Tabung Haji & 1MDB: Penafian Dari Pengerusi Lembaga Tabung Haji

azeez rahim twitterPengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Azeez Rahim telah menafikan dakwaan berhubung pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji yang telah tersebar di laman media sosial dan blog bermula sejak malam tadi.

Melalui laman Twitternya, Azeez Rahim telah mengatakan “tak betul”, di samping memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dibuat secepat mungkin.

Begitu hebat cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sejak akhir-akhir ini. Dakwaan ini seolah-olah dirancang dengan teliti, apabila ianya tersebar sehari sebelum proses pembuangan undi pilihanraya kecil Permatang Pauh, di mana pengundi Melayu mewakili sekitar 70% dari jumlah keseluruhan pengundi di P.044 Permatang Pauh.

Sedang signal “angin perubahan” yang menjadi perbualan ramai di Permatang Pauh berdasarkan senario berkempen dan mobilisasi jentera oleh Pakatan Rakyat semakin dihadam dengan baik oleh pengundi, sudah pasti isu ini akan memberi kesan kepada calon Barisan Nasional nanti.

Apa yang pasti, pembuangan undi hari ini bakal menyaksikan pembangkang dibekalkan satu lagi peluru secara percuma oleh pihak-pihak tertentu. Realitinya, tugas jentera Barisan Nasional akan bertambah sukar di kubu kuat Parti Keadilan Rakyat.

Samada ianya dakwaan, atau sekadar pertanyaan, penulis dengan ini mendesak agar pihak Lembaga Tabung Haji dengan segera mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

18 thoughts on “Tabung Haji & 1MDB: Penafian Dari Pengerusi Lembaga Tabung Haji

  • May 7, 2015 at 5:07 am
    Permalink

    Kita kena yakin dengan kenyataan pengurusi lembaga tabung haji , dato aziz.apa pun , saya minta team dato di TH segera keluarkan kenyataan menolak dan menafikan isu ini. Isu tol naik sudah selesai. terbukti itu adalah berita bohong tahap org paling terdesak.rakyat tunggu TH dan dato pengurusi keluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini pula.

    Reply
  • May 7, 2015 at 6:11 am
    Permalink

    Bn Terutamanya Umno sebenarnya disabotaj, dan tidak ragu-ragu ianya dilakukan oleh ahlinya sendiri.

    Tapi itulah sebenarnya satu cabaran buat kepimpinan sekarang

    Reply
  • May 7, 2015 at 8:26 am
    Permalink

    Kafir harbi DAP mempunyai perancangan jangka panjang dengan bantuan yahudi..mereka telah berjaya “mengkafir-harbikan MCA dan Gerakan” dan kini berjaya melunakkan PAS..hanya dalam kempen Rompin barulah penceramah PAS tidak “diiringi” oleh kafir harbi.. ….gerakan evangelis global, sedang merancang sesuatu untuk menggugat kestabilan negara sekaligus menggugat keharmonian antara kaum yang sedia lama terjalin di Malaysia..dalam bab Dominionism and ChristianZionisme in Malaysia, Ian Buchanan mendedahkan statistik sebanyak 70% penganut Kristian di Malaysia adalah Evangelis. Gerakan Evangelis ini dipengaruhi agenda global imperialis barat dan Yahudi, faham mereka adalah Christian Zionism dan Dominionism. Walaupun tidak semua Evangelis di Malaysia berfahaman ekstremis begini, tetapi trend yg meningkat saban tahun membimbangkan..
    AIDCNews – 15/08/12 – Seorang pembaca meminta kami menyiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yg pernah disiarkan di sini..“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dgn Jesuit (Kumpulan Jesus)… ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason Illuminati New World Order.
    .. Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN.
    Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14… Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”).
    Ada yang kata Anwar dizalimi dua kali, kalau pasal tuduhan liwat, semak fakta betul2, jangan sampai jadi tukang sambung fitnah..mat sabu yang mulakan kata “depa tuduh aku khalwat, tu yang Anwar main belakang depa tak kata apa pun” maka riuhlah dalam ceramah PAS mat sabu gelar Anwar Pak Syeikh Anwar al-jub***..apa tak ada gelaran yang lain kaa? Karpal sampai bawa salahlaku Anwar ke siding parlimen..Taib Azamudden turut buat rakaman video dengan mangsa “al-jub***” Anwar..Ahmad Awang pun pernah kata Anwar telah langgar 9 dari 10 pesanan ulama masa jadi TPM..adik Azmin MB pernah cerita Azmin menangis masa balik dari jepun sebab telah di “al-jub***” oleh Anwar dan berbagai cerita lagi oleh kawan2 rapat Anwar, bukan sorang dua malah berpuluh2 tokoh besar..masa Anwar TPM & T/Presiden UMNO macam2 tuduhan oleh PAS dan DAP sampaikan Anwar pernah dicabar bersumpah dalam Masjid Permatang Pauh tapi Anwar tak hadir..Anwar bukan dianiaya oleh UMNO/BN..Anwar mangsa perbuatannya sendiri yang mudah dieksploitasi..sebab itu dengan kelulusan tak seberapa, Anwar boleh menjadi pensyarah pelawat di university yahudi/kristian di USA..rumah pun jutaan RM bak istana dan dikatakan harta kekayaan sampai ke Afrika Selatan.

    Reply
  • May 7, 2015 at 8:56 am
    Permalink

    satu kenyataan yg sgt pedih bg pendeposit TH. TKasih Dato Azeez yg tlh bertindak awal dgn menafikannya, harap hari ini TH akan keluar kenyataan seterusnya pihak SKMM & PDRM blh menyiasat perkara ini sesegera mungkin.

    permainan mrk tlh mencapai tahap jijik plg maksima dan bahasa kasarnya… pijak kepala!!
    Disamping itu kita juga harap IGP & PDRM dpt mrngambil tindakan undang2 kpd MB Sgor atas kebiadapan melampau beliau.

    Kita tolak manusia oengkhianat spt beliau, anwar serta ahli keluarganya. DAP serta bbrp org kuat PKR juga WAJIB diberi hukuman serupa.

    Reply
  • May 7, 2015 at 11:51 am
    Permalink

    Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang diluluskan Dewan Negeri pada 14 Jun tahun lalu dan menitahkan supaya ia dikaji semula.

    Baginda bertitah, ia berikutan rang undang-undang berkenaan dipinda mengikut desakan orang luar.

    “Ianya dipinda orang luar yang cetek akal yang tidak faham berkaitan kuasa raja di dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor.

    “Sekiranya rang undang-undang terbabit saya luluskan, ia akan menjadi tidak selaras dengan beberapa enakmen-enakmen lain yang digunapakai sebelum ini tanpa ada masalah seperti enakmen Perbadanan Johor 1968.

    “Saya berharap ahli dewan mengkaji semula rang undang-undang terbabit dan membuat pindaan supaya selaras dengan enakmen-enakmen lain yang berkuatkuasa di negeri Johor,” titahnya.

    Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, sebentar tadi.

    Agak2 desakan orang luar..siapa orang luar tu yea

    Reply
  • May 7, 2015 at 11:58 am
    Permalink

    Ini semua salah abang Non..dah tau diri tu banduan lagi mau pigi mengundi..Bila xkasi undi terus saman..Ini semua salah Nuar!!!

    Reply
  • May 7, 2015 at 12:35 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Alhamdulillah…..
    Terima kasih Pengerusi TH yg bertindak cepat menafikan sesuatu berita yg boleh menjejaskan nama baik TH.
    Macam ni lerrrrrrrrrr! Cepat menafikan segala berita yg negatif.
    Kalau terus diam, maka ianya akan dianggap betul…
    Tahniah Datuk Azeez….
    Datuk bertindak tepat pada masanya.

    Reply
  • May 7, 2015 at 1:53 pm
    Permalink

    Pilgrims fund Tabung Haji confirmed that it had bought a parcel of land from 1Malaysia Development Bhd (1MDB) at the Tun Razak Exchange (TRX) project after its chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim denied any such deal a day earlier.

    In a statement emailed to the The Malaysian Insider today, Tabung Haji chief executive officer (CEO) Datuk Johan Abdullah said that the fund had invested in a piece of land with the plan of building a residential tower, at the price of RM188.5 million.

    It denied however that it had bought a second parcel of land from 1MDB at TRX as alleged in a blog yesterday.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tabung-haji-admits-to-land-deal-with-1mdb#sthash.RF39FkcX.dpuf

    Reply
  • May 7, 2015 at 2:49 pm
    Permalink

    Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menjelaskan pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi Tabung Haji dalam memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

    Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah berkata, pelaburan tersebut merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

    “Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sementara itu, Tabung Haji menafikan dakwaan pembelian Signature Tower Fasa 2 oleh kumpulan tersebut seperti mana yang dilaporkan di dalam blog-blog baru-baru ini.

    Johan menegaskan, kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut. – UTUSAN ONLINE
    – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelaburan-di-trx-selaras-strategi-tabung-haji-beri-tumpuan-sektor-domestik-1.88982#sthash.yMqD2hnd.dpuf

    Reply
  • May 7, 2015 at 2:50 pm
    Permalink

    Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menjelaskan pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi Tabung Haji dalam memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

    Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah berkata, pelaburan tersebut merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

    “Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sementara itu, Tabung Haji menafikan dakwaan pembelian Signature Tower Fasa 2 oleh kumpulan tersebut seperti mana yang dilaporkan di dalam blog-blog baru-baru ini.

    Johan menegaskan, kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

    Reply
  • May 7, 2015 at 5:19 pm
    Permalink

    macam salah dan haram pulak LTH beli tanah untuk tujuan pelaburan mengikut kefahaman kafir laknat DAPigs

    dapat untung dari pelaburan bukan untuk membuncitkan mana-mana perut orang atasan Tabung Haji tapi untuk meningkatkan kemampuan kewangan Tabung Haji dimana para pendeposit(sebut ‘bakal haji’) Tabung Haji juga yang akan mendapat manfaat

    Reply
  • May 7, 2015 at 9:35 pm
    Permalink

    Kenapa statement Pengerusi TH dengan Ketua Pegawai Exsekutif berbeza?Dan bagaimana pula dikatakan ada kebocoran maklumat… apa pula akan jadi jika tidak berlaku kebocoran maklumat tersebut? Walaupun D.Azeez telah minta maaf atas kesilapan laporan beliau, ia adalah sungguh teruk kerana beliau adalah Pengerusi TH. Manakala TH memang ada perancangan untuk membeli 1 lagi mungkin tak sempat sebab telah diketahui rakyat. Isu TH beli tanah bukan masalah.. tapi bila TH beli tanah 1MDB yg bermasalah, itulah masalahnya. Malah dikatakan 1MDB beli tanah tersebut terlalu murah dan menjualnya dengan harga lebih 40x ganda. Jika inilah perniagaan 1MDB, apakah ianya boleh dibanggakan? berapa banyak harta k’jaan nanti akan dijual kepada 1MDB kemudian dia buat untung dengan jual aset tersebut tampa dimajukan. Untung atas angin… baik bagi pada yg benar2 nak usaha tanah tersebut. Patutlah senang sangat jadi kaya… ambil harta negara dengan harga murah jual dengan harga berlipat kali ganda, samalah dengan menggadai harta negara. Tak tahulah aku kalau korang sokong jual-beli harta negara oleh pemimpin camni..

    Reply
  • May 7, 2015 at 11:35 pm
    Permalink

    Saya hanya mampu geleng kepala… Cakap yang positif aje… Th milik gomen.. Harap fgv pun keadaan baik jugak ye…

    Reply
  • May 8, 2015 at 8:42 am
    Permalink

    Kenapa ye, kerajaan tak jual terus tanah tu pada TH dulu-dulu?
    Kenapa perlu melalui orang tengah?

    Reply
  • May 8, 2015 at 10:15 am
    Permalink

    Suatu zaman dulu TH juga melabur dalam projek keretapi laju KL Central – KLIA dengan jumlah yg hampir sama dengan kes semasa. Ketika itu ekonomi kita dalam kepayahan yang teruk. Timbul cakap-cakap ada usaha untuk menggunakan apa saja dana yang ada untuk gerakan projek besar. TH tak terkecuali. Kenapa pelaburan yg sama seperti itu menjadi isu pula sekarang ? Rasanya satu pembaharuan telah dibuat kepada organisasi pengurusan TH bagi memperkukuhkannya mengharungi dunia bisnes semasa, menjaga pendiposit dan pertahan imej Islam. Bukankah ini menunjukkan adanya hasrat yang baik ? Hanya dengan satu berita kita sudah lupa kepada apa yang telah diusahakan oleh TH selama ini ? Mengapa tak analisis pencapaian TH setakat ini ? Selepas itu barulah adil jika mahu bercakap soal integreti, niat dan segala-segala yang buruk tu ?

    Reply
  • May 9, 2015 at 12:42 am
    Permalink

    bail out bro, jgn lelong Malaysia udah le….

    Reply
  • May 9, 2015 at 2:26 am
    Permalink

    Jib gor apa kau nak buat lagi.tak cukup ke rompak duit rakyat melalui cukai2 n dana2 yg lain itu.duit amanah org nak pegi mekahpun nak cilok sama.nampak sgt tdesak .mmg dasar penyamun tarbus patut la pangil bomoh doremi.org tabung hajeeeee tak kisah la nak cari duit lebih sbb tak cukup2duit lg lalu duduk berskonkol dlm 1mdabalun tu.tp jgn la cilok duit dr tabung org nak pegi hj.kesian jib goat nak jual kat org kaya dnegeri pulau dhujung sana lg la akan dmarah org.mana silapnya jib goat.42jutapun tak jawab lg.ini nak kena jwb hal tabung hajreeeee pulok.mungkin sbb berkat buat filem lucah duit byk masyuk dosapun byk masyuk

    Reply
  • May 9, 2015 at 8:11 am
    Permalink

    Amat menyedihkan jika isu ini berkaitan dgn pembelian diguna
    Untuk bailout hutang 1MDB. Bukan soal 1MDB beli tanah tu dgn harga $194.1juta dan TH beli dgn $188.5 juta untuk SATU SETENGAH ekar sahaja,….pihak terbabit perlu adil menyiasat jika benar ketirisan berlaku….bukan soal ketirisan, tapi penyelewengan …amanah. Pengerusi lantikan politik perlu malu dan bertanggunjawb untuk letak jawatan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *