Apa Yang Mendorong Serangan Tun Mahathir – Najib Razak

Share

1. Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. – Blog Najibrazak.com

13 thoughts on “Apa Yang Mendorong Serangan Tun Mahathir – Najib Razak

  • June 12, 2015 at 10:32 pm
    Permalink

    Semuanya kerana jambatan bengkok sejak era pak lah lagi
    Er

    Reply
  • June 12, 2015 at 10:37 pm
    Permalink

    adakah tun m akan rasa lbh baik dgn jawapan2 diatas, atau nantinya akan lbh hebat serangan beliau trhadap najib?? atau mungkin juga tun m akan mula mengungkit kisah2 peribadi najib serta keluarga pula?? ini mungkin krn keluarga tun m tu kan “clean blean” & bersinar lagi… haha

    ohh najib & tun, apa yg anda berdua sdg buat?? ramai melayu masih miskin dan hidup cukup2 makan, berbeza dgn sesetengah melayu yg berada dlm politik, kami jauh kebelakang dr ekonomi.

    #cintai ilmu, ikhlaskan amal…

    Reply
  • June 12, 2015 at 11:27 pm
    Permalink

    Mahathir sangka semua rakyat terutama melayu dungu belaka….mudah memesongkan fakta-fakta supaya melayu jadi bengong seketika. Cuma melayu tak punya akal rasioanal sahaja boleh diperkotak-katekkan oleh Mahathir berjiwa busuk ini terutama pak lebai hamPAS yang boleh diperbodohkan…..!!!!!

    Reply
  • June 13, 2015 at 1:27 am
    Permalink

    jib, kalau kamu dah tahu dan sememangnya kamu kenal dan arif akan perangai Tun M, mengapa sebelum ini kamu tidak bersemuka dengannya, dan menjelaskan dengan secara terperinci apa yang dikehendaki oleh Tun. Siapa sebenarnya yg menjadikan situasi yg sepatutnya adalah perbincangan antara kamu berdua sahaja. Dengan mengelak untuk bercakap dengan TUN, kamu telah mengheret situasi ini menjadi parah sampai macam ni sekali.

    Jika kamu ditempat yg benar, sepatutnya tidak menjadi masalah untuk kamu berjumpa dengan Tun. betapa terperinci seskalipun details yg Tun mahukan, tentu kamu dapat menyediakan jawapan yang konkrit dan memuaskan hati Tun. Sebenarnya jib, kamu lah yang bersalah dalam hal ini, Kamu sudah tahu yang Info yang Tun dapat adalah tidak benar, kenapa kamu tidak terus jumpa beliau namun sebaliknya mengelak. Adakah Tun M dengan kamu tidak kenal antara satu sama lain. Adakah protokol2 yg perlu dipenuhi sebelum dapat berjumpa Tun. Susah sangat ke nak jumpa Tun untuk menerangkan/menjawab apa yang ditanya oleh Tun. selagi kamu menyalak dikejauhan, hanya ada satu sebab yang secara logiknya membenarkan tindakan kamu selama ini,,,, iaitu apa yang dikatakan Tun adalah BENAR

    Reply
  • June 13, 2015 at 2:57 pm
    Permalink

    Nasib baik rakyaat yang benak…boleh la jugak buat tempat Najib bergantung nyawa.

    SELAMATKAN UMNO – UNDURKAN NAJIB !!

    Reply
  • June 13, 2015 at 4:36 pm
    Permalink

    Setuju sangat dgn point no.8
    utk point no.10 ..utk makluman srmua tun melepaskan jawatan dlm UMNO dan BN dlm keadaan retak menanti belah…jika beliau tidak meletakkan jawatan pada masa itu…saya yakin tun tidak berani angkat muka lagi hari ini tapi disebabkab ‘Melayu mudah lupa dan haprak’ …ramailah yg taksub dgn tun membabi buta hari ini….ada sesia
    pa pernah tanya apa sebenarnya ‘perjuangan tun yg masih belum selesai ‘ tu?

    Reply
  • June 19, 2015 at 5:11 pm
    Permalink

    Beramai melayu anak muda yg sokong umno najib? Jgn sampai jahanammmmmm

    Reply
  • June 19, 2015 at 5:12 pm
    Permalink

    Jadi macai berbayar bolehlah ckp mcm2.. politik tahi Umno pkr bn pas dap 2×5

    Reply
  • July 12, 2015 at 5:18 am
    Permalink

    Tugas kita belum selesai rupanya
    Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
    kerana hanya bangsa yang berjaya
    akan sentiasa dihormati
    Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
    Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
    tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
    buat selama-lamanya
    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
    Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

    Reply
  • September 21, 2015 at 11:56 pm
    Permalink

    Tun memang suka membodoh bodohkan rakyat.

    Reply
  • December 4, 2015 at 9:21 pm
    Permalink

    Tun tak bodohlah penyokong Najib yang bebal nak mampos..pasal Najib curi duit dan membohohong..bagitau sape penderma mangkuk tu kalau betul memang duit derma BODOH!

    Reply
  • December 17, 2016 at 11:38 pm
    Permalink

    Apa perlunya Najib bertemu dengan Mahathir……? Sepatutnya Mahathir mesti berjumpa Najib kerana beliau adalah seorang perdana menteri……bukan mendesak gunung pergi berjumpa dengan bukit. Mahathir kamu tu cuma rakyat biasa macam kami walaupun anda mantan perdana menter…itu dulu…..kamu jangan angkuh….!!!

    Reply
  • December 17, 2016 at 11:45 pm
    Permalink

    Kami rakyat bukan bebal macam segelintir penaksub Mahathir sentiasa akur apa yang dizahirkannya walaupun penuh dengan kebohongan. Kami sentiasa berfikiran kritis,analitis & logis lagi pragmatis terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan…..!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *