Perdana Menteri: “Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”

Share


najib razak di selangor“Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”; begitulah tekad Perdana Menteri Najib Razak dalam menempuhi gelora gerakan dari mantan Perdana Menteri yang mahu beliau meletakkan jawatan.

Kata-kata Perdana Menteri itu memberi makna yang mudah, bahawa beliau akan terus memimpin kerajaan dan parti tanpa mahu tunduk kepada desakan Tun Mahathir. Rasional keputusan Perdana Menteri ini adalah berdasarkan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir sendiri, iaitu selagi ahli parti memberi kepercayaan kepadanya, waima satu undi sekalipun, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri.

Apatah lagi, pendekatan transformasi politik Presiden UMNO Najib Razak adalah berpandukan demokrasi terbuka, dengan tidak lagi bergantung kepada sistem “undi bonus” dan “kuota” yang menyaksikan semua ahli berhak untuk bertanding sebarang jawatan parti. Itu belum diambil kira dari segi kebebasan akhbar, yang menyaksikan Perdana Menteri sendiri menerima kritikan di media massa dan media elektronik; sesuatu yang hampir tidak dapat kita melihatnya pada suatu ketika.

Atas dasar itulah, mandat dan kepercayaan yang telah diberi, maka Perdana Menteri Najib Razak akan terus mengepalai parti dan negara.

Sokongan Hadi Awang kepada Najib Razak mungkin ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Namun, kini penulis menyedari bahawa keduanya berkongsi pengalaman yang sama, apabila cuba digulingkan oleh sekutu sendiri. Maka tidak hairanlah Hadi Awang memilih untuk menyatakan sokongan terhadap Najib Razak, atas dasar beliau dipilih sebagai Presiden dan Perdana Menteri melalui sistem yang adil dan demokrasi. Cuma, apakah sokongan ini juga membawa kepada isyarat “perpaduan”? Kita tunggu dan lihat

Selain mengupas isu berkenaan, Perdana Menteri juga mengambil peluang untuk menerangkan serba ringkas isu-isu semasa seperti isu pembelian tanah oleh Tabung Haji, 1MDB, GST dan juga BR1M.

Sewaktu menerangkan isu BR1M, para hadirin bersuara “tidak setuju” apabila Perdana Menteri mengutarakan cadangan untuk membatalkan BR1M dan serta merta mereka mengangkat tangan seraya berkata “setuju” apabila Perdana Menteri bertanya “siapa setuju teruskan BR1M?”.

Program “Sepetang Bersama Perdana Menteri” di Kelab Eksekutif Klang anjuran Mubarak ini dihadiri oleh kira-kira 2000 ahli UMNO, yang sebahagian besarnya adalah dari kalangan veteran UMNO.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Yang Dipertua Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Sebelum itu, di sebelah paginya pula, Perdana Menteri Najib Razak telah bersama-sama kira-kira 15 ribu rakyat Johor Darul Takzim, yang turut menyatakan sokongan mereka terhadap pentadbiran dan kepimpinannya.



38 thoughts on “Perdana Menteri: “Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”

  • May 17, 2015 at 2:01 pm
    Permalink

    yeah..yeah…hidup Najib, I love PM !! I love PM !!

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:44 pm
    Permalink

    nampaknya musuh UMNO itu sendiri berada dalam parti , apa yang dia dengkikan pun tak tahu, nak kata anaknya tidak dibenarkan berdemo di jalanan kerana menyokong LGBT dah dibenarkabn, nak kata perniagaan anaknya terganggu dia yang kata anaknya tidak punya kaitan kontrek gomen dan dalam negara…nak kata anaknya dihalang dari menjadi ahli politik, dinaikkan menjadi MB dengan pantas tanpa perlu bersusah payah nak berpolitik dibahagian dan cawangan….

    sebenarnya orang penecen ini tidak pernah puas rupanya selagi mulut tidak disumbatkan ke dalam mulut

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:46 pm
    Permalink

    raplahjingga red bean army

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:49 pm
    Permalink

    Aku rasa yg komen untuk memecah belahkan UMNO/BN,mencaci dan menghina ni penyamar je /mungkin Red Bean Army/penyokong PR (yg ‘illegal’ dari segi syarat pertubuhan “not registered” ). Key board warrior je. Sebenarnya pengecut. Baling batu sembunyi tangan.

    Maaf, aku sokong DSNajib sebagai PM sekarang. Aku sokong Tun M masa dia jadi PM dulu. Jasa2 mereka tetap ku kenang. (Walaupun masing2 ada buat kesilapan. Bumi mana tak di timpa hujan).

    Kepada pejuang2 yg ikhlas , jgn terpedaya dgn puak2 ni. Kita komen dgn fakta dan bukti yg nyata, berhemah. Tak perlu guna kata2 kesat macam puak2 yg di sebelah sana. Orang Melayu Islam terkenal dgn sopan santun, budi bahasa dan hormat menghormati. Salam untuk semua, May God Bless You for the Non-Muslim. Peace not war (cam kat negara2 Arab contoh.)

    Ihdinassiratalmustaqim.

    Reply
  • May 17, 2015 at 2:53 pm
    Permalink

    DS Najib teruskan Perjuangan DS. Matlamat dan dasar yg adil oleh kerajaan (CONTOH. BR1M tersangat lah lebih mulia dari subsidi minyak ) (GST untuk tambah pendapatan kerajaan untuk membina lebih banyak Kelinik Kesihatan ‘RM1 je dan RM5 utk rujuk pakar). Telah terbukti kat tempat saya Bukit Gantang (walaupun kawasan ramai pembangkang). Terima kasih DSN moga Allah membalas jasa DSN

    Reply
    • May 17, 2015 at 3:26 pm
      Permalink

      Betul ke najib ada bgi penerangan bab 1MDB..
      suara yg kata tdk setuju tu lesu je…..bkn2 ahli umno je kot yg kata tdk setuju

      Reply
  • May 17, 2015 at 4:53 pm
    Permalink

    I LOVE PM TOO….BIAR KAMI SUSAH X PE ASAL PM HAPPY…HIDUP NAJIB..

    Reply
  • May 17, 2015 at 5:04 pm
    Permalink

    Siasatan audit keatas 1MDB sudah sampai keperingkat hujung dimana kesemua pihak atasan pengurusan bakal dipanggil memberi keterangan masing2. Selepas itu rakyat akan tahu dimana perginya 42B yang didakwa hilang, apa peranan Ananda, apa peranan Tabung Haji mengenai pembelian asset dan yang lain2 hal serta individu yang pernah dikaitkan dengan perkara tersebut.

    Jika tiada salah laku didapati setelah selesainya siasatan telus itu, maka kita sarankan kerajaan terus menyeret semua individu yang pernah membuat tohmahan , tuduhan dan fitnah tanpa mengira siapa mereka termasok Mahathir Mohamed. Pasti didalam banyak kenyataan yang pernah keluar samaada ucapan atau tulisan tentunya Mahathir pernah menuduh bukan sekadar menyoal saperti didakwanya.

    Reply
  • May 17, 2015 at 5:09 pm
    Permalink

    Mahathir sedang rancak membuat roadshownya. Terbaru dia menghasut atau mengugut pemimipin tertnetu parti bagi memastikan Najib tidak dicalonkan dalam PRU akan datang.

    Mahathir manusia hebat dan barangkali sudah diberi wahyu oleh jibrail dia akan hidup 20 lagi. Dalam tempoh itu dia maseh sempat menyertai beberapa PRU dan boleh menjatuhkan ramai PM yang dilantiknya yang mana enggan buat jambatan bengkok saperti yang diinginkan olehnya.

    Reply
    • May 17, 2015 at 5:28 pm
      Permalink

      Allayarham Dato Fadzil Noor pernah berkata Allah akan beri umur yang panjang kepada Tun M supaya dia melihat sendiri segala kerosakan yang berlaku akibat dasar-dasar yang beliau perkenalkan sepanjang pemerintahannya. Siapa yang tahu atau lupa atau buat-buat tidak tahu/lupa dengan perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas(IPP) dan konsensi tol yang tidak menyebelahi kerajaan dan rakyat yang mana kesannya hanya dirasai kini dengan peningkatan kos sara hidup dan lain – lain. Najib tidak penting di sini cuma tidak perlu buat heboh suruh letak jawatan. Tak suka Najib calonkan orang lain jadi Presiden UMNO.Tak berjaya juga tunggu PRU. Tak perlu nak mengadu domba sesama pemimpin yang akhirnya membawa perpecahan sesama orang Melayu dan Islam. UMNO pecah dua.PAS pun pecah dua. Yang untung DAP dan masyarakat Ah Beng.

      Reply
  • May 17, 2015 at 5:12 pm
    Permalink

    najib n 1mdb berani ke nk saman tun m?

    Reply
  • May 17, 2015 at 5:12 pm
    Permalink

    Nak jatuhkan Najib tunggu pemilihan UMNO cadangkan nama sapa-sapa nama yang sesuai jadi calon lawan presiden. Masa Tun M 1998 berpuluh ribu orang tunjuk perasaan suruh letak jawatan tidak pun nak letak jawatan ok sahaja. PRU 1999 pun BN hampir kalah cuma bertahan dengan sokongan undi bukan Melayu yang takut dengan pengaruh PAS.Letak jawatan 2003 pun pasal dah tahu kalau bertanding lagi 2004 mesti kalah teruk.

    Reply
  • May 17, 2015 at 5:41 pm
    Permalink

    Kalau pergi mana2 pun orang cerita pasal najib yang lemah gemalai menari ikut rentak pembangkang. Rakyat dah naik meluat dengan pelbagai fitnah yang tak pernah terjawab dengan sempurna. PM dah jadi macam pembangkang sekarang ini bila lebih suka menyaman untuk menutup mulut pengkritiknya, dah jadi macam style al juburi. sebagai pempin PM perlu tegas dan terus menjawab isu yang di bangkitkan pengkritiknya bukan tuggu sebulam dan setahun baru nak jawab. selain kes 1MDB dan penasihat Britsih yang menjadi penasihat PM seperti yang dikatakan oleh TUN Mahatir perlu di jawab segera sebelum nasi menjadi basi hingga langsung tak boleh dibuat bubur sebelum PRU14 nanti.

    Reply
  • May 17, 2015 at 6:17 pm
    Permalink

    Kita tidak nafikan Mahathir penggerak pembangunan negara dizaman dia. Dia sudah berjaya membuat Malaysia dikenali dunia. Dia menukar agriculture ke high tech manufacturing. Dizamannya banyak bangunan tinggi dibuat, litar Sepang , jambatan panjang, Expressway dsgnya. Banyak dasar baru mengganti yang nama.. dsbnya.

    Ketegasan dan kegigihan Mahathir melayakan dia dipanggil authotorian oleh seterunya. US geram tengok dia, Australia gerun bila nama Mahathir disebut. Ucaptamanya sering ditunggu kerana dia bakal menegur sesaorang dan menyatakan sesuatu yang orang lain belum kata dalam ucaptamanya . Dia perpandangan jauh dan tajam fikiran. Kita ingat dan iktiraf itu semua.

    Namun, kini dia sudah bersara dan kita harapkan dia rehat bersama legasi itu . Sesakali dia boleh buka album lama buat menyingkap kembali kenangan hebat yang terlakar mencatit sekali kejayaan yang dicapainya.

    Malang sekali Mahathir buat lebih dari apa yang kita harapkan dia buat. Dia memecah sesuatu yang terbina. Setelah pecah, bukan senang untuk bina semula, dia pun tahu.

    Reply
  • May 17, 2015 at 7:08 pm
    Permalink

    Da bekeping nak buat pe lg? Kena halaula melayu.. kesian.. najib xpala, byk duit beli tanah sekeping, yg dpt 500, nk beli brapa keping tanah.. bingai

    Reply
  • May 17, 2015 at 8:44 pm
    Permalink

    Saya tak perlu rasa terhutang budi pada najib langsung. Saya berpandukan atas satu isu saja, iaitu biasiswa jpa diberi kpd sesiapa yg dapat semua a tanpa mengira kaum. Sehingga menyebabkan anak cina kayapun mendapat biasiswa belajar di england. Ptptn pun berapai cina berbanding melayu mendapat free ptptn? Mengapakah perlu najib tunduk kepada saranan cina iaitu meritokrasi berbanding keperluan mengikut keadilan terhadap bangsa majoriti. Boleh je dia tidak mengikut rules of the game yg diarahkan oleh kaum cina. Walaupun mungkin lebih ramai melayu mendapat brim berbanding cina namun brim tidak boleh menjadikan melayu lebih pandai ataupun kaya. Biasiswa boleh menjadikan melayu lebih pandai dan kaya.

    Reply
  • May 17, 2015 at 9:03 pm
    Permalink

    Patutlah tun meroyan semula…rupanya najib tak mahu dengar ckp dia.

    Apa pun..kami tetap bersamamu najib..tun boleh blah.

    Reply
  • May 17, 2015 at 9:38 pm
    Permalink

    tun lupa ke zaman dia perwaja, bank bumiputra, syarikat mirzan..siapa yg bailout? belum lg kroni2 dia..madey mudah lupa..raplahjinggay jgn buat2 lupa ok..beri peluang najib betulkan apa yg dah tun rosakkan dulu.

    Reply
  • May 17, 2015 at 10:35 pm
    Permalink

    Tun tak rugi apa apa .Yang rugi umno

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:03 pm
    Permalink

    Aku akan sokong Najib sebagai PM Malaysia dan Presiden UMNO. Tapi sebelum itu, dia hendaklah melakukan perubahan keatas diri beliau sendiri. sebagai contoh…

    1. Jadilah PERDANA MENTERI yg berwibawa. (orang2 yg berdekatan tidak boleh mencampuri urusan rasmi KERAJAAN)
    2. buat keputusan yang hanya diri sendiri merasakan pilihan keputusan itu baik. Tidak mengharapkan atau membiarkan kepada orang lain untuk membuat keputusan. penasihaat hanya sebagai penasihat, finale ditangan kamu.
    3. Bekerja untuk ALLAH. Tidak untuk yang selain dariNYA.
    4.
    5.
    6.

    orang lain tlg tup up

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:13 pm
    Permalink

    james bond says:
    May 17th, 2015 at 8:44 PM

    “Saya tak perlu rasa terhutang budi pada najib langsung. Saya berpandukan atas satu isu saja, iaitu biasiswa jpa diberi kpd sesiapa yg dapat semua a tanpa mengira kaum. Sehingga menyebabkan anak cina kayapun mendapat biasiswa belajar di england. Ptptn pun berapai cina berbanding melayu mendapat free ptptn? Mengapakah perlu najib tunduk kepada saranan cina iaitu meritokrasi berbanding keperluan mengikut keadilan terhadap bangsa majoriti. Boleh je dia tidak mengikut rules of the game yg diarahkan oleh kaum cina. Walaupun mungkin lebih ramai melayu mendapat brim berbanding cina namun brim tidak boleh menjadikan melayu lebih pandai ataupun kaya. Biasiswa boleh menjadikan melayu lebih pandai dan kaya.”

    kata-kata diatas merupakan kata-kata contoh nak hasut Orang Melayu supaya benci pada PM yang ada sekarang

    kalau gitu aku pun boleh kata zaman Tun M jadi PM ada juga pelajar cina anak orang kaya dapat biasiswa jadinya ko pun tak perlu terhutang budi pada Tun M

    biasiswa untuk pelajar melayu sentiasa ada, masalahnya tidak ramai pelajar melayu layak terima biasiswa bukan sebab pengabaian kerajaan tapi sebab merit mereka…takde siapa nak beri biasiswa kepada pelajar yang tidak menepati merit untuk sambung belajar di pusat pengajian lebih tinggi…aku kata tidak ramai bukan sesuatu yang negatif sebab bilangan pelajar melayu yang mendapat biasiswa boleh dikata membanggakan juga

    kepada ‘james bond’…

    berhentilah membuat kata-kata untuk menghasut sentimen Orang Melayu, kami disini bukan orang bodoh…kami faham sangat kata-kata anda itu untuk tujuan apa…lu punya cakap macam mak lu tak dapat lanciau!

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:26 pm
    Permalink

    DMEL says:
    May 17th, 2015 at 11:03 PM

    Aku akan sokong Najib sebagai PM Malaysia dan Presiden UMNO. Tapi sebelum itu, dia hendaklah melakukan perubahan keatas diri beliau sendiri. sebagai contoh…

    1. Jadilah PERDANA MENTERI yg berwibawa. (orang2 yg berdekatan tidak boleh mencampuri urusan rasmi KERAJAAN)
    2. buat keputusan yang hanya diri sendiri merasakan pilihan keputusan itu baik. Tidak mengharapkan atau membiarkan kepada orang lain untuk membuat keputusan. penasihaat hanya sebagai penasihat, finale ditangan kamu.
    3. Bekerja untuk ALLAH. Tidak untuk yang selain dariNYA.
    4.
    5.
    6.

    orang lain tlg tup up

    4. top-up kad RM10 punya pasal Najib jugak dipersalah

    no.5 merupakan pertanyaan:

    siapa orang2 berdekatan yang mencampuri urusan rasmi KERAJAAN? urusan rasmi yang macam mana tu?

    no.6 nak pelbetulkan apa ‘DMEL’ kata tentang no.2

    jika semuanya PM sahaja yang harus buat keputusan & buat kata muktamad ianya bernama kepimpinan seorang DIKTAKTOR…PM bukan bodoh, dia tahu sesuatu keputusan yang dibuat itu oleh penasihat boleh dipakai atau tidak…semuanya bekerja sebagai satu pasukan

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:32 pm
    Permalink

    poyo…..kenapa perlu Najib menyaman Mahathir….atas alasan apa…cuba terangkan sikit…?

    Mahathirpun tidak berani mendakwa Najib ke mahkamah kenapa…?

    Jika Mahathir tidak mahu menyaman Najib kenapa pula Najib mahu menyaman Mahathir..? Mahathir cuma berani membuat telahan tak berasas melalui prinsip persepsi…itu sahaja yang termampu dibuat oleh Mahathir yang kononnya pintar,hebat tetapi sebenarnya licik bermain politik untuk merosakkan imej orang lain. Dia merasakan dirinya yang paling terhebat di antara para mantan PM & PM terkini…… Mahathir kini mudah lupa yang ia telah berada di zon nyanyuk kerana usianya sudah mencecah ke-90 tahun tuuu……!!!

    Reply
  • May 18, 2015 at 12:01 am
    Permalink

    no 2. keputusan final ditangan PM. sebelum mem membuat keputusan adalah bagus/wise untuk meminta pandangan dan nasihat dari mereka yang arif dalam bidang2 masing2.Teamwork penting tetapi PM seharusnya dengan berbekalkan dari input2 ini harus membuat keputusan atas kapasiti beliau sebagai PM dan pikullah/bertanggungjawablah dengan keputusan yg dibuat itu. (ie buat keputusan bukannya ikut keputusan).
    cth PM umumkan jatuhnya MH370 berdasarkan pandangan dari inmarsat shaja tanpa menyelidik terlebih dahulu model matematik yang digunakan. di sini, seolah2 beliau ditunjuk jalan oleh inmarsat.

    Reply
  • May 18, 2015 at 1:32 am
    Permalink

    tidak mungkin PM, menteri pengangkutan atau ketua DCA semuanya tidak difahamkan(atau memang bodoh tak faham) bagaimana model matematik itu digunakan oleh inmarsat untuk mengenal-pasti di kawasan(lautan) mana penerbangan MH370 berkemungkinan besar berakhir

    jika inmarsat silap membuat perkiraan kata penerbangan MH370 berakhir di koridor selatan(lautan hindi), seharusnya negara-negara yang berada di koridor utara sudah dapat tahu & memberitahu sejak dari awal dimana lokasi MH370 terhempas

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:04 am
    Permalink

    inmarsat selepas itu ada mengumumkan mereka tidak bertanggungjawab dalam perkara itu (pinpoint MH370). mereka berkata pemerintah Malaysia mungkin mempunyai maklumat lain yg mereka gunakan untuk merumuskan tempat jatuh pesawat. setelah raw data inmarsat direlease untuk public, terdapat dakwaan dari pakar2 seluruh dunia yg terdapat kelemahan dalam

    (try chechk balik, tempoh masa antara inmarsat berikan informasi ini kepada kita dan masa PM kita semasa mengumumkan perkara ini kepada dunia (LIVE). jgn terkejut)
    Semasa pemgumuman itu, PM kita dengan jelas mengatakan “dengan menggunakan perkiraan matematik yang canggih oleh inmarsat, kedudukan akhir pesawat telah dapat ditentukan.
    DISINI, SAYA AMAT YAKIN YANG PM KITA PADA MASA ITU, HANYA TERIMA BULAT2 APA YANG DIBERIKAN KEPADA BELIAU TANPA MERUJUK HAL TERSEBUT KEPADA MANA2 PAKAR YG BERKAITAN. MAlaysia masih belum kekurangan pakar pakar yg excel dalam bidang masing2. sumber yg dibazikan.

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:15 am
    Permalink

    kesian Najib , bila jadi isu macam ni baru nak jumpa orang bawahan UMNO , baru Najib tahu kepentingan orang bawahan UMNO .. sejak Najib jadi PM dia mana pernah nak dengar suara orang bawahan UMNO , semua tahu pasal benda ni

    Najib dulu sibuk dengan orang cina yang 99% dah tolak dia , Najib taknak dengar suara orang Melayu yang dah mengundi dia , Najib sibuk dengar penasihat PEMANDU kafir dan liberal dia , antara kepala dia adalah Idris jala yang tak berguna , nasihat paling bangang dia adalah GST tapi tak selaras dengan industri akhirnya apa jadi ?? nama UMNO yang buruk !!! Menteri UMNO pulak yang sibuk ‘berkungfu’ memberi penerangan , Menteri UMNO pulak yang dihina .. sebab apa ?? sebab idea PEMANDU ni tak selaras dengan tugas Menteri , akhirnya Menteri pun jadi bingung .. Benda ni dah lamaa , Najib kalau nak penasihat , Menteri laa penasihat terbaik .. bukan orang kafir dan liberal dalam PEMANDU tu ..

    kita pun tahu apa PEMANDU punya idea yang banyak merosakkan dan akhirnya Menteri UMNO yang kena jawab dan dihina rakyat

    Reply
  • May 18, 2015 at 3:00 am
    Permalink

    kepada DMEL…

    1. kenapa tiada seorang pun pakar-pakar yang engkau kata dibazirkan kepakaran mereka itu oleh kerajaan tidak bersuara menyatakan/menjelaskan kesilapan(mempercayai perkiraan yang dibuat inmarsat) itu?

    2. apakah pakar-pakar yang bekerja dengan inmarsat harus dipecat & diganti dengan pakar-pakar yang engkau kata telah dibazirkan kepakaran mereka itu oleh kerajaan?

    Reply
  • May 18, 2015 at 12:45 pm
    Permalink

    ” Biar bumi berkeping 2, namun saya tak kan ubah haluan ” errr…errr….haluan ke mana tu, cuba cerita sat

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:16 pm
    Permalink

    james bond
    May 17th, 2015 at 8:44 PM

    Bila dah pandai dan kaya , jadi kacang lupakan kulit.

    Pandai dan kaya ukuran materialistik.

    Berbudi, berhemah, mengenang jasa, bersyukur .

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:18 pm
    Permalink

    raplahjingaa
    May 18th, 2015 at 12:45 PM

    Tak payah dok perli lah. Red bean army.

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:28 pm
    Permalink

    Poyo red bean army

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:32 pm
    Permalink

    malek
    May 17th, 2015 at 5:41 PM

    Tuan tiada budi bahasa . Mencaci bukan budaya Melayu Islam sejati.

    Reply
  • May 18, 2015 at 4:14 pm
    Permalink

    raplahjingaa says:
    May 18th, 2015 at 12:45 PM

    ” Biar bumi berkeping 2, namun saya tak kan ubah haluan ” errr…errr….haluan ke mana tu, cuba cerita sat”

    Najib dah beritahu haluan ke mana cuma ko je yg bodoh tak faham sebab banyak sangat menjilat…orang suruh dengar ucapan Najib sampai habis tapi ko tak nak terus pergi sambung menjilat, sebab tu bodoh!

    Reply
  • May 18, 2015 at 4:25 pm
    Permalink

    hmmmmm…..kesiannyaaaa…

    Reply
  • May 19, 2015 at 7:56 pm
    Permalink

    Pemerhati
    May 18th, 2015 at 3:00 AM
    kepada DMEL…

    1. kenapa tiada seorang pun pakar-pakar yang engkau kata dibazirkan kepakaran mereka itu oleh kerajaan tidak bersuara menyatakan/menjelaskan kesilapan(mempercayai perkiraan yang dibuat inmarsat) itu?

    2. apakah pakar-pakar yang bekerja dengan inmarsat harus dipecat & diganti dengan pakar-pakar yang engkau kata telah dibazirkan kepakaran mereka itu oleh kerajaan?

    hmmm,
    nak jawab ke tak nak ni.
    betul lah kata oraong dulu dulu….
    berdebat dengan orang yg jahil adalah merupakan satu kebodohan. baik berhenti apabila kau menyedarinya

    Reply
  • May 26, 2015 at 3:42 pm
    Permalink

    ok bang karno.ko bace blog tun m sendirilah ape yg tun m ckp.klu pembangkang kutuk najib n 1mdb terus polis dtg angkut gi balai bg keterangan.knp x bt yg sama kt tun m.mulut dia lg celupar..biol ke….aku red bean army ke umno army ke so what.bkn umno yg bg aku mkn..

    Reply

Leave a Reply to Abu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *