Arul Kanda atau Tun Mahathir Yang Menipu?

mahathir-pengsanTun Mahathir melancarkan serangan terbuka terhadap Presiden 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda, dengan memanggil beliau sebagai penipu, pembohong dan tidak boleh dipercayai.

Menurut Sinar Harian, Tun Mahathir dilaporkan berkata, “Dia (Arul) boleh jawab kepada pihak berkuasa tapi hakikatnya dia berbohong. Semua orang tahu dia bohong. Dia nampak tunai. Boleh awak bayangkan USD1 bilion tunai di sana? (Jika nampak) Saya akan pengsan. Tapi dia nampak dan dia jamin dia nampak wang itu.”

Maklumat dari mana Tun Mahathir dapat bahawa Arul Kanda menyatakan beliau melihat dengan sendiri duit berbilion ringgit tersebut?

Sebulan selepas dilantik mengetuai 1MDB, Arul Kanda memberi beberapa wawancara yang kemudiannya diterbitkan semula oleh 1MDB, “1MDB’s new boss sets record straight on key niggling issues“,

Dalam kenyataan terbabit Arul Kanda tidak pernah menyatakan beliau melihat wang tunai dengan mata sendiri. Apa yang ditulis ialah “The cash is in our accounts and in US dollars. I can assure you (about that) . . . I have seen the statements,”

Sebulan selepas memegang jawatan syarikat yang diselubungi masalah tersebut, Arul menyatakan wang tersebut ada dan beliau sendiri melihat penyata kewangan terbabit.

Tidak pernah Arul Kanda menyatakan beliau melihat sendiri wang tersebut seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Arul Kanda sendiri kemudiannya mengakui beliau tersalah tafsir penyata tersebut sebagai wang tunai sedangkan ia merupakan dalam bentuk unit.

Sekarang siapa yang berbohong, Arul Kanda atau Tun Mahathir? Apakah Tun Mahathir boleh dipercayai lagi setelah membuat fitnah terbuka seperti ini?

Jika diambil teori Mahathir yang tidak lagi mempercayai Atul Kanda kerana menipu antara wang tunai dengan unit, bolehkah prinsip yang sama diguna pakai ke atas beliau yang menipu mengatakan Arul melihat sendiri duit tunai berbilion?

Apakah ini menjadikan beliau seorang penipu dan pembohong yang langsung tidak boleh dipercayai? Malah jika diambil kira Arul baru sebulan memegang jawatan ketika itu, kesalahan seperti ini bukanlah luar biasa.

Beliau datang ke sebuah syarikat yang berhadapan dengan masalah aliran tunai, diserang pelbagai sudut oleh ahli politik dan Tun Mahathir, sudah tentu akan ada kekurangan dan kelemahan.

Jika Arul Kanda penyokong Tun Mahathir sudah tentu beliau akan mendapat sokongan penuh Tun.

Jika Tun boleh menyokong Eric Chia, percaya kepada Abdullah Ang yang pernah masuk penjara dan Tajuddin Ramli yang melingkupkan MAS, mengapa Tun tidak mahu percaya langsung kepada Arul Kanda yang belum merosakkan apa-apa perniagaan kerajaan?

Sepanjang hidup, Tun Mahathir jarang berhadapan dengan orang bukan politik, yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan, yang secara terbuka menyanggah pandangan beliau. Kali terakhir berlaku ialah apabila CEO Tenaga Nasional Berhad, Allahyarham Tan Sri Anie Arope menentang projek IPP beliau.

Arul Kanda beberapa kali tampil menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir. Ini menyebabkan ego Mahathir tercabar.

Pandangan Tun Mahathir supaya Arul meletak jawatan sangat tidak masuk akal.

“Saya rasa dia patut letak jawatan. Tiga orang (CEO) sebelumnya juga letak jawatan. Jadi, dia juga patut letak jawatan.”

Apa tujuan Tun mahukan Arul Kanda letak jawatan? Beliau mahu Arul letak jawatan supaya 1MDB akan mendapat satu lagi reputasi buruk. Ini akan menjunamkan lagi imej 1MDB dan akan memberi kesan perniagaan yang besar.

Lihat sahaja serangan Tun sebelum ini telah menyebabkan bank luar negara meminta 1MDB membuat pembayaran awal pinjaman mereka. Terpaksalah kerajaan dan 1MDB berhempas pulas menyusun dana untuk membayar balik pinjaman yang sepatutnya dibayar pada bulan Ogos akan datang.

Serangan Tun Mahathir ke atas Arul Kanda bukan untuk mencari kebenaran jika ada penyelewengan tetapi kerana mahu melihat 1MDB lingkup dengan segera.

Apabila 1MDB lingkup, Tun akan mempunyai asas yang kuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Tun sanggup melingkupkan apa sahaja kepentingan negara asalkan beliau berjaya menjatuhkan Najib.

Cukuplah Tun. Bersihkan hatimu di akhir-akhir usia yang panjang ini. Carilah petunjuk Ilahi, belajarlah menerima perbezaan pendapat dalam pemerintahan.

Terimalah hakikat bahawa bukan selamanya cakap kita menjadi satu keputusan yang perlu dipatuhi. Najib Razak tidak bersedia menjadi budak suruhan Tun.!

27 thoughts on “Arul Kanda atau Tun Mahathir Yang Menipu?

  • June 13, 2015 at 2:07 pm
    Permalink

    awas SIKITOL BATU API…hancur melayu n islam n negara.

    Reply
  • June 13, 2015 at 2:39 pm
    Permalink

    Desperate maximum hang kunta kinte ?? SUA Najib maki hamun hangpa lagi ka ??? tu la aku dah kata kat hang, tengok tulisan hang pun dah tau tahap mentality hang !

    Hang tulis la apa pun…hang maki hamun la Tun berkoyan pun, tulisan hang tak kan dapat menarik orang untuk menyokong UMNO dan membenci pakatan, tulisan hang jugak tak kan membuat orang membenci Tun dan menyayangi Najib…kecuali orang macam hangpa, yang bertuhankan upah.

    So muhasabah diri la…jadi penulis yang membawa kisah-kisah pendamaian, or kisah-kisah atau sejarah gempa bumi…u’re good at it ! hehehehe…

    Kesian pulak aku tengok hang….telan maruah diri hanya kerana upah yang lebih kurang sama nilai dengan BR1M.

    Tanya diri hang…berbaloi kah ??

    Reply
  • June 13, 2015 at 4:22 pm
    Permalink

    Kalau nak cerita berbaloi…berbaloi kah kita rakyat malaysia memikul biawak hidup (proton) selama2nya?..

    Reply
  • June 13, 2015 at 4:23 pm
    Permalink

    Saya lahir sebelum merdeka. Saya kenal TDM lebih dari Arul dan saya lebih percaya dia.

    Reply
  • June 13, 2015 at 5:05 pm
    Permalink

    Buat apa tun nak lingkupkan 1mdb? 1Mdb yg kata takde masalah akhirnya najib mintak sokongan nak pulihkan , sebab apa? Sebab 1mdb ada masalah .

    Reply
  • June 13, 2015 at 5:07 pm
    Permalink

    hehehe…berapa biji kereta proton hang dah pikul ?? memang tak berbaloi hang buat kerja benak bodoh macam tu.

    siannn….mentality pemuja Najib..sedih !

    Reply
    • June 13, 2015 at 10:06 pm
      Permalink

      jawapan mudah je kereta proton dengan kerata hyundai sama kualiti tapi kenapa proton gagal di pasaran antara bangsa ia mana silap nya, jawapan aku mudah je, tun m terlalu banyak politik dari menbuat kerja itu masalah nya ia

      Reply
  • June 13, 2015 at 5:09 pm
    Permalink

    Serangan kat tun pun kita dah nampak , org umno sendiri dah makin menyampah , kalau nak hapuskan proton sebab bencikan tun m buat je laa, najib ada kuasa, nasihat negarawan taknak dgr tapi lebih suka jadi orang suruhan kafir dan puak liberal

    Reply
    • June 13, 2015 at 10:27 pm
      Permalink

      siapa hapuskan proton ha. Cuma macai pkr nak musnah proton itu, mudah je tun m kena buat kerja dari hanya mencapuri urusan politik yg tak kesudah itu, lebih tun m maju proton itu, dari nak bermusuhan dengan najib itu, banyak lagi kerja di proton tun m belum buat

      Reply
      • June 14, 2015 at 4:05 am
        Permalink

        Yelaa korang dah kata proton teruk la apalaa, kasi tutup je laa proton betul tak ? Kurangkan cukai terus , takyah tunggu 2018 , ikut korang tun m teruk sebab tak boleh handle proton dan sebab proton kapitalis yg untung dan meranakan rakyat.. hapuskan proton dan cukai beratus persen tu, baru najib disayangi rakyat

        Reply
  • June 13, 2015 at 6:25 pm
    Permalink

    Entah lah sehingga ke hari ini belum ada satu pun yg betul dan soheh mengenai dakwaan Mahathir terhadap 1MDB.Boleh sesiapa di sini membuktikan satu pun cukuplah apa yg di katakan oleh Mahahtir bekaitan dgn 1MDB benar,selain dari apa yg tertera di Penyata Kewangan 1MDB.Jadi buat lah kesimpulan sendiri.

    Reply
  • June 13, 2015 at 6:43 pm
    Permalink

    Kalau mengikut sejarah Melaka Bendahara adalah keturunan mamak.Raja Mandaliar pun keturunan mamak. Mamak pandai mentadbir dan pandai pula menipu….ni yang tol nak naik harga siapa pula punya angkara yang dulu pe bagi konsensi tol banyak – banyak dengan perjanjian menyebelahi pemegang konsensi tol..ya Najib perlu letak jawatan kerana gagal untukmem betulkan bermacam kesilapan Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya. Malah mana-mana pemimpin UMNO malah pemimpin pembangkang pun tidak akan mampu memperbetulkan keadaan ini. Yang boleh hanya Tun Mahathir seorang.

    Reply
    • June 13, 2015 at 6:59 pm
      Permalink

      alaaaa…dah main kaitkan bangsa dengan sikap menipu pulak dah !!!
      Najib telah gagal untuk meneruskan legasi memajukan Negara, 1 MDB nak dikaitkan dengan Tun sedangkan orang tua tu hanya ingin kepastian yang tak kunjung tiba, bila pembangkang timbulkan soal ni. Najib senyap ruyup, pembodek-pembodek pun senyap ruyup….macam kena pukau ! bila Tun suarakan….pehhh !! pembodek-pembodek pun melompat-lompat bersilat dengan langkah sumbang….cuba betulkan keadaan, keadaan yang depa sendiri tak tau apa.

      UTC, NBOS dan ntah apa-apa lagi…..tak bawah apa-apa perubahan pada majority rakyaat Malaysia, tapi itu lah yang diwar-warkan 24 jam sehari….setakat itu pencapaian Najib…it don’t impress me at all.

      Reply
      • June 13, 2015 at 11:37 pm
        Permalink

        gara2 terlalu bijak lah tun m, ubah uda sabagai syarikat swasta gagal memajukan bumiputera dan gagal menbanyakan aset kedai dan bangunan milik milik bumiputera ,udah hanya bina ramah mewah je , kesan komsep cambel sebagai satu pusat kerajaan untuk berjasa pada rakyat mansurkan rakyat bertambah lari dapapada kerajaan, sebab itu najib terpaksa bina balik utc untuk rakyat supaya kerajan dekat pada rakyat terpaksa mendapat untuk kepercayaan rakyat balik . Itu pkr cakap najib jahat tak ambil tahu masalah rakyat.

        Reply
  • June 13, 2015 at 7:20 pm
    Permalink

    Nothing 2 hide kan…..ha3

    Reply
    • June 13, 2015 at 9:58 pm
      Permalink

      raplahjingaa says:

      “UTC, NBOS dan ntah apa-apa lagi…..tak bawah apa-apa perubahan pada majority rakyaat Malaysia, tapi itu lah yang diwar-warkan 24 jam sehari….setakat itu pencapaian Najib…it don’t impress me at all.”

      ramai lagi rakyat yang impress termasuk orang luar, aku cuma impress ngan hang punya bakat & kerajinan ngilap buah madey sampai berkilat

      Reply
  • June 13, 2015 at 9:58 pm
    Permalink

    Mengapa Mahahtir terlalu ‘marah’ pada 1MDB?. Bagi saya ,saya menagak ada sesuatu yg sangat istimewa pada 1MDB yg sangat diinginkan oleh pihak tertentu.Bayangkan di akhir tahun kewangan 2014 sahaja nilai asset 1MDB sudah menunjukan lebihan RM 9 billion berbanding tanggungannya.Dan saya menjangka tahun kewangan berakhir March 2015,nilai tersebut semakin meningkat.Tanpa mengambil kira hartanahnya pun saya mencogak, pertambahan nilai simpanan nya di BSI pun sudah memadai.Pada akhir tahun kewangannya 2014,nilai simpanan di BSI dalam bentuk unit ialah RM13.4 billion.Pada masa itu kadar tukaran RM/USD ialah sekitar 3.00 bermakna simpanan 1MDB di BSI dalam USD ialah kira-kira USD 4.66 billion.Sedangkan pada akhir tahun Kewangan 2015 March kadar tukaran RM/USD ialah sekitar 3.6,ini bermakna bila simpanan unit dalam bentuk USD tersebut, sudah menjadi RM 16.070 billion dalam Penyata Kewangan 2015 1MDB nanti,iaitu RM RM 2.67 billion lebih tinggi.Ini tidak termasuk sebarang faedah atau dividen yg munkin di terima.Biasanya kalau dalam bentuk unit ianya misti menjanjikan dividen yg lebih tinggi dari kada fedah di pasaran.Meyimpan assets dalam nilai USD adalah satu langkah yg sangat bijak dan tepat yg telah di buat oleh 1MDB.Walaupun ada pihak yg mempertikaikan bentuk unit bukan tunia tersebut,tapi baru-baru ini Arul telah membuktikan ianya boleh di tukarkan kepada tunai juga.Malahan kalau di kira dari sudut perniagaan simpanan dalam bentuk uni adalah lebih menguntungkan.

    Pasal hartanahnya pula,sudah tentu juga mengalami penambahan nilai hasil dari penyediaan infrastruktur yg kian rancak,dan ada bahagian-bahagian yg sudah di jual.

    Reply
  • June 13, 2015 at 10:54 pm
    Permalink

    betul kata ‘system baru’, sebagai penasihat Proton lebih baik mahadey berikan tumpuan 100% habiskan buat kerja macam mana nak cipta satu model kereta Proton baru yang tahan lasak(tidak perlu tukar dengan kerap sesuatu spare-part termasuk ruang lebih luas untuk tempat duduk penumpang) yang boleh digunakan oleh pemandu teksi dengan harga yang lebih berpatutan dari model kereta jenama lain jika Proton mahu kerajaan terus mengenakan syarat harus 100% guna kereta Proton kepada syarikat/pengoperasi teksi tertentu

    Reply
  • June 13, 2015 at 11:00 pm
    Permalink

    Mahathir sendiri mungkin tidak perasan betapa bernilainya 1MDB,pada masa hadapan,tapi kroninya cukup faham.Mahahtir di jadikan alat utk membolehkan mereka mengambil alih itu semua jika PM Najib mengundur diri.

    Reply
  • June 13, 2015 at 11:19 pm
    Permalink

    maknanya kalau DS Najib diganti dengan TS Muhyiddin, PM boneka mahadey ini kena lelong(jual murah/cheap sale) aset-aset 1MDB yang tidak bankrap ini kepada kroni mahadey tapi syarikat kapal anak mahadey yang bankrap boleh pula mahadey suruh Petronas beli dengan harga 15 kali ganda lebih tinggi

    aku nak sambung cakap sesuatu yang tak elok tapi aku tak nak

    Reply
  • June 13, 2015 at 11:40 pm
    Permalink

    Tembelang busuk Mahathir sudah terserlah kini…..tunggulah lagi skandal-skandal yang memalukan negara angkara Mahathir ini…ia nampak seolah-olah bersih tetapi busuk & kotor jiwa nuraninya….!!!!

    Reply
  • June 14, 2015 at 12:36 am
    Permalink

    Tidak semua rakyat Malaysia yang dilahirkan sebelum merdeka merasa begitu yakin dengan integriti Mahathir……bagi mereka yang kritis,rasional & pragmatik sudah tentu mengetahui sebenar sikap & perangai busuk Mahathir sejak dia berkuasa selama 22 tahun yang lalu…contoh kelesapan 30 bilion ringgit semasa kemelesetan ekonomi & kejatuhan matawang ringgit pada tahun 1997 yang diuruskan oleh Mahathir. Jadi untuk memadamkan skandal ini,dia terpaksa cari isu 1MDB dengan rekayasa yang sama sebagaimana telah pernah berlaku di era dia berkuasa.

    Mahathir memang bijak lagi licik untuk mencari isu & mempergunakan individu lain untuk menutup segala lohong yang pernah dia dorong dahulu….cuma individu yang serba dungu termakan dengan semua kebohongan yang direkayasa…..!!!!

    Reply
  • June 14, 2015 at 4:03 am
    Permalink

    Butohla najib..10 korg punya ckp 50 xboleh caya..mcm dah di setkan plk korg punya spin tu.semenye nk burukkan org lain.lebih2 lg tun M..apa masa korg sek dulu duk meja sebelah2 ke.mesti keje meniru je.bab tu jawapan sama..umor aku 30 thn.klu ditakdirkan Allah s.w.t aku boleh mengundi 3,4kali lg..dan selagi najib jd kepala penipu kt msia ni selagi tu aku xkan pandang umno..puiii.

    Dan kalau korg rasa diri korg tu muda remaja lg aku nk bg ayat ni kt korg..

    DAH TUA PON BODOH!

    Reply
  • June 14, 2015 at 11:16 am
    Permalink

    mengapa butoh yg di sebut adakah ianya tanda sudah kehabisan modal fitnah?.Betul macam budak sekolh rendah bertgaduh<kalau nak cri kebenaran kita kena keluar idea dan fakta bernas,kalau hanya sebut 'butuh' malau lah Mahathir,penykong dia teruk macam dia juga tak dak idea baru.

    Reply
  • June 14, 2015 at 11:27 am
    Permalink

    gambus ,kalau nak ikut kan memang kerjaan nak buat macam tu,tapi kesian pada rakyat yg dah beli kereta dan peniaga kereta terpakai,kalau buat secara tiba-tiba habislah mereka,nilai kereta mereka merudum bagi pemilik kereta yg masih dalam ansuran bank mungkin akan suruh mereka bagi tambahan securities atau bayaran tambahan bagi mengimbangi nilai kereta mereka dgn baki pinjaman,peniaga kereta terpakai pula akan jatuh bankrup.Tengoklah betapa dangkalnya npenyokong Mahathir dalam bertindak ,sedangkal Mahathir juga.

    Sebenarnya bukan senang kerajaan yg ada nak betulkan kesilapan Mahathir dalam soal Proton ni,begitulah juga dgn soal lain termasuklah IPP,Lebuh raya,hakim korek-korek,rasuah,IC utk PATI di Sabah dsb.1MDB adalah satu langkah utk membetulkan keadaanakibat IPP ,mujurlah Lebuh Raya PLUS sudah di selesaikan dgn mengambil alihan oleh KWSP.Dan yg lain lain beransur-ansru selesai nampaknya.Namun 1MDB yg merupakan saatu langkah utk itu sedang mendapat tentangan hebat Mahathir dgn kerjasam pembangkang dan penyokong ‘blure’.

    Reply
  • June 14, 2015 at 5:48 pm
    Permalink

    Hek eleh..sebut butoh pon nk claim.ko ke aku yg xd modal?pandai plk ko nk faktakan isu burukkan org.itu isu isu yg ko xleh spin tu mcmn.org tanya lain ko jwb lain tu ape..klu dah xlh jawab diam sajala mcm najib tu.aku sikit pon xmalu nk butohkan korg malahan lancaukan korg pon aku xmalu..sebab korg2 ni bukan ada pala butoh.sama mcm najib…
    Dah tua pon bodoh!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *