Saya Tidak Boleh Jadi “Budak Suruhan” Mahathir Dalam Pentadbiran – Najib Razak

Share

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menegaskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan punca Tun Mahathir Mohamad mahukan beliau meletak jawatan.

Menurut Mohd Najib, usaha mendesak beliau meletak jawatan adalah kerana beberapa permintaan Tun Mahathir tidak dipenuhi beliau.

Dalam jawapan kepada Tun Mahathir hari ini, Mohd Najib menulis, “Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, seperti mana sebelum ini berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, hanya kerana saya menolak untuk memenuhi beberapa permintaan peribadinya.”

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa tugas beliau ialah melaksanakan apa yang baik untuk negara bukanya mengikut semua kehendak Tun Mahathir.

“Saya tidak percaya yang rakyat mahu negara ini diperintah oleh bekas Perdana Menteri melalui proksi.”

MOhd Najib turut menyatakan bahawa Tun Mahathir tetap akan mencari alasan lain untuk menjatuhkan beliau jika tiada isu 1MDB kerana yang penting menjatuhkan beliau kerana permintaan-permintaan lain bukan batang tubuh 1MDB.

Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

Mohd Najib hari ini menulis “Apa Yang Mendorong Serangan Tun Mahathir” sebagai menjawab serangan terbaru Tun Mahathir.

7 thoughts on “Saya Tidak Boleh Jadi “Budak Suruhan” Mahathir Dalam Pentadbiran – Najib Razak

  • June 12, 2015 at 9:44 pm
    Permalink

    Apa permintan Mahathir?.Sampai masanya nanti tentu PM Najib akan dedahkan jika Mahathir berterusan menyerang beliau.1MDB tentu bukan alasan sebenar,kerana segala tuduhan mengenai 1MDB belum terbukti pun lagi,mengapa pula perlu minta PM Najib meletak jawatan.Sekarang pun satu persatu tuduhan di dapati meleset.Lagi pun bukan kah Mahathir dan penyokong nya selama ini mengatakan Mahathir hanya bertanya,bukan membuat tuduahn?.Mengapa pula dgn bertanya orang yg kena tanya misti letak jawatan?.Gila lah namanya kalau begitu.

    Reply
    • June 13, 2015 at 4:19 pm
      Permalink

      Itulah dia….this is the game of perception & lies…if u feed the mass with lies everyday….they will eventually accept it as the truth…..fitnah di akhir zaman

      Reply
  • June 12, 2015 at 11:54 pm
    Permalink

    Tu saya pelik dgn macai2 tun ni..bukti tarak…tuduh najib mcm2.

    Mereka cukup percaya pada tun..seolah2 tun tidak menipu..sat hilang 42b..sat hilang 27b..sat hilang 14b..tu dipanggil apa?

    Reply
  • June 13, 2015 at 12:43 am
    Permalink

    the best from najib to tun is yet to come, tunggu shj lps hasil audit oleh AG dan soal siasat oleh PAC.

    sungguh pepatah dulu sgt berguna, “jgn disangka air yg tenang tiada buaya”… perhaps tun will still in Msia bila results keluar dan sempat memberi komen, komen beliau sentiasa “dirindui”…

    #cintai ilmu, ikhlas dlm beramal.

    Reply
  • June 13, 2015 at 3:19 am
    Permalink

    Susah begini. Mungkin era Pak Lah Tun M boleh menggunakan kaedah ini, namun pd era Najib ia agak sukar. Walau apa saja jawapan Najib pasti tidak akan memenuhi silibus soalan Tun M. Mgkn juga kah Tun M dpt mengagak tentang penolakan rakyat yg semakin kuat kpd Najib yg mgkn akan menyebabkan BN tersungkur pd PRU 14 nanti. Adakah ini satu cara terancang utk menyelamatkan BN dan terus berkuasa utk PRU 14 nnti? Atau adakah perkiraan Najib lebih tepat? Adakah Najib boleh meyakinkan rakyat dan memenangi hati mereka semula ketika pasca PRU 14 nnti? Wallahualam. Namun semoga kedua dua pemimpin ini berdamailah, cari lah titik pertemuan.

    Reply
  • June 13, 2015 at 2:55 pm
    Permalink

    Sokongan keatas BN hanya tinggal 49% semasa PRU 13, nasib baik kita menang secara west minister….persoalannya adakah angka 49% tu akan meningkat atau menurun pada PRU 14 ??

    I doubt it !!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *