TMJ JANGAN MASUK CAMPUR HAL POLITIK – NAZRI AZIZ

Share


Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB. – MALAYSIAKINI.COM



12 thoughts on “TMJ JANGAN MASUK CAMPUR HAL POLITIK – NAZRI AZIZ

  • June 13, 2015 at 4:41 pm
    Permalink

    Kenapa Nazri tak bagi amaran yang sama kepada Sultan Pahang?

    Reply
  • June 13, 2015 at 5:22 pm
    Permalink

    Tun m yang kurangkan kuasa raja raja pun mendapat sokongan diraja, pelik tak?

    Reply
  • June 13, 2015 at 6:25 pm
    Permalink

    Setuju dengan Nazri Aziz. !!!

    Reply
  • June 13, 2015 at 7:07 pm
    Permalink

    walaupun tdk setuju 100% dgn nazri tp rasanya dlm ini tmj mengambil pendekatan yg lbh TIDAK wajar dlm memberi komen trhadap PM.

    Tdk kata PM itu betul 100% tp sebagai anak raja yg menikmati kepelbagainan kemudahan rasanya beliau perlu lbh berhati2 dlm mendepani isu2 politik.

    Apapun, adakah Johor itu “bersih” sangat??? hehe

    Reply
  • June 13, 2015 at 9:10 pm
    Permalink

    Nak politik,buang la title..baru anak jantan.jgn berlindung disebalik imuniti..tu maksud nazri..

    Reply
    • June 15, 2015 at 1:26 am
      Permalink

      Bukan itu masalahnye…ckp jgn pakai lutut…whacking means differently sometimes…have some respect la itu je…nazri tu mmg gangster…tapi gangster vs org yg ada military force sendiri….agak2la bila nak ckp…tu. haha

      Reply
  • June 13, 2015 at 10:42 pm
    Permalink

    gambus says:
    June 13th, 2015 at 5:22 PM

    “Tun m yang kurangkan kuasa raja raja pun mendapat sokongan diraja, pelik tak?”

    tidak perlu rasa pelik bila pengurangan imuniti Raja itu mendapat sokongan dari Raja-Raja kerana pengurangan imuniti Raja itu merupakan sesuatu yang adil kerana apabila berlaku kes Raja menzalimi rakyat satu mahkamah khas akan ditubuhkan dimana Raja yang menzalimi rakyat itu akan hanya diadili oleh Raja-Raja lain dalam mahkamah khas itu…seperkara lagi, ianya mendapat sokongan(tanpa pelu rasa pelik) dari Raja-Raja kerana mahkamah khas itu hanya dibolehkan mengadili warga negara sendiri yang dizalimi Raja tidak kepada orang luar/asing

    Reply
  • June 13, 2015 at 10:42 pm
    Permalink

    TMJ ni muda lagi..pada umur mcm ni kena la tanya penasihat layak ke tidak dia bagi pandangan berkaitan politik..tak paham aku, isu macam ni pun boleh jadi panjang..siapa yang sokong najib dah tentu percaya najib tak datang sebab arahan polis atas faktor keselamatan. Siapa yang benci najib dah tentu cap najib penakut. Itu sajalah..lainlah macam kes Anwar, fan2 sejati tetap sokong walaupun dah terbukti Anwar meliwat he3..(aku meredekan suasana sikit)..

    Reply
  • June 13, 2015 at 11:04 pm
    Permalink

    aku nak kata TMJ ibarat orang ketinggalan LRT & aku percaya ada tukang cucuk juga yang pengaruhi TMJ supaya membuat kenyataan berat sebelah(dikatanya PM ‘have something to hide’) itu tentang PM padahal jawapan yang berwibawa(mengarahkan ketua audit negara & PAC membuat siasatan) mengenai isu 1MDB telah pun diberikan oleh PM…jawapan yang berwibawa inilah yang aku maksudkan TMJ ibarat orang ketinggalan LRT

    Reply
    • June 13, 2015 at 11:22 pm
      Permalink

      Baru-baru ini TMJ telah membuat satu kenyataan yng menyakitkan & memilukan perasaan orang melayu kerana ia mahu bahasa inggeris dijadikan medium di sekolah & ua……kononnya hendak menyaingi Singapura. Singapura maju bukan kerana bahasa inggeris…tetapi kedudukan geografis yang amat strategik dalam perdagangan antara timur & barat. Sekiranya Singapura menggunakan bahasa mandarin tetap juga maju dalam sektor ekonomi dll. Mentang-mentanglah ia seorang anak raja berkacukan inggeris sebelah datuknya ia begitu angkuh sekali merendah-rendahkan bahasa melayu yang pernah menjadi lingua-franca pada zaman dahulu ketika pemerentahan empayar Srivijaya,kesultanan Melaka & Majapahit.

      Apakah suara anak raja mempunyai kuasa politik terhadap negara ini….? Institusi raja cuma bertaraf raja berpelembagaan…sedangkan kuasa eksekutif tetap berada pada pemimnpin parti politik yang memegang kuasa di Putrajaya. Saranan TMJ mendapat liputan meriah di akhbar-akhbar berbahasa inggeris yang dikuasai sepenuhnya oleh taikun cina. Tidak mungkin saranan ini dapat sokongan mapan dari kaum melayu kecuali beberapa gelintir elit melayu yang terasuh sejak azali budaya inggeris.

      Reply
      • June 15, 2015 at 1:35 am
        Permalink

        Salahkah kalau org melayu boleh menguasai bahasa inggeris? Adakah awak tau yg 80% pegawai kerajaan melayu yg tidak boleh berbahasa inggeris??? Awak tak rasa malu ke mcm tu? Bahasa melayu bahasa kita…tapi bukan bahasa antarabangsa kawan….saya pun org melayu…tapi mampu mengusai bahasa inggeris dgn baik….jgn sebab anda tidak mahir…jadi semua mesti tidak mahir mcm anda….itu jer pandangan saya….maaf kalau saya menguris hati. Tapi kalau ade tempat strategik sekali pun utk maju…tapi takde komunikasi yg betul pun…tak jadi juga saudara…..

        Reply
  • June 15, 2015 at 10:22 pm
    Permalink

    Singapura maju bukan disebabkan faktor geografi. Faktor geografi hanya pemangkin kemakmuran ekonomi singapura. Mereka maju disebabkan faktor human capital, seperti apa yang diharapkan oleh mantan perdana menteri, tun abdullah. Mereka mengenali bahasa inggeris sebelum mereka mengenali bahasa ibunda mereka sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *