Kuasa DAP: Di Kelantan Hudud Disanggah, Di Selangor PAS Kian Rebah

Share


dap larang muktamar pas

DAP mengoptimakan keberadaan ejen-ejen mereka di dalam PAS, itu antara mesej yang ingin penulis sampaikan dalam artikel ini.

Bukanlah rahsia, bahawa Hadi Awang telah lama terdedah kepada serangan bertali arus dari kepimpinan DAP. Tidak cukup dengan itu, kritikan dan serangan tersebut tidak ditangkis oleh sayap parti seperti Dewan Pemuda, dan juga kepimpinan kanan yang lain.

Jelas, Hadi Awang kini juga berada di dalam senario yang turut dihadapi oleh Perdana Menteri Najib Razak. Tidak hairanlah apabila Hadi Awang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, kerana beliau juga turut merasa yang sedang dirasakan oleh Najib Razak.

Berbalik kepada peranan ejen-ejen DAP, itulah realiti PAS hari ini, apabila dianggotai oleh golongan yang pro kepada DAP. Bukan sekadar tuduhan, keberadaan ejen-ejen DAP di dalam PAS juga menyaksikan bagaimana Lim Kit Siang (tetap orang yang sama pada 13 Mei 1969) menggunakan peluang yang diberikan kepadanya di hadapan kira-kira 1000 penyokong PAS dengan menyanggah perlaksanaan hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tidak terfikir oleh kita, bagaimana sebuah negeri yang berstatus mutlak milik PAS yang sinonim memperjuangkan hudud, memberi ruang dan peluang kepada seorang anti hudud berucap menyanggah apa yang diperjuangkan oleh PAS? Nauzubillahiminzalik, apakah yang sedang dihadapi oleh PAS hari ini? Kifarah? Bala?

Sungguhpun terdapat kritikan dari beberapa pemimpin PAS, ia tidak ubah seperti kambing menanduk bukit, yang sebenarnya tidak memberi apa-apa makna kepada DAP.

Buktinya, DAP sekali lagi menunjukkan PAS, di mana kedudukan parti itu di antara parti-parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat. Harapan dan cita-cita PAS untuk mengadakan Muktamar Tahunan PAS ke 61 di Kuala Selangor mendapat tentangan hebat dari DAP. Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Kim menyifatkan tindakan PAS itu dianggap sebagai tidak menghormati keputusan kerajaan negeri yang tidak akan melaksanakan hukum Hudud. Maka, Teng bertegas bahawa PAS tidak perlu menganjurkan program besar berkenaan.

Kini, apa yang mahu ahli PAS katakan, apabila membenarkan Lim Kit Siang menyanggah hudud di Kelantan, dan tidak membenarkan muktamar PAS diadakan di Selangor? Tahaluf siyasi?

Rasanya, tidak keterlaluan, sekiranya penulis terus percaya dengan sebenar-benar percaya, dengan perkembangan ini, bahawa PAS masih lagi berkasta “pariah” di dalam Pakatan Rakyat.

Hina bukan?



11 thoughts on “Kuasa DAP: Di Kelantan Hudud Disanggah, Di Selangor PAS Kian Rebah

  • May 18, 2015 at 11:18 pm
    Permalink

    Penulis ni satu benggong…nak samakan hadi awang dengan Najib, alahai apasal MYKMU la ni dibarisi oleh penulis-penulis picisan yang tak boleh berfikir sendiri.

    Hadi diserang sebab dia sendiri cari pasal, itu kifarah…kerana kuasa yang amat sedikit dia sanggup mendukung DAP dibahunya, dia biarkan kepimpinan PAS yang pro anwar mencorak pecacai-pecacai PAS untuk membenci UMNO, so bila depa tengok sikap hadi terhadap UMNO yang agak kendur…depa mula menyerang hadi dan di sokong dengan suka hatinya oleh DAP.

    PAS sanggup dihina sebegitu oleh DAP hanya kerana dendam mereka terhadap UMNO…maruah dan harga diri sudah dianggap secondary, yang penting UMNO dijatuhkan.

    Penulis tak hairan sebab apa haji adi menyokong Najib ?? aku hairannnn…hehehe
    Haji adi jugak dulu menyokong Pak Lah…penulis tak hairan jugak ke ??

    Reply
  • May 19, 2015 at 12:26 am
    Permalink

    hairan tu aku nak kata was-was….aku sebenarnya ada was-was juga bila Hadi sokong Najib…bersangka buruk kan tak baik sesama Islam jadi aku tak kata was-was hari tu tentang Hadi sokong Najib

    mana bujuk, aku nak tanya dia…

    berani tak PAS buat murtabak errr muktamar di Selangor bulan depan?

    sepatutnya kan harus ada pemimpin PAS(terutama Hadi) berani kata pada babi teng macam ni “LU INGAT ITU SELANGOR MAK BAPAK LU PUNYA KAH?

    Reply
  • May 19, 2015 at 12:35 am
    Permalink

    selepas kematian karpal singh, pasti wan rahim tu berani juga cabar orang langkah mayat dia dulu kalau nak ‘apa-apakan’ sahibul samahah murSHITul terbaru PAS bernama lim kit siang

    Reply
  • May 19, 2015 at 12:41 am
    Permalink

    sepatutnya Haron Din harus berani keluarkan fatwa kata adalah haram bagi mana-mana pemimpin PAS yang akur dengan kehendak orang kafir seperti lim kit siang yang tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan

    Reply
  • May 19, 2015 at 12:57 am
    Permalink

    Ada PAS kesah?
    DAP dan PKR jangan nak sombong, kerusi PAS sama banyak dengan DAP dan lebih banyak dari PKR. DAP hanya nak tolong Khalid Samad dan Dr.Zul yg bakal disenyapkan pada muktamar nanti supaya tak malu sangat bila tersungkur ditempat sendiri. TGHH bukan sokong Najib jadi PM tapi minta Najib habiskan penggal dia supaya lebih mudah nak jatuhkan PM. Jika PM diganti pertengahan musim, orang baru akan dapat sokongan dan mandat baru yg lebih padu seperti Paklah ganti TunM dan Najib ganti Paklah. Jika Paklah habiskan penggal dia tempohari.. mungkin BN dah tinggal sejarah. Sebab tu TunM tak suruh Najib berhenti masa PRU13, malah sokong Najib masa tu.. Malah pemimpin Pembangkang rata2 minta Najib dapatkan mandat baru atau Pilihanraya baru dan bukannya serah kuasa.

    Reply
  • May 19, 2015 at 2:02 am
    Permalink

    betul tu bujuk , PAS mana kesah ??? Sebab tu PAS hanya bertarafkan paria dalam Pakatan , kerusi banyak tapi semua ahli DUN PAS yang konon ustaz dan ulamak tu semuanya taraf lembu , takde kuasa langsung , kenapa takde kuasa sebab PAS bodoh bagi kat cina DAPigs dan PKR , ahli majlis kat selangor pun PAS mana mampu buat apa-apa , masjid buat jualan tanpa permit akan kena roboh , sebab apa ??

    PAS kerusi banyak tapi dibodohkan oleh DAPigs , bagi jawatan taraf pariaa jee .. TAPI bila gereja takde permit boleh pulak dapat sokongan kerajaan selangor .. hahahaha PAS selangor nak cakap pasal hudud pun semua takde suara , siap kena hina lagi dengan orang kafir .. inilah taraf pemimpin PAS

    Reply
  • May 19, 2015 at 5:19 am
    Permalink

    aikk bujuk ?? hidup dah tersepit masih nak cakap besar lagi ? sejak 1951 PAS nk kuburkan UMNO. tapi tak dapat pun. itu buktinya PAS takde kualiti dan kelayakan.Dalam pakatn pun jadi barua , ada hati nak lawan UMNO..

    Reply
  • May 19, 2015 at 8:09 am
    Permalink

    Bujuk…siapa yg jadi ketua pembangkang sekarang?…PAS yg byk kerusi ke atau PKR yg kurang kerusi dr PAS?…punya la bapok PAS skrg ni sehingga sanggup dipimpin oleh pompuan tua isteri kpd peliwat..mana pejuang2 syahid hangpa?…

    Reply
  • May 19, 2015 at 1:57 pm
    Permalink

    Terima lah hakikat bujuk…PAS tak kan mampu bangun untuk memimpin pembangkang walaupun mempunyai ahli yang paling ramai…dengan kerusi parlimen yang tercorot kalau dibandingkan dengan DAP dan PKR apa yang dapat PAS lakukan ???

    dari dulu lagi aku berkata aku amat sedih mengenangkan saudara-saudara seagama aku di perkotak katik kan oleh DAP, dan sampai sekarang ni kesedihan aku tak pun berkurangan….hang sedih tak bujuk ??

    Reply
  • May 20, 2015 at 1:27 am
    Permalink

    PAS tak gila kuasa macam pemimpin UMNO, keliling pinggan scandal hingga speaker hantar surat letak jawatan pun dia masih kata ramai sokongan. Tengok TGHH.. releks je, tak letak nama dia jadi menteri dlm. kabinet bayangan pun dia tak kesah.
    PAS setuju DSWA jadi ketua pembangkang sebab jawatan tu bukannya jawatan PM yg berkuasa penuh seperti MB s’gor. Lagipun lebih baik DSWA dari LGE… ke UMNO nak LGE jadi ketua pembangkang?
    Islam tu tinggi dan tiada yg lebih tinggi dari Islam.. Nabi2 semuanya mulia walaupun banyak diantara Nabi2 tak jadi ketua negara atau kaum mereka. Walaupun mereka dihina, dicerca dan sebagainya martabat mereka tinggi dan mulia kerana pertahankan IMAN mereka kepada Allah. Sejarah para Nabi menjadikan pemimpin2 PAS tidak kesah pada jawatan, kuasa dan harta sebaliknya yang diperjuangkan adalah dakwah islamiah. Kami percaya setiap kesusahan, hinaan dan ujian ini pastinya Allah akan memberi balasan yg lebih baik. Jadi kami Istiqamah dan iklas dalam perjuangan dan kepada Allah kami bertawakal.

    Reply
  • May 20, 2015 at 1:46 pm
    Permalink

    Parti anasir sarvesif kut dia tu. Membenarkan dap dalam pas dan kakitangan kerajaan umno sendiri ramai orang pas. Taklama agaknya umno yang hancur. Tinggal sejarah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *