Pemuda Jerantut ingatkan ancaman parasit parti

Share


Pemuda UMNO Jerantut menyelar tindakan berterusan beberapa pihak yang cuba menimbulkan keraguan dalam kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai golongan parasit.

“Mereka kini bagaikan parasit yang hanya ingin bergelak ketawa di saat Perdana Menteri cuba melaksanakan agenda transformasi bagi mencernakan arah tuju negara dalam Wawasan 2020.

“Mereka ini berjaya menimbulkan keresahan masyarakat secara umum dengan satu persatu isu biarpun secara dasarnya hal itu tidak memberikan kesan negatif malah bakal menjanjikan sesuatu yang barangkali lebih di luar jangkaan,” kata laman Facebook Pemuda UMNO Jerantut.

Turut dilahirkan ialah kekesalan sayap itu berhubung usaha pihak di dalam parti yang cuba mendesak Najib agar secara sukarela melepaskan jawatan yang dipegang beliau.

Kelompok itu dilihat seolah-olah memperincikan agenda peribadi berbanding usaha melaksanakan transformasi yang digariskan Perdana Menteri.

“Kadangkala melihat mereka ini seakan tidak sabar melangkah dan tidak mahu sedaya upaya bersatu seperti cogan kata UMNO itu sendiri,” kata laman Facebook itu.

bnbbc.my



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *