Sepakat Anwarinas Melelahkan Hadi Awang

Share


hadi-pening

“Pidatonya (Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).”

Mat Sabu dilaporkan dalam ucapannya (seperti diatas) mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.

Pelik? Mungkin tidak bagi yang tahu menilai pendirian Mat Sabu di dalam PAS. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Anehnya, ucapan tersebut dilabel sebagai satu pujian kepada Hadi Awang oleh Khalid Samad. Ya, memang terdapat gambaran kehebatan Hadi Awang, tetapi bagaimana untuk kita menafsir kalimat terakhir “tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).”

Secara jujur, penulis tidak melihat ayat tersebut sebagai bentuk pujian, tetapi lebih kepada “lambung dan smash” yang bertujuan untuk mempersoalkan kredibiliti Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Penilaian ini juga perlu diambilkira dari sudut waktu ucapan tersebut dilafazkan; dengan Muktamar PAS hanya beberapa hari lagi akan berlangsung. Tidak mungkin ianya tidak memberi sebarang makna kepada persaingan jawatan Presiden PAS yang bakal berlaku pada 4, 5 dan 6 Jun nanti.

Khalid Samad, yang turut dikenali sebagai sekutu rapat Mat Sabu mahu ahli-ahli PAS faham maksud sebenar Mat Sabu dengan ucapan seterusnya, iaitu;

“(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya, kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat,”

Maka, Khalid berpendapat bahawa itulah maksud sebenar Mat Sabu, yang menekankan persepakatan Pakatan Rakyat lantas memberi ulasan “PAS tidak cukup kuat seorang diri walaupun dengan pemimpin hebat macam Hadi,”.

Salehuddin Ayob juga turut sependapat dengan Khalid Samad, bahawa maksud sebenar Mat Sabu adalah kepentingan kesepakatan politik untuk mengekalkan kuasa PAS.

Persoalan penulis, apakah erti ucapan Mat Sabu berkenaan kesepakatan politik dengan kehadiran Ahmad Awang berada ketika ucapan tersebut dilafazkan?

Untuk mereka yang mengikuti perkembangan politik negara, khususnya PAS, tentunya tahu siapa Ahmad Awang. Malah, Ahmad Awang sendiri tidak kisah sekiranya beliau dituduh sebagai “proksi DAP”.

Bagi penulis, samada dengan niat atau tidak, ucapan Mat Sabu telah mempertikaikan kredibiliti Hadi Awang, dan memberi nafas segar kepada Ahmad Awang, selaku pencabar Hadi pada muktamar yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Dalam ramai yang mempertikaikan ucapan tersebut, Mat Sabu perlu berterima kasih kepada Khalid Samad dan Salehuddin Ayob yang cuba menerangkan tujuan dan maksud Mat Sabu.

Untung Ahmad Awang.



3 thoughts on “Sepakat Anwarinas Melelahkan Hadi Awang

  • June 1, 2015 at 8:45 pm
    Permalink

    eleh mat sabu…orang pendang pun reject dia, ada hati nak kan bulan bintang !! perjalanan politik mat sabu dalam PAS dah hampir ke penghujung, lepas ni mat sabu hanya ada dua pilihan…join PASMA or join DAP

    Reply
  • June 1, 2015 at 11:26 pm
    Permalink

    Aku rasa Hadi Awang boleh kekalkan jawatan sbg Presiden PAS, melainkan HABUAN DUIT dan IMBUHAN BERBENTUK SEKS ditaburkan kepada ahli2 Perwaklian PAS untuk undi Ahmad Awang

    Lebai2 tu bukan boleh percaya pun, iman depa AMATLAH NIPIS!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *