#PRKPermatangPauh: Pemuda PAS Laung “Hancur PKR, Hancur DAP”!

Share


pemuda pas boikot wan azizahSuasana “sejuk” pilihanraya kecil Permatang Pauh hari ini digemparkan dengan demonstrasi aman oleh Pemuda PAS di Masjid Batu, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tadi.

Laungan “Hancur PKR!” dan “Hancur DAP” benar-benar mengejutkan orang ramai yang berpusu-pusu meninggalkan Masjid Batu.

Dalam demo tersebut, Pemuda PAS dengan lantang menyuarakan rasa kecewa mereka apabila presiden mereka, Hj Hadi Awang seolah-oleh tidak dihormati oleh sekutunya. Ianya merujuk kepada kenyataan menentang Hudud oleh sekutu mereka itu.

Menurut jurucakap demo berkenaan, mereka telah berkorban dengan membuat kenyataan kembali menyokong calon PKR, dan sanggup sama-sama untuk turun menggerakkan jentera beberapa hari yang lepas. Namun, tindakan tersebut seolah-olah hanya bertepuk sebelah tangan, apabila tiada satu pun kenyataan dari PKR untuk “menarik balik tentangan terhadap perlaksanaan hudud”, apatah lagi memohon maaf kepada presiden PAS.

Perkara ini membuatkan mereka rasa terhina di atas perlakuan Pakatan Rakyat terhadap presiden PAS. Dengan jelas, jurucakap demo bertegas tidak akan menggerakkan jentera pemuda PAS, disamping mengarahkan jentera untuk memboikot pilihanraya kali ini.

Beberapa hari lepas, Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat “u-turn” untuk kembali membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat, namun apa yang berlaku tadi benar-benar di luar jangkaan.

Bagi penulis, demo yang berlaku tadi adalah bukti akan luahan rasa akar-umbi PAS, yang sudah jelek dengan cara dan bagaimana mereka dilayan di dalam Pakatan Rakyat. Umumnya tahu, bahawa PAS mempunyai jentera yang kuat berbanding PKR dan DAP, tetapi seringkali dilayan persis kasta “pariah” di dalam Pakatan. Sebagai contoh, kehadiran penyokong Wan Azizah sewaktu hari penamaan calon sangat mendukacitakan, sedangkan ianya diadakan di kubu kuat dan kerusi ketua pembangkang Malaysia.

Hakikatnya, seringkali kita melihat PAS mengalah, atas alasan “tahaluf siyasi”. Walhal, “tahaluf siyasi” itu harus menguntungkan parti Islam itu, bukan sebaliknya.

Hari ini, kita dapat melihat PAS huru-hara, satu keadaan yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Tidak perlu lah menyalahkan pihak lain, kerana mereka sendiri yang bersetuju dengan “tahaluf siyasi” pimpinan DAP.



8 thoughts on “#PRKPermatangPauh: Pemuda PAS Laung “Hancur PKR, Hancur DAP”!

  • May 1, 2015 at 7:59 pm
    Permalink

    Aku yakin undi pas akan masukan peti ke dalam undi bebas atau umno itu cara pas sabotas parti pkr itu, sebab itu aku cakap umno jangan terlalu yakin menang umno,umno kena kerja kuat menang kawasan tersebut sebab undi pkr telah bahagi pada dua bebas dan bn , Bagi pendapat aku itu cara pas ajar jijih itu.

    Reply
  • May 1, 2015 at 8:13 pm
    Permalink

    Kali ini biar betul betul lah janganlah u turn lagi.buat malu jer. Ok

    Reply
  • May 1, 2015 at 10:12 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Tunjuk perasaan terhadap parti bertanding dlm pilihanraya jarang berlaku. Mungkin ianya hanya berlaku di PRK Pmtg Pauh jer.
    Apa yg pemuda Pas lakukan tu lebih kpd retorik politik dalaman parti itu yg sedang berpecah antara golongan Anwariyun dan golongan ulama.

    Tunjuk perasaan sebegitu tak penting. Sebab belum tentu yg berarak itu adalah pengundi dlm PRK berkenaan. Yg penting melaksanakannya semasa mengundi nanti. Hidup atau matinya DAP dan PKR hanya dapat ditentukan melalui PRK ini.

    Kaum cina tak pernah lahirkan penentangan mereka melalui tunjuk perasaan seperti itu. Mereka hanya diam membisu tapi ‘jarumnya jalan’. Dlm senyum dan kata-kata sokong dan puji mereka ada racun berbisa.
    Mereka hanya melahirkan protes atau tentangan ketika mengundi. Undi itu rahsia. Dan mereka sentiasa berahsia macam strategi Yahudi yg mahu menguasai seluruh dunia.

    Reply
  • May 1, 2015 at 11:21 pm
    Permalink

    Aku minta najib pergi lawan sama telco itu kami tahu dia syarikat israel telah kuasai mobile network di seluruh dunia ini, telco cuba jatuhkan najib. Kalau boleh cari jalan jangan gunakan lagi system telco itu, kita cari akidah lain dengan syarikat lain di korean ke ,di china ke, aku tahu china sedang bangunkan system 5G dengan syarikat milik china itu.
    http://support.telco.com/index.php?page=contact-support

    Reply
  • May 2, 2015 at 3:40 am
    Permalink

    Kepada penyokong2 PAS yg layak mengundi di Permatang Pauh. Tak perlu boikot. Pangkah je calon UMNO untuk memberi pengajaran kepada Tok Pekong Lim Dan Disnati AI. Kan dah terbukti ADUN2 UMNO menyokong perjuangan Hudud di DUN Kelantan.

    Reply
  • May 2, 2015 at 4:15 am
    Permalink

    Tak boleh pakai punya demo. ini semua pembohong part 2.

    Reply
  • May 2, 2015 at 9:18 am
    Permalink

    Untuk saat dan ketika ini Pas tetap setia dg PR. PAS hanya berani berkokok di luar gelanggang. Kepentingan pakatan haram itu lebih diutamakan dari pakatan sesama agama dan bangsa.

    Selagi PAS dimonopoli oleh puak anwarinas, segala tindakan dan cakapan mereka jangan dipercayai. Pas skrg sanggup gadai apa saja demi untuk kepentingan nafsu politik.

    Tak payah terbuai dan terlena dg tindak tanduk mereka. Pas tetap sanggup jadi hamba balaci PR.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *