Isu Video Di Janda Baik: Penjelasan Oleh Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia

Share


KUALA LUMPUR 24 November 2014. Presiden UMNO, Datuk Seri, Najib Razak (kiri) berbual sesuatu dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Forum Antarabangsa " A Hyperconnected World, Challenges in Nation Building", sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur. NSTP/ ABDULLAH YUSOF

Berikut adalah penjelasan dari Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dengan isu video ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Janda Baik, yang telah dirakam dan disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Penulis menerima penjelasan ini melalui aplikasi What’sApp.

Penjelasan 1:

Sebagai Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia saya telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca rakaman dan penyebaran.

Penjelasan 2:

Ianya telah dilakukan oleh seorang Timbalan Ketua Bahagian yg tidak sepatutnya hadir. Rakamannya telah disebarkan di kalangan rakan2nya di bahagian dan di kalangan telegram TKUB. Sekretariat tidak tahu menahu.

Penjelasan 3:

Saya telah meminta sekretariat mengambil tindakan segera kerana ianya merosakkan imej KERIS 2314 yg diprogramkan bagi memupuk dan memperkasa perpaduan di semua peringkat.

Penjelasan 4:

Ucapan TSM di luar rangka kursus.

Penjelasan 5:

Mulai siri ke 12 nanti pihak sekretariat tidak akan membenarkan handphone dan sebarang alat rakaman di bawa masuk ke dewan kursus.

Penjelasan 6:

Sebelum ini dan selepas ini tidak akan ada ucapan perasmian atau penutupan selain dari sekretariat. Kerana ketika itu 4 bahagian hadir: 1. PAGOH 2. BENTONG 3. HULU LANGAT 4. PONTIAN.

TSM hadir atas kapasiti sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Sama2 berusaha utk meredakan keadaan.



7 thoughts on “Isu Video Di Janda Baik: Penjelasan Oleh Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia

  • May 22, 2015 at 12:28 pm
    Permalink

    Jibby makin lama makin rasa bahang panasnya menjadi pemimpin kalau tak perform….

    Reply
  • May 22, 2015 at 12:58 pm
    Permalink

    terlebih dahulu ingin saya katakan saya bukan ahli UMNO, tapi saya sokong akan perjuangan UMNO yang berlandaskan seluruh rakyat dan bukan untuk segelintir rakyat. Saya ingin melihat ekonomi bumiputra diperkasa melalui badan saperti ASN, TH, EPF, KWSP, 1MDB, GLC dll dan segala peluang ekonomi yang ada hasil perjuangan BN hendaklah di khas untuk badan ini, supaya rakyat dapat merasa hasil sokongan mereka. Untuk tujuan ini adalah penting untuk rakyat mengenali ketua ketua UMNO yang jadi rent collector dan rent protector supaya kita tahu apa niat mereka apabila membuat kenyataan kepada rakyat. Jadi UMNO sepatutnya membiarkan ketua ketua UMNO membuat kenyatan secara bebas supaya rakyat dapat mengenali dan tahu nawaitu mereka. Rakyat akan marah pada UMNO apabila agenda buruk ketua UMNO yang dahulu terbongkar macam apa yang terbongkar sekarang. Biar rakyat menilai nawaitu ketua UMNO sebelum dia jadi ketua besar.
    Jika benar apa yang ditulis didalam media sosial yang kerajaan BN memberi susidi RM billion pada IPP untuk menjana kuasa dan mereka mendapat keuntungan tinggi, perbuatan ini adalah satu penkhiatan pada rakyat. Jadi penubuhan 1MDB saya percaya untuk rakyat. Jika ada masaalah awal dalam modal pusingan itu adalah perkara biasa dalam perniagaan dan sebagai negara kita bersama bolih atasi.

    Reply
  • May 22, 2015 at 2:13 pm
    Permalink

    Anything to do with zahidi, sure a NO GO. Why……an expert in rhetorics..

    Yang timbalan ketua bhgn sepatutnya tak berada Dlm dewan apahal?

    It makes me wonder how org sulu sdnang2 menyelinap masuk ke sabah. Notsurprising at all.

    kami org sabah tak mahu zahid jadi tpm atau pm. Sori

    Reply
  • May 22, 2015 at 2:48 pm
    Permalink

    orang sabah nak penekar amin jadi TPM …..dasar katak katak katakn sabahan

    Reply
  • May 22, 2015 at 4:51 pm
    Permalink

    Saya percaya 1MDB ditubuhkan untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan individu. Cuma dari segi pengurusan kena lebih telus dan cekap. Di samping perlu diterangkan kepada rakyat mengapa IMDB perlu ditibuhkan, mengapa melibatkan diri dalam penjanaan tenaga bebas(IPP) dan hartanah, apakah kesannya jika IMDB gagal dan apakah kesannya jika 1MDB berjaya. Saya percaya jika 1MDB diberi ruang dan sokongan yang secukupnya maka bukan sahaja stesen IPP seluruh Malaysia boleh dimiliki malah semua rangkaian lebuh raya pun boleh diperolehi. Dengan demikian perbelanjaan subsidi yang besar untuk IPP dan konsensi tol dapat dijimatkan dan hasilnya dapat semula kepada rakyat dan tidak kepada taikun kroni.

    Reply
  • May 23, 2015 at 1:08 am
    Permalink

    semoga DSN adalah seorang pemimpin tulen yg memperjuangkan hak rakyat. bagi yg pelapis2 UMNO malang sungguh hanya bikin gempak ikut musim. Semoga Allah jauhkan UMNO dari pemimpin yg telunjuk lurus kelingking berkait.

    Reply

Leave a Reply to megat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *