1MDB: Pentingkah Hasil Ketua Audit Negara dan PAC Sekiranya Motivasi Utama Ialah Gulingkan Perdana Menteri Najib Razak?

Share


mahathir-najibTuduhan hilangnya RM42 Billion dari 1MDB belum reda, sungguhpun penerangan ke mana “hilangnya” nilai tersebut telah pun dijawab dengan jelas, nyata dan terang.

Desakannya agar Arul Kanda menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atas 1MDB juga telah dituruti tanpa syarat. Malangnya, sekali lagi, segala penjelasan tersebut enggan diterima.

Ternyata, sungguhpun jawapan telah diberi kepada persoalan-persoalan yang dilontarkan, Tun Mahathir dilihat lebih gemar mengheret polemik ini dari satu poin ke poin yang lain. Nampaknya seperti tidak berkesudahan.

Gaya serangan Tun Mahathir ini persis gaya Pakatan Rakyat, yang sering membuat tuduhan lantas meminta orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa tuduhan tersebut tidak benar.

Prinsip keadilan seharusnya membawa maksud, bahawa siapa yang menuduh harus mengemukakan bukti supaya ianya berasas dan tidak berbentuk spekulasi semata-mata. Menuduh tanpa bukti, sekadar berkata-kata. Cuba kita bayangkan, jika inilah budaya yang akan meresapi masyarakat kita, maka penulis merasakan akan huru-haralah keharmonian dan keselamatan semua.

Hanya gara-gara sikap suka menuduh tanpa bukti menjadi makanan ruji masyarakat.

Terbaru, penulis terbaca bahawa Tun Mahathir mengarahkan agar  1MDB mengemukakan bukti hitam putih.

Bukankah segala persoalan dan pertuduhan yang diutarakan sebelum ini kepada umum tanpa satu pun bukti hitam putih kecuali berdasarkan laporan akhbar dan portal yang berbasis kan “mengikut laporan itu, menurut laporan ini” serta “menurut maklumat yang saya terima”?

“Dunia sekarang, sudahlah terbalik… pemudi berbaju belang, pemuda berbaju batik” – mungkin bait lagu R.Azmi ini menceritakan tentang betapa zaman sudah berubah, namun jika perubahan ini berupa sikap menuduh tanpa bukti berbanding amalan terdahulu, nescaya ia akan membawa kerosakan yang teruk kepada budaya bermasyarakat.

Demi Tun Mahathir, kini 1MDB sedang diaudit oleh Ketua Audit Negara dan juga PAC. Cuma, pentingkah hasil audit itu nanti tatkala motif dan motivasi terhebat ialah Perdana Menteri Najib Razak wajib berundur?

Tun Mahathir sendiri telah menetapkan tekad dan pendapatnya dalam isu 1MDB seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal, yang membawa maksud motifnya, Perdana Menteri Najib Razak perlu letak jawatan.

Maka, apa pun keputusan audit itu nanti, baik berlaku penyelewengan atau tidak, kemahuan beliau adalah Perdana Menteri Najib Razak perlu berundur, atau hadapi serangan bertali arus ala Pakatan Rakyat; menuduh tanpa bukti kukuh, tetapi mahu si tertuduh buktikan dirinya tidak bersalah.

“Dunia sekarang, sudahlah terbalik…”.



10 thoughts on “1MDB: Pentingkah Hasil Ketua Audit Negara dan PAC Sekiranya Motivasi Utama Ialah Gulingkan Perdana Menteri Najib Razak?

  • June 16, 2015 at 12:03 pm
    Permalink

    ” Demi Tun Mahathir, kini 1MDB sedang diaudit oleh Ketua Audit Negara dan juga PAC ”

    Correction…bukan demi Tun Mahathir, tapi demi keikhlasan dan kejujuran, dan demi memastikan tiada ” kebocoran ” dalam pengurusan. Itu satu amanah.

    Reply
  • June 16, 2015 at 12:12 pm
    Permalink

    Hello, cuba bayangkan kalau TDM tak bangkitkan isu ini, apa akan jadi.
    dan cuba pula bayangkan perasaan saudara2 kita yang telah ditaja Hajinya menggunakan wang 1MDB yang haru biru keadaannya. Haji mereka itu sah cuma wang itu saja jadi persoalan!!

    Reply
  • June 16, 2015 at 12:30 pm
    Permalink

    bangkai gajah takkan nak kata bangkai tikus.bangkai..klu ko kata tu bangkai tikus jgk.buktikan..kt dahi najib tu boleh dikatakan 80% rakyat nampak ada huruf P.E.N.I.P.U..bg kami rakyat xyah buktila.cukupla apa yg dpt kami rasa skg.xtaula klu ko ni jenis xd perasaan..boleh x penulis terangkan apa bukti yg dikatakan terang dan nyata yg dah najib bg.aku nak tlg explain kt org kg aku.

    Reply
  • June 16, 2015 at 1:07 pm
    Permalink

    Tidak ada salahnya langkah pengauditan 1MDB oleh AG dan pemerikasaan oleh PAC.Kalau tidak ada yg tidak betul apa nak di risaukan.Kalau ada sebarang kelemahan dari segi pengurusannya boleh di perbetulkan,kalau ada penyelewengan boleh di ambil tindakan.Ini perkara biasa dalam menjaga amanah rakyat.Kesanggupan PM Najib membenarkan AG dan PAC melaksanakan tugasnya adalah sesuatu yg sangat di hargai.Berani kerana benar takut kerana salah.Tak ada PM yg berbuat seperti yg Najib buat,yg lain hanya cakap,’mana bukti?.Nak arahkan siasatan bebas jangan harap.

    Saya percaya selepas proses tersebut selesai nanti,dan jika ianya di dapati ‘clean’ dari apa yg di tuduh oleh Mahahtir,tak ada siapa lagi yg akan percaya pada Mahahtir,Mahahtir akan jadi bak kata perpatah’seperti anjing buruk kepala’.Mahathir sebenarnya tidak sekuat mana pengaruhnya.Semasa pemecatan Anwar dulu ,kelebihan Mahathir hanyalah kerana beliau mempunyai kuasa, oleh itu sokongan secara terpaksa memang memehak kepada beliau.Itu pun akhirnya Mahahtir kena akur juga,beliau meletak jawatan dgn teresak-esak menangis,bila tsunami Melayu berlaku dalam PRU 1999.itu pun terjadi hanya dgn pembohongan Anwar dan belasahan Forum Gerakan Refo9rmasi dan laman Mahazalim saja.

    Reply
  • June 16, 2015 at 1:22 pm
    Permalink

    Adalah amat sukar untuk Najib menidakkan pengaruh Tun dalam sinario politik Negara, negarawan yang menaikkan nama Malaysia dari backwater hingga dikenali ramai, malah sampai waktu ini pun orang luar lebih mengenali Mahathir dari Najib sendiri.

    Apa yang disuarakan Tun, telah pun disuarakan pembangkang sejak lama dulu, cuma pembangkang bersuara dengan niat to discredit BN, Tun bersuara untuk kepentingan Negara. Pengaruh Tun begitu kuat sehinggakan semua jentera UMNO propaganda UMNO dikerah untuk menyerang Tun sebagai amaran tidak meneruskan asakan terhadap penyelewengan 1 MDB.

    Sewaktu waktu dulu Najib hanya diasak pembangkang, tapi kini majority ahli UMNO sendiri sudah mula mengasak Najib, UMNO harus bergerak dengan kepimpinan yang progressive yang tegas dan adil, tapi malang cara pemerintahan Najib penuh dengan retorik, pembaziran wang Negara, malah adik Najib sendiri membantah cara perjalanan 1 mdb, siapa jhlow ? siapa arul ?? siapa mereka ini ??

    Jentera propaganda Najib tak kan sedikit pun boleh memperbaiki imej Najib yang semakin buruk dimata rakyaat dan ahli UMNO sendiri.

    Reply
  • June 16, 2015 at 1:41 pm
    Permalink

    Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa dan lain2 kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat (jd berpada2 dlm membuat komen)

    saya mohon maaf jika saya pernah mengumpat tuan/puan dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Diharapkan tuan/puan sudi memaafkan saya dengan setulus hati ❤❤❤ dan seikhlas mungkin .

    Hidup saling bermaafan, saling menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat agar tiada hasad dengki, khianat, sombong serta bangga diri.

    Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. In shaa Allah. Mintak maaf semua

    Reply
  • June 16, 2015 at 2:55 pm
    Permalink

    raplahjingaa mereka semua kroni tak sedar diri dah kaya bagilah orang lain kaya pulak.

    contoh orang tak sedar diri dan najib sedang basmi mereka ini
    kaya sikit nak kahwin dengan artis
    kaya sikit pakai kereta ferrari
    kaya sikit dapat projek jual pada orang
    bankrap salahkan umno
    bila umno tak bagi projek salahkan umno

    lupa kalau tak mampu jangan hidup bermewah2. ada faham raplahjingaa

    Reply
  • June 16, 2015 at 2:56 pm
    Permalink

    Pada zahirnya portal ini dipenuhi dengan tabiat mencela, umpat dan maki hamun, kadang2. Kerana apa ? kerana tajuk artikel pun banyak bersifat provokasi walau tidak semua. Sifat semula jadi manusia, apabila makanan terdedah didepan, apa lagi semua ambil bahagian/melepas geram.

    Tujuan ramadhan juga untuk melatih diri dengan amalan baik yang lain selain dari tidak makan. Melatih untuk berkata yang benar, tidak berbohong, tidak memfitnah, tidak mereka cerita,dan tidak mengumpat. Justeru saranan untuk behenti mengumpat bulan ramadhan bukan saranan kecik tapi terbaik…

    Orang cina cakap… lu melayu banyak bagus hoh. Dalam satu tahun lu ada satu bulan tak ada hantu. Hantu kena ikat tak dak lepas hooo. Kita cina hali hali pon ada hantu. Ada satu bulan bulan hantu, cina halau hantu, kasi lari. Halau hantu bukan sinang hooo. hantu manyak jahat hooo.

    Reply
  • June 17, 2015 at 9:13 am
    Permalink

    QUOTE:

    “Jentera propaganda Najib tak kan sedikit pun boleh memperbaiki imej Najib yang semakin buruk dimata rakyaat dan ahli UMNO sendiri.”

    raplahjingaa, ko punya statement June 16th, 2015 at 1:22 PM semuanya menunjukkan ko ni JENTERA PROPAGANDA seseorang atau satu kumpulan tertentu. Jelas sangat. Malu eh.. cover cover la sikit..

    Reply

Leave a Reply to system baru Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *