Guru KAFA: Tuntut Janji, Tamat Perkhidmatan Pula Yang Diberi

Share


Ekhsan-Bukharee-Badarul-HishamSudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang guru KAFA apabila perkhidmatannya telah ditamatkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila berusaha untuk menagih janji kerajaan Selangor yang dibuat di dalam manifesto PRU13 yang lalu.

Itulah yang menimpa Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain yang menuntut kenaikan elaun dari RM1,300 sebulan kepada RM1,500 sebulan, sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Betapa kita tidak menyangka, seorang rakyat Selangor, yang sekadar ingin mendapatkan haknya yang sah seperti dijanjikan, kini menerima padah apabila kehilangan sumber pendapatan.

Tuntutan ini bukanlah membuta tuli, tetapi menagih janji yang telah diberi. Apakah ianya keterlaluan?

Di dalam Islam, mungkir janji adalah ciri-ciri munafik, yang diperingatkan kepada seluruh penganutnya, agar menghindari sifat tersebut. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

“Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji.” (surah Al-Maidah, 5:1)

Juga Allah menyatakan ciri-ciri orang yang berjaya, salah satunya adalah,

وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (surah Al-Mukminun, 23: 8)

Bukanlah penulis mahu menuduh kerajaan negeri Selangor mungkir janji, tetapi sesuatu perlu dilakukan selaras dengan manifesto yang diwar-warkan kepada rakyat. Sementara itu, jika penamatan kepada kontrak perkhidmatan ini adalah berdasarkan tindakannya untuk menuntut ke atas apa yang telah dijanjikan, maka selayaknya ia dikategorikan sebagai zalim.

Setelah beberapa penggal memerintah di Selangor, tidak dinafikan bahawa Pakatan Rakyat telah gagal memenuhi apa yang dilafazkannya melalui manifesto pilihanraya. Malah, satu ketika, kata dusta seperti “manifesto bukan janji” ibarat sudah diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat. Begitulah hinanya masyarakat diperalatkan tanpa disedari, sehinggakan terpaksa mendengar perkara-perkara yang seolah-olah menggalakkan sifat mungkir janji.

Hadamlah “senario” ini di dalam masyarakat kita. Ianya datang tanpa kita sedari, secara halus meracuni pemikiran kita, seterusnya matlamat menghalalkan cara. Rasulullah SAW mengingatkan umatnya, di kala zaman ini hampir menemui penghujungnya, ;

إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

“Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).” (Musnad Imam Ahmad)

Sebelum ini, Ekhsan telah mendakwa diugut oleh Jabatan Agama Islam Selangor, berikutan tindakannya untuk membuat sidang akhbar di Bangunan SUK Selangor sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bersidang tempoh hari.

Malah, Ekhsan juga mendakwa, terdapat ugutan kepada guru-guru KAFA yang lain untuk tidak menghadiri sidang akhbar berkenaan, atau berhadapan dengan kehilangan pekerjaan sebagai guru KAFA.

Melalui laman twitternya, Ekhsan memberitahu kenyataan khusus berkenaan pemecatannya akan menyusul.

 



4 thoughts on “Guru KAFA: Tuntut Janji, Tamat Perkhidmatan Pula Yang Diberi

  • May 21, 2015 at 1:23 pm
    Permalink

    Inilah perjuangan pas dan pakatan… akhirnya guru tersebut diramatkan perkhidmatan , pas dan pakatan berkhidmat demi kezaliman dan kesengsaraan rakyat

    Reply
  • May 21, 2015 at 2:31 pm
    Permalink

    Ekhsan tu pun dulu barua fuckatan yang paling setia… kini rasa la sendiri bagaimana pemerintah kesayangan ko tu mentadbir negeri. Tak payah tuntut janji itu ini la… jadi balaci kepada Assmin da nenek jijah cukup….

    Reply
  • May 21, 2015 at 2:46 pm
    Permalink

    nampaknya menuntut/menagih janji dari sebuah kerajaan negeri telah dianggap haram oleh JAIS sehingga menamatkan perkhidmatan orang itu…bukannya si ekhsan itu menghasut suruh guru KAFA yang lain mogok ke apa tak laksana tugas, dia cuma mempraktikkan ‘hak kebebasan bersuaranya’…memang betul lah kita sedang berada di akhir zaman

    Reply
  • May 21, 2015 at 3:10 pm
    Permalink

    JAIS tidak sepatutnya menjadi barua tunduk kepada tekanan azmin yang mahu si ekhsan itu diberhentikan kerja kerana menuntut(menagih) janji tersebut…harap apa aku perkatakan tidak benar, jika benar JAIS telah membaruakan dan mencemarkan sebuah institusi yang sepatutnya mempertahan tuntutan yang dibuat oleh si ekhsan itu…mempertahan bermaksud tidak tunduk dengan tekanan dari si penentang pelaksanaan hudud bernama azmin ali

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *