Speaker: Tidak Ada U-Turn, Yg Ada Hanya Penipuan Tun M

Share


FB_IMG_1431836524884

PARA penyokong Tun Mahathir cuba ‘menyucikan’ penipuan dalam soal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nak melepaskan jawatan, dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak menipu sebaliknya Tan Sri Pandikar yang buat U-Turn.

Dari apa yang penulis difahamkan (Tan Sri Pandikar sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi), tidak ada U-Turn atau hasrat untuk meletak jawatan.  U-turn ini hanya berlaku bila perletakkan jawatan sudah berlaku dan diumumkan, kemudian ditarik balik, itu U-turn.

Masalahnya sekarang tidak ada apa yang berlaku, tahu-tahu Tun Mahathir sudah umum Speaker letak jawatan. Mungkin ada artikel dalam perlembagaan dimana Mantan Perdana Menteri boleh umum perletakan jawatan Speaker, penulis tidak tahu.

Apa pun, inilah jadinya bila sindrom ketaksuban melampau sudah menjangkiti manusia, yang salah dan berdosa pun cuba nak dilihat macam betul dan dapat pahala.  Ini bukan kali pertama, dalam tempoh 2 minggu ini sudah 2 kali Tun Mahathir berbohong.

Kali pertama beliau menipu, ialah semasa mendakwa nilai tanah RM 188 juta yang dibeli Tabung Haji dari 1MDB di TRX, mampu menyelamatkan syarikat yang ada liabiliti sebanyak RM 42 billion itu.  Bagaimana itu mungkin berlaku?  Sehingga sekarang masih tidak ada penjelasan dari Tun Mahathir.

Menariknya, dalam setiap penipuan, masih ramai yang menyokongnya dengan pelbagai alasan, kalau tak taksub nak kata apa tu?

Ironinya, penulis kenal beberapa orang dari kumpulan ini yang dulu mengutuk ketaksuban serupa yang berlaku dalam PAS, hari ini mereka pula yang jadi seperti orang PAS dengan menganggap apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir itu semuanya betul dan tidak ada yang salah.

Tun Mahathir hanyalah manusia biasa dan tidak sunyi dari membuat kesalahan. Beliau sendiri pun mengakui pernah membuat banyak kesilapan semasa menjadi Perdana Menteri – kecuali memecat Anwar Ibrahim.  Itu masa muda dan bertenaga tu, apatah agi sekarang, pada usia 90 tahun.

Maka itulah penulis secara peribadi tidak melihat sebarang kesalahan pada Tun Mahathir sekalipun jelas beliau berbohong dalam perkara tersebut. Pada usia sekarang, tidak menghairankan kalau cakapnya lebih banyak merapu dan tidak bersandarkan fakta.

Deria pun bukan semua yang berfungsi dengan sempurna.

Jika semuanya berfungsi dengan baik, sudah tentu pada saat ini ada orang yang mencadangkan Tun Mahathir untuk bertanding dalam pilihanraya dan jika menang, dilantik sebagai Perdana Menteri semula, tapi dalam banyak-banyak yang disebut tentang Tun Mahathir kebelakangan ini, bab itu takde yang berani nak sentuh.



22 thoughts on “Speaker: Tidak Ada U-Turn, Yg Ada Hanya Penipuan Tun M

  • May 17, 2015 at 12:38 pm
    Permalink

    fitnah ni.takkan negarawan boleh percaya ni semua?

    Reply
  • May 17, 2015 at 1:14 pm
    Permalink

    kau nie banyak makan suap = nanti puak2 menipu bash ko lagi adamyan .

    Reply
  • May 17, 2015 at 1:43 pm
    Permalink

    hehehe….aku rasa hang yang lebih banyak menipu adamyan, dari dulu lagi, tapi tak pe lah selagi penipuan hang dipercayai oleh cai-cai pelingkup UMNO, teruskan lah..tak ada siapa pun rugi apa-apa pun kecuali UMNO sendiri…aku harap sangat UMNO dapat dipulihkan dari kepimpinan yang lemah dan ulat-ulat parasite yang hanya jadi pak sorak….ntah apa yang depa sorakkan depa pun tak tau.

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:12 pm
    Permalink

    kepada pengilap buah Tun M seperti raplahjingaa, jangan jadi munafik terimalah hakikat Tun M memang seorang PENIPU

    walaupun baru balik dari umrah, tiada nilai disisi tuhan bila menipu…jangan sampai jatuh muflis segala pahala hasil dari amalan baik yang dikerjakan sebelum ini akibat berterusan menipu

    tuhan tidak membuka aib manusia, hanya diri sendiri boleh membuka aib kepada diri sendiri bila menipu, bercakap bohong dsb…Tun M masih belum terlewat jika mahu kembali ke pangkal jalan untuk membetulkan diri & keadaan

    musuh sebenar Tun M bukan berada jauh disebelah sana, musuh sebenar Tun M ialah mereka yang berada dekat dengan dirinya…mereka ini ialah pengadu domba yang Tun M ‘secara tidak sedar telah memperbodoh diri’ suka nak dengar dan percaya kononnya mereka bercakap atas kebenaran

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:40 pm
    Permalink

    Aku rasa yg komen untuk memecah belahkan UMNO/BN,mencaci dan menghina ni penyamar je /mungkin Red Bean Army/penyokong PR (yg ‘illegal’ dari segi syarat pertubuhan “not registered” ). Key board warrior je. Sebenarnya pengecut. Baling batu sembunyi tangan.

    Maaf, aku sokong DSNajib sebagai PM sekarang. Aku sokong Tun M masa dia jadi PM dulu. Jasa2 mereka tetap ku kenang. (Walaupun masing2 ada buat kesilapan. Bumi mana tak di timpa hujan).

    Kepada pejuang2 yg ikhlas , jgn terpedaya dgn puak2 ni. Kita komen dgn fakta dan bukti yg nyata, berhemah. Tak perlu guna kata2 kesat macam puak2 yg di sebelah sana. Orang Melayu Islam terkenal dgn sopan santun, budi bahasa dan hormat menghormati. Salam untuk semua, May God Bless You for the Non-Muslim. Peace not war (cam kat negara2 Arab contoh.)

    Ihdinassiratalmustaqim.

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:41 pm
    Permalink

    Masa pembangkang tengah lemah, masih kah kita nak bergaduh sesama sendiri?. Apakah perjuangan tuan/puan ikhlas , atau tuan/puan ni tak faham faham.

    Yg mengaku tak mau sokong BN/UMNO suka hati tuan2 lah. Kalu nak terjun dgn labu-labu tuan2 , terjun lah.

    Tuan2 penyamar/red bean army/dan se angkatan dgn nya, yg cuba memecah belah kan penyokong kerajaan. Langkah dan tindakan anda sedang di pantau. Sabar je. Nanti jangan menyesal.

    Yg ikhlas , teruskan dgn perjuangan tuan/puan. Kita doakan kejayaan kerajaan Malaysia. Dan kita doakan mereka yg tersilap agar dibukakan hati mereka kemabali ke jalan yg benar.

    Ihdinassiratalmustaqim.

    Maaf zahir batin.

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:43 pm
    Permalink

    Ihdinassiratalmustaqim.

    Jgn dok dengar bisikan syaitan.

    Jom berhibur dengan lagu Casey ‘JANGAN ADA BENCI” kat You Tube , sambil dengar lagu dan faham maksud liriknya.

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:56 pm
    Permalink

    balik dari umrah terus sebar fitnah!

    Reply
  • May 17, 2015 at 3:56 pm
    Permalink

    Saya setuju apa yang dikatakan oleh Spy Bukit Gantang. Saya memang meminati Tun M sejak beliau mengambil alih jawatan PM pada 1982. Saya pernah berseorangan mempertahankan Tun M ketika pemecetan Anwar Ibrahim dikalangan rakan pejabat yang mejoriti menyokong anwar. Saya pernah kecewa seperti Rafidah Aziz ketika Tun M meletakkan jawatan. Jasa-jasa Tun M memang banyak sehingga sukar dikira dengan jari. Tapi kini saya keliru. Walaupun saya bukan peminat DS Najib, sepatutnya Tun M buat cara Pak Lah. Biarkan DS Najib menjalankan pemerintahan dengan cara beliau sendiri. Rasanya DS Najib boleh menerima segala kritikan tapi janganlah memaksa beliau untuk melaksanakannya.

    Reply
  • May 17, 2015 at 4:51 pm
    Permalink

    ..cara Najib ?? cara yang menjuruskan kehilangan majority di parlimen ?? cara yang pecahkan rekod kehilangan undi popular ?? cara di mana bangsa asing dengan mudah perkotak-katikkan agama Islam ??

    itu cara Najib ?? dan didukung oleh penyokong-penyokong yg membawa rebah ?? …I LOVE PM

    Reply
  • May 17, 2015 at 5:15 pm
    Permalink

    gaji speaker kn besar.rugilah klu ltk jwtn..

    Reply
  • May 17, 2015 at 5:18 pm
    Permalink

    speakrr nk ltk jwtn.jgn mimpi..

    Reply
  • May 17, 2015 at 6:31 pm
    Permalink

    Yg sokong tun m dikatakan rba? Mmg bangang! Lu org semua pun baru muncul kat sini semata2 nak pertahankan najib jee, selama ni yg bantai penipuan pakatan lu org semua garu telor jer

    Alaaa mykmu ni sebelum paklah letak jawatan dialah nombor satu pertahankan, lepas paklah letak jawatan taulakk kesilapan pak lah

    Reply
  • May 17, 2015 at 7:05 pm
    Permalink

    selain raplahjingaa, gambus juga bukan RBA

    aku rasa semua yang mempertahan Najib bukan jenis garu telor je tak bantai penipuan/kebobrokan pakatan

    aku sejak 1998 sokong dan pertahan Tun M, aku masih ingat lagi tentang satu website bernama ‘perjuangan’…disitulah kita ‘berperang’ dengan pencacai musibat anak haram(anwar), websitenya tu simple je macam chatbox ala ‘twitter’ masa tu

    Reply
  • May 17, 2015 at 7:19 pm
    Permalink

    Siapa Adamyan ni? Perkenalkanlah diri sebenar supaya mudah kita berhujah balas. Untuk media umno sepatutnya kalau tak berani usah berselindung dibalik nama samaran n palsu.

    Reply
  • May 17, 2015 at 8:20 pm
    Permalink

    Sudah sudahlah… engkorang punya kempen memburukkan Tun M ni buat orang makin menyampah. Daripada menyokong PM terus macam nak give up je. Sengaja mengajak perpecahan ke apa? Orang yang masih menyanjung Tun dah tak ada nilai kepada BN ke apa? Tak perlu sokongan mereka lagi?

    Reply
  • May 17, 2015 at 9:03 pm
    Permalink

    sibuklah lu ‘darman’ macam polis pulak nak suruh penulis artikel memperkenalkan dirinya yang sebenar

    sekarang aku nak tanya, boleh tak ‘darman’ memperkenalkan dirinya beritahu identitinya yang sebenar?

    jika niat itu ada yang tak baik suruh penulis artikel memperkenalkan dirinya yang sebenar, semoga ‘darman’ mendapat sesuatu yang tak baik terlebih dahulu

    hehehehehe

    Reply
  • May 17, 2015 at 9:49 pm
    Permalink

    tujuan pergi umrah untuk apa? untuk menipu? balik umrah tak kan nak menipu..kononnya..kenapa dia sorang nak jatuhkan pm? biarlah rakyat dan perwakilan umno yg tentukan. raplahjinggay kenapa beria-ia menyokong tun?

    Reply
  • May 17, 2015 at 10:06 pm
    Permalink

    Salam….lebih baik kita mencari idea utk mendamaikan depa berdua drpd menyebelahi salah seorang drpd depa…anggaplah semua ini suatu ujian….bknnya bermula suatu kehancuran….kita sama2 berjuang untuk mempertahankan kepimpinan UMNO di sini…kenapa skrg ini kita dilihat bercakaran sesama sendiri….samada kita mempertahankan Najib ataupun Tun dlm isu ini, kita secara langsung ataupun tidak langsung telah mrnyerahkan leher kita kpd puak2 moooo & bujuk…

    Kpd Admin, lebih baik anda menyenaraikan jasa2 yg telah Tun & DSN laksanakan utk tatapan geng2 mooo & bujuk drpd hanya condong kpd suatu pihak sahaja. Jangan pecah belahkan kami yg dah lama berjuang mempertahankan kepimpinan UMNO di laman siber tuan.

    Reply
  • May 17, 2015 at 10:21 pm
    Permalink

    Mengikut sains psikologis setiap manusia yang berniat jahat mempunyai perilaku yang terserlah sejak mereka berkuasa lagi. Termasuk mantan PM kita yang disanjung-sanjung tinggi sejak dahulu & kini sehingga melampaui kewarasan pemikiran segelintir manusia yang tertaksub dengan karismanya. Jika kita rajin membuat analisis sejak Mahathir menegang kuasa politik mutlak…kita akan menemui semua kebusukannya…..contoh kes Maahthir memaksa PETRONAS membeli syarikat perkapalan milikan Mirzan Mahathir anak sang mantan PM ini dengan agak mahal melebehi 15 kali ganda dari harga pasaran bebas. Itu belum lagi salahguna kuasa lain berkaitan dasar penwastaan,pengkorporatan dll.

    Anehnya kenapa ada puak-puak penaksuban melampu Mahathir sanggup menutup mata,memekakkan telinga,menutp minda & kalbu masing-masing demi mempertahankan kononnya kehebatan Mahathir….?

    Reply
  • May 17, 2015 at 10:42 pm
    Permalink

    kepada ‘stingray’

    sesungguhnya mencari idea untuk mendamaikan Tun M & DS Najib merupakan hasrat ramai orang termasuk aku walaupun aku mengkritik & mengutuk Tun M…bagi pihak Najib tiada masalah untuk berdamai, bertolak ansur & mencari noktah persamaan cuma Tun M sahaja

    ahli keluarga Tun M harus berusaha lebih untuk menasihati & memujuk ayahanda mereka supaya menjauhi orang-orang yang sedang rapat berada dikelilingnya sekarang ini kerana mereka ini bukan sahabat mahupun penasihat tapi merupakan ‘opportunis musibat’

    Reply
  • May 18, 2015 at 12:24 pm
    Permalink

    Saudara Raplahjingaa dan saudara Gambus bukan RBA, I can vouch for both of them

    Saudara poyo pulak suka cari pelacur dalam Puteri UMNO, boleh lihat di bawah:

    poyo said: October 4th, 2014 at 9:21 PM

    nak cr pelacur,dlm puteriumno…

    http://www.mykmu.net/2014/10/laporan-skmm-ke-atas-mykmu-kerana-anggap-pelacur-lebih-mulia-dari-melayu-sertai-dap/

    Orang yg sokong Mahathir tak semestinya RBA, aku juga sokong Mahathir tapi bukan dalam semua perkara contohnya dalam isu pemberian BR1M dan kes Altantuya.

    Dalam kes 1MDB, aku harap segala isu yg dimainkan oleh FUCKUTAN RETARD dapat diselesaikan dgn PANTAS sebab sekiranya ada HANKY PANKY, harap kerajaan Malaysia akan ambil tindakan terhadap mereka.

    Apa2 pun, carilah perdamaian antara Mahathir dan Najib Razak, though I got the feeling both of them at this moment would not try to reconcile any matters in the near future.

    Kita yg duduk tepi (not main player in politics) jangan tambah kebencian antara penyokong Mahathir dan penyokong Najib Razak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *