Arul Kanda Bingung Dengan Tun Mahathir

Share

Kanda, newly appointed president and group executive director of Malaysia's state investor 1Malaysia Development Bhd, poses for photographs in Kuala Lumpur“Merujuk kepada penulisan oleh Tun Dr Mahathir di blognya semalam, saya ingin menjelaskan tugas dan peranan saya di 1MDB telah berjalan dan akan diteruskan sebagai seorang professional. Saya pada mulanya dilantik bagi melakukan penilaian strategik ke atas syarikat, dan saya kini mengetuai pelaksanaan pelan rasionalisasi perniagaan seperti mana yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

Sebagai seorang yang professional, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan dan keputusan yang saya buat. Saya juga saya bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah 1MDB, dan pemegang saham kami iaitu Kementerian Kewangan Malaysia.

Dalam konteks semasa, saya juga perlu menjawab kepada Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen. Justeru berhubung dakwaan saya menipu, mereka ini ialah pihak berkuasa yang mempunyai maklumat dan berhak mengesahkan sama ada saya menipu atau tidak.

Justeru, saya akan terus menjalankan tugas saya secara profesional, dan memberikan semua maklumat untuk membantu pihak berkuasa mencari kebenaran tentang 1MDB.

Dalam blognya, Tun Mahathir menyatakan bahawa jawapan bertulis Parlimen yang disediakan oleh Kementerian Kewangan telah dihantar dan kemudiannya dipinda. Kementerian Kewangan mengakui pembetulan tersebut kerana kekeliruan mengenai maklumat yang disediakan oleh 1MDB.

Sebagai Presiden syarikat, saya mengambil semua tanggungjawab atas salah faham ini dan akan memastikan komunikasi yang lebih baik terhadap semua pihak yang berkepentingan. Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang perlu telah diambil bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi pada masa akan datang.

Tindakan Tun Mahathir berterusan menukar angka-angka yang dipersoalka sangat membingungkan. Pada awalnya Tun mendakwa RM42 bilion telah hilang. Namun sekarang, selepas 1MDB menyediakan ringkasan mengenai perbelanjaan RM42 bilion berdasarkan penyata perbelanjaan yang telah diaudit, beliau menukar angka dengan bertanya “Di mana sebahagian daripada 42 bilion ringgit hilang”.

Berhubung dengan soalan-soalan lain yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan pelbagai ulasan, saya dan 1MDB menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri bahawa, “perkiraan yang terperinci mengenai fakta oleh pihak berkuasa diperlukan supaya tidak ada sebarang salah tafsir atau putar belit; dan jika ada salah laku yang terbukti, undang-undang perlu dikuatkuasakan tanpa pengecualian”.

Saya ingin mengulangi bahawa 1MDB bertekad untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet yang antara lain bertujuan tahap hutang syarikat. Ini telah dibuktikan dengan penyelesaian pinjaman sebanyak RM 3.6 bilion Isnin lalu.

ARUL KANDA
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan
1Malaysia Development Berhad (1MDB)

*Artikel ini merupakan terjemahan dari kenyataan asal dalam bahasa Inggeris, “1MDB: Clarification and Accountability” – MYKMU.NET/NUR AZLINA SHAARI

17 thoughts on “Arul Kanda Bingung Dengan Tun Mahathir

  • June 10, 2015 at 9:20 pm
    Permalink

    Kamipun bingung.Napa sampai sekarang sesi Arul dgn PAC belum diadakan..?

    Reply
  • June 10, 2015 at 9:43 pm
    Permalink

    Tak Yah nak mereppek kat blog je. Terangkan kat PAC tu dlu. Kami nk tahu spa keputusan dan kenyataan PAC setelah selesai siasatan. Atau pun hang jugak dah hilang telor .

    Reply
  • June 10, 2015 at 9:54 pm
    Permalink

    Hanya penipu memgenal penipu

    Reply
  • June 10, 2015 at 9:57 pm
    Permalink

    Nanti bila Arul dah jumpa dgn PAC,hasilnya sama macam Auditors jumpa PAC hari ni,terbukti cakap Mahathir tak boleh pakai,malu je.Kau orang utnggu lah saat tu.

    Reply
  • June 10, 2015 at 10:00 pm
    Permalink

    Memang lah bingung kalau tun m dah cop dia pembohong. Sesapa pun akan bingung kalau kena cop pembohong. So, kenapa berbohong in the first place? Dan kalau dah kantoi, cepat-cepatlah mintak maaf, perbetulkan fakta dan jangan buat lagi. Ini tidak buat selamber dek, lepas tu BSI dan MAS kantoikan ko selepas dua bulan, ko tak ngaku dan mintak maaf, najib dan husni yg kena bambu cuba perbetulkan fakta. Nasib ada mengong macam najib dan husni cover ko. Memang sengaja ko nak kenakan najib kot….alih perhatian dari bos-bos ko kat abu dhabi (yg sama-sama bersekongkol “mencuri” duit rakyat malaysia)….betul tak?

    Reply
  • June 10, 2015 at 10:28 pm
    Permalink

    yang membingungkan Arul ialah dia sendiri bingung dengan diri dia sendiri. mula mula nampak dengan mata duit cash dalam bank tu. kemudian cash tiada jadi aset la pulak, kemudian aset bertukar menjadi unit. mana dia tak bingung, dia sendiri tak tahu yang mana betul.

    akhirnya dia berjaya membohongi diri dia sendiri. tahniah!!!!

    jangan nanti dia suruh tun jawab duit tu di mana sudah.

    Reply
  • June 10, 2015 at 11:36 pm
    Permalink

    Si Arul jugak bagitau Najib itu cash sudah mari ke singapore…Najib pon bulat2 percaya bagitau satu parlimen duit mmg ada…ini bukan rekaan tapi ada dlm hansard…aleh2 bukan cash tapi paper…Najib pon sudah bengong…bukan cash tu diperbuat drp paper ke…? Takan dlm bentuk kayu kut…..so sama je la….sebab tu dua2 dah bingung..hehehehe

    Reply
  • June 10, 2015 at 11:44 pm
    Permalink

    Arul Nasi Kandar. Inilah pepatah melayu kata, kalau jumpa Ular atau keling, ketok Keling dulu, lebih auta dari ular.

    Reply
  • June 11, 2015 at 12:11 am
    Permalink

    Jawapan mudah bila tun m benci seseorang apa kebaikan pun orang itu lakukan tetap tun m benci orang itu, bertaubat tun m ,usia makin tua dekat diri surau itu itu lebih baik, bagi aku lebih maju proton itu dari bergaduh tak tentu pasal itu ada faedahnya

    Reply
  • June 11, 2015 at 2:13 am
    Permalink

    Memang betul System Baru. Tok setuju 100 %. Melayu sangat mudah di perkotak-katik. Apa2 saja yg baik tidak akan diterima. Itu lah hati orang Melayu.

    Reply
  • June 11, 2015 at 2:16 am
    Permalink

    Kangkong……anda telah memalukan melayu islam dengan jawapan seperti orang dungu…..jangan perleceh-lecehkan kaum lain. Nah lihat kini bangsa melayu telah diperhina oleh pemimpin DKK Mahathir memperalatkan kuasa di tangan dengan meminggirkan bangsa melayu dalam pengagihan projek & tender kerajaan …siapa yang dapat projek & tender semasa dia berkuasa dahulu…? Berapa ramaikah bangsa melayu dapat projek……cuma para kroni Mahathir dari kaum cina yang dapat…kalau ada melayu yang dapat bukanya melayu totokpun tetapi melayu berketurunan malabari & arab seperti Syed alBukhari. Sila namakan usahawan melayu totok daapt tender semasa Mahathir dulu…kalau berani jawablah.

    Tu la dok asyik kutuk keling ujung-ujung pemimpin darah keturunan keling juga tipu melayu…betul tak Kangkong otak layu macam kangkung jugak….!!!!!

    Reply
  • June 11, 2015 at 2:49 am
    Permalink

    Kegagalan tun m paling besar ialah gagal memcapai 30% ekonomi bumiputera sebelum dia berhenti tun m mengangku dia buat silap
    Sebab itu minta najib jangan ulang perkara sama apa yg di lakukannya

    Reply
    • June 11, 2015 at 7:56 am
      Permalink

      Gagal atau itulah perjuangan dia sebenarnya?Raja Mandaliarlah yg meranapkan kerajaan Melaka dulu….ingatlah bani Jawi Melayu-sejarah berulang….

      Reply
  • June 11, 2015 at 12:44 pm
    Permalink

    Sejarah Melayu sejak dulu dipenohi dengan Melayu yang mengkhianati bangsa sendiri.Marahkan nyamok mereka pilih bakar kelambu bukan menghalau nyamok dari menggangu.

    Malang sekali pengkhianat negara sekarang ialah seorang yang ingin jasanya dikenang dan ingin terus digelar negarawan. Kita panggil Madey khianat kerana kita berani mengatakannya . Dan dia memang sedang mengkhianati negaranya sendiri buat mencapai kepuasan peribadi.

    SEsaorang harus besikap begini pada satu peringkat, dalam satu usia. Tetapi amat malang jika usia sudah menghampiri satu kurun masih begini.

    Reply
  • June 11, 2015 at 1:37 pm
    Permalink

    Maaf lari dari tajuk. Tapi Tok teramat risau Melayu akan hilang kuasa kerana perpecahan bangsa Melayu. Yang akan berkuasa ialah CINA DAP: tidak PKR & tidak PAS. Ketika itu Melayu sudah tidak ada apa-apa lagi. Kuasa memerintah HILANG & ekonomi HANCUR. Ini lah budak2 muda nak kan.

    Reply
  • July 31, 2015 at 10:54 pm
    Permalink

    Semua ni pembohong belaka. keyataan mahathir diputar belitkan. aku yg SPM ni pun paham apa yang mahathir sampaikan takkanla korang yang belajo tinggi tak paham atau sengaja buat2 tak paham. Ni la wajah2 korup yg terang dan tak tau malu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *