mengakui bahawa jentera PKR adalah jentera paling lemah di antara tiga-tiga parti gabungan tersebut, dan PKR sendiri terpaksa berharap kepada sekutunya, terutamanya PAS.

Ramai yang sering mengaitkan betapa DAP lebih beruntung dengan tahaluf siyasi bersama PAS, tetapi terlepas pandang bahawa PKR juga menikmati nikmat yang lebih, sekalipun berstatus parti minoriti, dari segi kekuatan jentera, dan jumlah ahli.

Apabila Lim Kit Siang berkata tidak perlu untuk menunggu pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, penulis merasakan DAP juga telah membuat analisa, dan tahu di mana kedudukan PKR yang sebenarnya.

Sebelum ini, penulis pernah mengatakan bahawa PRK Permatang Pauh dijadikan medan untuk menganalisa kekuatan DAP oleh Lim Guan Eng. Kini, penulis dapat merasakan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh DAP kebelakangan ini, adalah hasil dari keberkesanan percaturan PRK Permatang Pauh.

PKR hanya gagah di Permatang Pauh, tetapi tidak di kawasan lain terutamanya di Selangor di mana kebanyakkan jentera Pakatan Rakyat perkuatkan dengan kehadiran PAS. DAP pula sudah pada hemat mereka, sudah mampu untuk berdiri dengan diri sendiri, cukup untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.

PKR sedang dalam ketakutan yang amat sangat.



2 thoughts on “DAP vs PAS: Mengapa PKR Di Dalam Ketakutan Yang Teramat?

  • June 19, 2015 at 3:47 pm
    Permalink

    Wan Jijah selaku presiden PKR dan Ketua Pembangkang spt tidak berfungsi…jangan kata dia boleh kawal DAP atau PAS…ahli2 dan pemimpin dalaman PKR pun dia tak leh kawal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *