Lima Sekawan Mahu Menegakkan Benang Basah?

Share


EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Hj Abu Hanifah, menafikan laporan MYKMU mengenai gerakan Lima Sekawan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menurut Armand Azha, mereka hanya membincangkan isu 1MDB tanpa membabitkan Presiden UMNO itu dan laporan MYKMU berniat jahat bertujuan ratings.

Sebenarnya MYKMU telah melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada Perdana Menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut.

Namun sekadar persoalan malam ini, mesyuarat Naib Ketua Pemuda UMNO dengan Pemuda UMNO Johor berlangsung pada jam 1.30 petang semalam di bandar Muazam Shah, Pahang.

Armand menyatakan ia sekadar membincangkan isu 1MDB dan menyalahkan pengurusan 1MDB semata.

Jika demikian mengapakah status Facebook Armand pada jam 2 petang semalam dengan jelas menyatakan beliau lebih sayangkan parti dari individu?

Bukankah status yang berlaku serentak dengan perbincangan hangat dalam perjumpaan tersebut menunjukkan arah lima sekawan ini?

arman1

Sejak beberapa hari lalu Armand juga dengan jelas  menggunakan hastag #jebat, yang merupakan watak penentang pemerintah dalam sejarah Melayu.

Selain Armand, seorang lagi EXCO Pemuda yang terbabit dalam permainan minda ini ialah Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. Status Facebook beliau seawal 21 April lalu sudah membayangkan hasutan kepada pemuda untuk menjatuhkan Mohd Najib

putrasyamsul

Mereka boleh menafikan apa yang berlaku dalam perjumpaan terbabit. Namun, laporan perjumpaan terbabit jika digabungkan dengan status-status mereka beberapa hari lalu hanya mengesahkan gerakan tersebut,

Mungkin jalan terbaik untuk lima sekawan ini membersihkan nama mereka ialah dengan membuat laporan polis agar satu siasatan yang jelas dapat dijalankan.

Namun lebih elok jangan menegakkan benang basah. Isytihar sahaja dengan nyata dan jelas tidak lagi menyokong Presiden parti.



19 thoughts on “Lima Sekawan Mahu Menegakkan Benang Basah?

  • April 23, 2015 at 10:56 pm
    Permalink

    hahaha…5 sekawan ni pn lebih kurang je dgn MYKMU..

    #pembersihanUMNO

    Reply
  • April 23, 2015 at 11:26 pm
    Permalink

    Tampil buat lappran polis jika hang di pihak yg benar.. Jgn gelabah kalo benar2 jebat jgn sembang pung pang pung pang mcm gampang

    Reply
  • April 23, 2015 at 11:54 pm
    Permalink

    Ya..kasi jelas..tak perlu berselindung2 lagi.

    Nak taici2 leceh..anda ada pendirian..sils nyatakan.

    Reply
  • April 24, 2015 at 12:35 am
    Permalink

    Aku harap 5 pemuda tu janganlah menyahut cabaran bodoh untuk istihar tidak sokong Najib.
    Kalau istihar tentu kau orang mati kelaparan…kalau tak sokong Najib gamaknya kau orang kebulur.

    5 pemuda tu bukanlah minoriti, majoriti memang dah tak sokong najib..tak ada pun yg kebulur kalau tak sokong seorang pm yang lemah

    Reply
  • April 24, 2015 at 12:36 am
    Permalink

    Sudah terang lagi bersuluh. KJ dan Jazlan yg selama ini berdolak dalik sudah terserlah. Shafie afdal, Hamid Albar, Muhyiddin. Lepas ini siapa pula?

    Reply
  • April 24, 2015 at 1:28 am
    Permalink

    Macam lah admin MYKMU tak menghasut…..

    Reply
  • April 24, 2015 at 2:34 am
    Permalink

    tak sunguh tak melata.. kalau tak sungguh org tak kata.. jawab armand jawab. Perguna perkasa utk cari pengaruh, lepas harum keluar perkasa bertanding exco pemuda. Bijak politik armand pergunakan sokongan.

    Reply
  • April 24, 2015 at 6:32 am
    Permalink

    Pemimpin jenis pondan…bila terbongkar mulalah main wayang..sepatutnya mereka ini berterimakasih dengan mykmu…sebab berikan mereka publisiti untuk menperluaskan gerakan mereka…kah kahbkah kah..

    kalau zaman tun M , korang merasalah masuk kamunting barang seminggu dua

    Reply
  • April 24, 2015 at 9:10 am
    Permalink

    Cerita Kamunting dah habis bro. ISA dah dimansuhkan (walaupun banyak negara lain mengamalkannya). Pembangkang bersorak gembira, penjenayah bermaharajalela. Terima kasih kepada siapa?

    Reply
  • April 24, 2015 at 9:21 am
    Permalink

    Apa kecoh2 ni bro..kata sokongan kuat..semua sokong..semua I luv PM..ni apa jd dah?

    Reply
  • April 24, 2015 at 9:56 am
    Permalink

    I love PM !!!
    I love PM !!!
    I love PM !!!

    Biar Rebah Asal Jangan Berubah !!!

    Reply
  • April 24, 2015 at 10:02 am
    Permalink

    SEBELUM
    mykmu pencinta Tun, perjuangan suci murni lagi ikhlas, pembaca majoriti sokong admin

    SEKARANG
    Anti kebenaran, perjuangan sebagai askar bangla upahan, pembaca majoriti bantah admin.

    Mykmu patut gikir semula…
    Balik ke pangkal jalan…
    Belum terlambat..
    Kita moh ke ceramah perdana roadshownegarawan..

    Reply
  • April 24, 2015 at 10:37 am
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Kalaulah laporan tu tak benar dan berunsurkan fitnah, apa tunggu lagi, saman ler!
    Kan dah terang dan nyata beberapa nama disebut secara jelas dan terang mahu pemuda jatuhkan PM DSNajib.
    Ini bukan perkara main-main. Serius dan ternyata ada sayap UMNO yg tak sehaluan dgn pemimpin utama.
    Walhal sebelum ini rakyat umum didedahkan dgn pelbagai sokongan terhadap kepimpinan DSNajib selaku PM dan Presiden UMNO.
    Kalau tak ada apa-apa tindakan, bermakna apa yg dipaparkan dlm blog ini hanya ‘omong kosong’ dan tak boleh diterima pakai sebagai berita.
    Wallahhu’alam…..

    Reply
  • April 24, 2015 at 11:48 am
    Permalink

    Dlm setandan kelapa tu bukan semuanya bulat..ada gak yg bujur..yg bujur tu tak banyak lah..

    Yg bujur tu kena buang lah..belah campak kasi ayam makan lah.

    Reply
  • April 24, 2015 at 3:21 pm
    Permalink

    JEBAT? hahahahaha… banyak tengok filem cathay keris mamat nie.

    Reply
  • April 24, 2015 at 6:26 pm
    Permalink

    Penulis MYKMU dah dapat elaun…dulu minyak RON95 jer la ni dah RON97,kipas kasi kuat sikit, kereta pun boleh tukar, apa jadi pada UMNO, hangpa ingat depa peduli, penulis MYKMU dan Malaysiakini dah buat pakatan, pakatan penulis-penulis komidi sitara politik Negara. Jadi bodoh pun bodoh lah…janji masyukkk.

    Reply
  • April 24, 2015 at 9:23 pm
    Permalink

    Pirah Armand…. sayangkan UMNO atau rela jadi alat seseorang yang kamu sayangi?

    Reply
  • April 25, 2015 at 1:01 am
    Permalink

    KJ…..ISA sudah berkubur tetapi tetap ada penggantinya iaitu POTA & SOSMA…kedua-dua akta ini mempunyai unsur roh yang sama dengan arwah ISA….!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *