Usul Tergempar: “Bertalak Tiga, Namun Masih Bersekedudukan?”

Share


hadi awangPutus hubungan politik dengan DAP, tetapi kekal bersama PKR di dalam Pakatan Rakyat, itulah usul tergempar yang diluluskan oleh Dewan Ulama PAS yang bersidang semalam di Taman Melewar, Gombak.

Usul ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan, apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Dewan Ulama PAS?

Kita faham keadaan PAS yang terpukul dengan hinaan yang dilemparkan ke atas Hadi Awang oleh DAP, lantas mengutarakan usul tergempar berkenaan. Namun, bagaimana untuk PAS kekal di dalam Pakatan sedangkan DAP sendiri masih berada di dalamnya.

Sesungguhnya, ramai peminat politik tanahair sedang menduga di dalam kesamaran, akan permainan politik terbaru ciptaan Dewan Ulama.

Kata-kata nakal mengumpamakan senario ini sebagai “berpisah talak, namun masih bersekedudukan”. Ini lebih membawa kehinaan kepada Dewan Ulama PAS, kerana masih dilihat cuba “playsafe” dalam usul berkenaan.

Seharusnya, Dewan Ulama melihat tindakan mereka harus berdasarkan sikap campurtangan DAP ke atas pemilihan parti itu yang jelas kelihatan. Tidak cukup dengan provokasi melampau ke atas Hadi Awang, DAP secara terang-terangan memberi sokongan kepada calon-calon yang difikirkan lebih senang untuk mereka bekerjasama.

Hakikatnya, calon-calon tersebut boleh dikatakan sudah tidak lagi berpegang kepada prinsip dan perjuangan PAS itu sendiri. Bijak DAP, mereka tidak perlu mengubah prinsip parti mereka, tetapi menyokong calon-calon yang berani mengubah hala tuju PAS itu sendiri.

Tidak hairanlah jika ada di kalangan calon-calon tersebut membawa pimpinan DAP ke hulu ke hilir untuk berceramah di hadapan khalayak PAS sendiri. Itu belum diambil kira pula dengan keberanian seorang calon untuk jawatan tertinggi parti yang membuat kenyataan tidak kisah jika dilabel sebagai “proksi DAP”.

Kemuncak campurtangan DAP ke atas pemilihan PAS kali ini boleh dilihat dari keputusan parti sosialis itu yang mahu menimbang semula kedudukan mereka di dalam Pakatan Rakyat selepas berlabuhnya Muktamar PAS ke 61. Apa yang tersirat ialah, DAP menyampaikan maksud, jika calon-calon yang mereka gemari tidak dipilih oleh perwakilan, maka mereka menggambarkan akan keluar dari Pakatan Rakyat.

Mungkin juga inilah harapan Dewan Ulama PAS, yang mahu memastikan Hadi Awang dan pro ulama PAS diberi mandat baru bagi mengemudi bahtera PAS, sekaligus memaksa DAP membuat langkah drastik dengan memutuskan tahaluf siyasi antara mereka.

PAS enggan dilabel sebagai mungkir janji, maka Dewan Ulama PAS menetapkan usul yang sedemikian rupa. Jika DAP keluar dari Pakatan, PAS tidak akan dikenang sebagai pengkhianat pakatan harapan rakyat.

Tetapi, bagaimana jika DAP masih terus ingin bersama Pakatan Rakyat walaupun Hadi Awang diberi mandat baru untuk memimpin PAS?

Apa pula tindakan PAS?

Untuk makluman semua, ini hanyalah usul semata, dan belum lagi diputuskan secara sah. Usul tersebut perlu dibawa ke Jawatankuasa PAS pusat, yang bakal menjalani pemilihan baru pada hari ini, sementara keputusannya akan diumumkan esok hari.

Masih punya waktu untuk membuat pusingan “u-turn”, atau sekadar berpusing-pusing di “roundabout”.



7 thoughts on “Usul Tergempar: “Bertalak Tiga, Namun Masih Bersekedudukan?”

  • June 4, 2015 at 8:28 am
    Permalink

    Umpama “sex for pleasure”
    Pas terang terang nk gunakan pakatan rakyat utk semata2 undi..
    “Pakatan Rakyat” hanyalah kerajaan “bayang” rakyat tanah melayu..
    Kerajaan apa mcm ni kalau tak bersatu? Doi.. Haru biru..
    Yg menyokong pakatan rakyat.. lagi blur diaorg ni..

    Reply
  • June 4, 2015 at 10:09 am
    Permalink

    Saya rasa jawapan nya semua orang telah pun boleh agak dimana:-
    1, PAS akan terus bertahaluf siyasi dengan PR (DAP & PKR) selagi matlamat utama kePutrajaya belum tercapai
    2. Perbalahan Hadi Awang dengan DAP hanya sendiwara politik untuk melekakan UMNO /BN serta menimbulkan harapan palsu kepada penyokong UMNO /BN bahawa hayat PAS dalam PR akan berakhir. Terlalu banyak contoh boleh dijadikan asas terhadap permainan ini.
    Undang2 berorganisasi dan penguatkuasaanya di Malaysia adalah amat lemah kerana
    1. Walaupun PR tidak didaftarkan secara sah namun PR seolah2 sudah diiktiraf sebagai satu organisasi politik tanah Air dengan DSAI sebagai Ketua UMUM (presiden la tu). Bayangkan jumlah kerusi PR sebanyak 89 (PAS 21, PKR 30 dan DAP 38) telah diiktiraf. Kebenaranya adalah PR sememangnya tidak wujud pun. Logo pun tak ada, Bendera pun tak ada.
    2. Walaupun kepimpinan CEC DAP masih belum disahkan (tak tahu nak tunggu apa lagi) oleh ROC namun pengurusan tertinggi DAP masih boleh menjalankan pengurusan parti, membuat keputusan, dsbnya. Dari segi undang2 saya berpandangan bahawa PAS DAP dan PKR adalah tiga parti politik yang berbeza yang tiada ikatan sebagai satu konsotium seperti BN. Cuba bayangkan kalau betul PAS keluar dari ‘PR’ apa impaknya dari segi undang2. Dimana nak didokumentasikan kompossisi baru ‘PR’.

    Reply
  • June 4, 2015 at 10:19 am
    Permalink

    Saya tak boleh nak bayangkan sekiranya ‘PR’ (dari segi undang2 memang tidak ujud) diberi mandat untuk memerintah Malaysia. Perlembagaan PR dah tentu tiada. Yang ada cuma manifesto PR yang bukan janji). Jadi bagaimana. Saya minta penganalisis politik untuk cuba memberi pencerahan tentang isu ini.

    Reply
  • June 4, 2015 at 12:59 pm
    Permalink

    Yes, PR adalah bayangan. Khayalan membentuk kerajaan adalah kerajaan bayang atau bahasa mudahnya kerajaan hantu..
    Hantu akan buat apa shj untuk menolong pembelanya. Ia tidak tertakluk kpd mana2 undang2.
    Sesuatu tindakan yg tidak terduga dan di luar tabie adalah perkara biasa bagi hantu. Jgn hairan dan takjub dg tindakan mereka.
    Tetapi ingatlah hantu akan makan tuannya bila tidak dipenuhi kehendaknya.

    Reply
  • June 4, 2015 at 9:28 pm
    Permalink

    Sekali lagi aku tegaskan disini..PAS mengamalkan PERZINAAN POLITIK!

    Reply
  • June 4, 2015 at 11:39 pm
    Permalink

    Dan yg menang hanya cina dap

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *