Mahfuz Perlu Belajar Dari Pengerusi TH Sebelum Cakap Tentang Rohingya

Share


Mahfuz-Bean-Sirul

Saya sememangnya suka bila Mahfuz Omar bercakap. Bukan apa. Sepanjang lebih berbelas tahun memerhati dunia politik negara, saya kira dia merupakan ahli politik yang paling “bijak” dalam mengeluarkan kenyataan. Mungkin kerana dia memiliki tahap “IQ” yang luar biasa “tinggi”nya.

Terbaru, Mahfuz bercakap soal pelarian etnik Rohingya dari Myanmar. Lagaknya bagai Menteri Luar. Bagai “superhero” yang mampu menyelamatkan umat Islam yang dizalimi kerajaan Myanmar di sana. Lagaknya bagai superman, ultraman dan captain amerika…

Mahfuz mengarahkan Malaysia menjalankan operasi menyelamat pelarian-pelarian etnik Rohingya yang dikatakan sedang berada di tengah laut sambil mengecam kerajaan yang kononnya “berdiam diri” tanpa berbuat sesuatu mengenainya.

Seterusnya, Mahfuz mahu Malaysia menyelesaikan masalah yang timbul di antara etnik Rohingya dengan kerajaan Myanmar.

Memikirkan kenyataan Mahfuz itu, saya fikir mungkin Mahfuz menganggap menyelesaikan masalah di Myanmar itu bagai nak buat pisang goreng, semudah A, B, C. Dia fikir menyelamatkan ribuan etnik Rohingya itu seperti mengangkat beg penumpang pesawat di lapangan terbang?

Saya selalu tertanya-tanya, entah apa kualiti yang ada pada Mahfuz yang menyebabkan dia dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS. Sudahlah tidak fasih berbahasa Inggeris, apa yang keluar dari bibirnya bagaikan sampah-sampah belaka.

Saya ingin bertanya, pernahkan Mahfuz ke Myanmar dan melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan masyarakat Rohingya di Myanmar?

Untuk pengetahuan Mahfuz, Rohingya bukan nama tempat atau daerah di Myanmar, tapi merupakan salah satu nama etnik dari ratusan etnik di Myanmar. Etnik Rohingya majoritinya tinggal di wilayah Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh. Faham?

Pada saya, untuk dibenarkan masuk ke Rakhine, ia bukan merupakan sesuatu yang mudah. Jika sudah masuk ke sana, nyawa kita boleh melayang pada bila-bila masa sahaja, khususnya jika mereka tahu kita beragama Islam.

rohingya1

Sebetulnya, saya pernah lebih seminggu di Rakhine. Menyelami kehidupan masyarakat Rohingya yang dilayan seolah seperti binatang di dalam kandang. Boleh dikatakan nyawa mereka bagai tidak berharga di sana dan boleh mati pada bila-bila masa sahaja.

Dalam penelitian saya, sememangnya memerlukan masa yang panjang, kebolehan mengadakan rundingan yang tinggi dan hebat, serta jalan penyelesaiannya bakal melalui proses yang sangat rumit dan mampu membawa ke jalan buntu sekiranya tidak diteliti sehalus-halusnya.

Menyelesaikan masalah yang berlaku di negara orang bukanlah satu kerja mudah. Kita boleh dilabel sebagai penceroboh kedaulatan sesebuah negara. Mahfuz mahu kita ceroboh kedaulatan negara orang, kah? Jika kita tidak mahu orang campur tangan konflik rumahtangga kita, kita jangan campur konflik rumahtangga orang lain. Lainlah jika Mahfuz memang suka “selak kain orang”, kan?

Memang Malaysia boleh hantar pasukan penyelamat dalam misi bantuan pelarian Rohingya itu. Tapi apa pula tugas UNCHR? Kemudian, ke mana kita harus menghantar pelarian-pelarian itu? Ke markas PAS? Ke rumah Mahfuz di Pokok Sena? Kalau di bawa masuk ke Malaysia, nanti Mahfuz kata UMNO bawa masuk “pengundi hantu” pula, kan?

Di Australia dan Singapura, setahu saya pihak berkuasa di sana akan memberi amaran kepada bot-bot yang membawa pelarian itu untuk keluar dari perairan mereka. Jika berdegil, mereka akan membedil bot-bot berkenaan hingga karam. Jika ada pelarian yang masuk ke negara mereka juga, khabarnya akan disebat sebelum dihantar pulang secara paksa ke negara asal.

rohingya_0

Malaysia tidaklah sekejam itu, kan? Biarpun ditahan pihak berkuasa Imigresen, pendatang tanpa izin mahupun pelarian yang tidak berdaftar dengan UNCHR akan diletakkan di pusat-pusat tahanan PATI. Jika berdaftar dengan UNCHR, sudah tentu akan dihantar ke pusat UNCHR di negara ini. Itu kelazimannya setahu saya.

Jadi, tidak perlulah Mahfuz mengajar pihak kerajaan untuk menangani isu pelarian Rohingya itu. Kerajaan dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sendiri pernah mengetai misi bantuan dari Malaysia untuk saudara seagama kita di sana. Kerajaan Malaysia sudah 100 langkah mendahului Mahfuz sebenarnya…

Pada saya, jika benar Mahfuz mahu membantu etnik Rohingya, Mahfuz boleh kerah seramai mungkin Unit Amal PAS ke tengah laut untuk membantu ribuan pelarian itu. Bagaimana untuk lakukan itu semua, ia persoalan yang perlu Mahfuz fikirkan sendiri. Bukankah Mahfuz “bijak”…

Setakat bercakap saja, saya kira budak sekolah tadika PASTI pun boleh boleh buat. Seharusnya sebagai Ketua Penerangan PAS, Ahli Parlimen dan wakil rakyat, Mahfuz perlu berfikir lebih hebat dari tahap budak tadika PASTI. Janganlah cakap saja pandai, cuba buat tengok… Wallahu’alam.



8 thoughts on “Mahfuz Perlu Belajar Dari Pengerusi TH Sebelum Cakap Tentang Rohingya

  • May 17, 2015 at 10:33 pm
    Permalink

    Selain ‘kebijaksanaan’ beliau bercakap saya tertanya-tanya juga apa lagi jasa Mahfuz ni pada rakyat yg beliau wakili?.

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:23 pm
    Permalink

    Mahfuz? Lalalalalala….

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:37 pm
    Permalink

    “Mahfuz mengarahkan Malaysia menjalankan operasi menyelamat pelarian-pelarian etnik Rohingya yang dikatakan sedang berada di tengah laut sambil mengecam kerajaan yang kononnya “berdiam diri” tanpa berbuat sesuatu mengenainya”

    kucing aku pun tahu nak kata ayat diatas ialah cakap-cakap seekor MUSIBAT

    hari tu dia buat statement merujuk dirinya lah tu lebih layak jaga nak selamatkan LTH, ptuihhhhh!!!

    Reply
  • May 17, 2015 at 11:49 pm
    Permalink

    PRU13 tuduh 40 ribu orang Bangladesh jadi pengundi hantu, lah ni si musibat bahalol mahfuz bean beriya tunjukkan bodoh suruh kerajaan selamatkan etnnik Rohingya dari Bangladesh di tengah laut…si musibat mahfuz bean tak tahu ke musibat anak haram(anwar) memang konpem bantah tak setuju?

    hehehehehe

    keberadaan etnik Rohingya di tengah laut nak masuk perairan negara memang sedang dipantau…kalau bot mereka terbalik & menjadi pengetahuan pihak berkuasa, usaha menyelamat akan dilakukan…musibat bahalol seperti mahfuz bean tak perlu sibuk nak ajar kerajaan buat itu & ini

    Reply
  • May 18, 2015 at 12:42 am
    Permalink

    atas dasar saudara Islam, afdal utk kita bantu namun jika pertolongan itu kelak membawa lbh byk keburukkan maka pertimbangan lain harus dibuat, Mahfuz yg dikatakan tdk berpelajaran tinggi mungkin melihat dr satu hala… walhal ada byk lagi yg harus kerajaan teliti.

    kita sebagai muslim amat simpati dgn nasib mrk, namun kita juga percaya, kerajaan akan mengambil tindakan yg terbaik utk kepentingan dan kemaslatan semua pihak.

    In shaa Allah, petunjuk akan diberi kpd yg meminta.

    Reply
  • May 18, 2015 at 2:05 am
    Permalink

    Orang PAS ni memang bahlol betul , Malaysia dah lama tolong rohingya tu sampai NG Malaysia dibawah kerajaan UMNO dah pergi sana

    Orang-orang bahlol PAS ni dah lupa kee dulu Ust Nasha yang pergi bersama rombongan Malaysia termasuk PM , TELAH DIPECAT !!! sebab apa ??? sebab bersama PM !!!

    TAPI apa ust Nasha dan rombongan Malaysia buat kat sana ??? Mereka telah berjumpa ulama dunia dalam membincangkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam !!!

    antaranya ialah masalah etnik rohingya yang dibunuh bukan sahaja oleh orang myanmar tapi sami buddha yang menjadi kepala pembunuh !!! Bila diceritakan perkara ini menangis mufti masjidil haram mendengarnya , sebenarnya ramai orang arab sedia membantu dari segi kewangan

    TAPI bila UST Nasha balik Malaysia apa jadi ??? beliau dihina , difitnah menjadi talibarut UMNO , beliau dicaci menjadi talibarut UMNO hanya kerana bersama PM , beliau terus menjadi sasaran kejian oleh pelacur politik gila PAS

    Reply
  • May 18, 2015 at 12:47 pm
    Permalink

    Elok la tu…himpun semua pelarian rohingya pi hantar pi rumah dia, biar depa berimpun kat rumah dia, PAS ni haram seduit pun tak guna…

    Reply
  • May 18, 2015 at 1:46 pm
    Permalink

    Jangan terperanjat tak lama lagi Mahfuz Omar akan lancarkan derma kilat menggunakan TIN MILO KONONNYA nak tolong nasib pelarian Rohingya, padahal duit derma tu confirm masuk duit poket sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *