Sultan Ahmad Shah Puas Hati Pentadbiran Najib

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat di negeri itu, terus menyokong kepimpinan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini.

“Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan beliau kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik bukan-bukan tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang di Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai isu semasa, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang akan diadakan 5 Mei ini, berikutan kematian anggota parlimennya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas.

Baginda pada masa sama, turut menasihatkan rakyat agar sentiasa menjaga keamanan dan mengikut peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh PRK itu.

Dalam perkembangan lain, Sultan Ahmad Shah berharap agar penambahan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat dilakukan di negeri ini, untuk kemudahan rakyat terutama yang tinggal di kawasan pedalaman khususnya yang jauh dari balai bomba.

Selain itu, baginda berharap pihak berkaitan dapat menubuhkan sebuah balai bomba di Bukit Fraser, memandangkan kawasan peranginan itu agak terpencil dan bantuan menyelamat akan menghadapi kesukaran ke sana jika berlaku kes kecemasan.

Sementara itu, Halimah dalam sidang media berasingan berkata kementerian dan Jabatan Bomba akan segera berurusan dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menubuhkan balai bomba berkenaan dalam masa terdekat.

“Kita juga akan menambah kelengkapan dan peralatan jabatan bomba di seluruh negara dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Kerajaan negeri juga diberi keutamaan bagi mencadangkan balai bomba mana yang perlu dinaik taraf atau dibina baharu dan mana yang perlu ditukar dan digantikan dengan peralatan moden,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menaik taraf pasukan bomba sukarela yang kini mempunyai sebanyak 396 pasukan di seluruh negara.

Fungsi pasukan bomba sukarela, katanya amat penting terutama dalam memberikan bantuan di peringkat awal berlakunya kes kecemasan.

“Setakat ini, pasukan bomba sukarela tersebut mempunyai 14,000 anggota yang bertindak sebagai barisan hadapan apabila berlaku kebakaran, kemalangan atau bencana alam,” katanya.

– Bernama

36 thoughts on “Sultan Ahmad Shah Puas Hati Pentadbiran Najib

  • April 16, 2015 at 8:26 pm
    Permalink

    Ambik ko. Jangan derhaka haha.

    Reply
  • April 16, 2015 at 8:57 pm
    Permalink

    Woowww…derhaka…? Org tegur sikit pon jadi derhaka? Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim yg sekarang nie Yang di-Pertuan Agong ke-14 pon tak komen apa2 walhal Tun M adalah anak Kedah yg paling berjasa dan skrg nie diperlekehkan oleh org2 mabuk kuasa dlm UMNO. Tak malu ke wahai pemimpin2 atasan UMNO sampaikan diheret institusi Diraja dlm hal2 kemelut politik UMNO? Tun M hanya ahli biasa tapi no keahlian 0000001 ler kan…Tun M+rakyat yg sayangkan UMNO vs Presiden+TP+VP+AMT+pemimpin2 bahagian+pemimpin2 cawangan….kalau korang tak bacul sila bersemuka dgn wakil kami Tun M dan jawab soalan2 mudah kami tanpa berbelit sana-sini. Org melayu tulen tak bacol la woi…tak payah nak libatkan sesiapa tapi cukup lah sekadar bergaduh di dalam rumah sendiri. Kalu rasa panas sgt dgn rumah sendiri sila berambus keluar beramai2 tapi tinggalkan UMNO dgn kami sebab UMNO milik semua melayu dan bukan para bangsawan dan golongan elite termasuk la melayu yg asalnya org2 mcm kami tapi dah perasan “elite”. Jgn dtg tempat kami dgn jam2 mewah ratusan ribu dan eksyen dgn kereta2 mewah kamu tu….atau jgn la berlakon mcm org miskin…seolah2 paham dgn penderitaan org2 mcm kami ditengah2 kehidupan moden walhal org nampak kemewahan kamu tu…dan dari mana kemewahan tu kamu dapat. Malas la nak cerita sedangkan bekas jaga keretapi pon boleh jadi kaya dgn berpolitik….jaga stor…bekas kerani…bekas tukang kebun pon bleh jadi kaya asalkan pandai membodek…camni kasi la peluang kami pulak org2 miskin nak jadi MP…bleh? Jgn la cantas peluang org2 mcm kami yg ada dikalangan kami nie grad drp MIT kt US lagi tuuu…

    Reply
  • April 16, 2015 at 9:08 pm
    Permalink

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku

    Reply
  • April 16, 2015 at 9:16 pm
    Permalink

    Tanjung Agas projek pon dah terbengkalai.. lama dah plak tuee… Duit Loan Fed Govt pon dah lebih RM500 juta… macam mana tue?

    Reply
  • April 16, 2015 at 9:53 pm
    Permalink

    Ampun Tuanku.. Kami mohon agar Tuanku jadi orang tengah/atau Majlis raja-raja jadi pendamai antara 2 pihak ini(Tun Dan Najib)

    Reply
  • April 16, 2015 at 9:57 pm
    Permalink

    Tun patut rasa malu.

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:13 pm
    Permalink

    Ayoyo…Tun patut rasa malu kaaaa? Najib tu patut rasa malu laa…org tua, umur 90 tahun, ex-boss lagi tu…tanya sikit saja…abis satu negara punya UMNO Najib seret demi melindungi kedudukan dia…tak tau cakap la tak tau…

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:22 pm
    Permalink

    Aku teramat kesal dengan tindakan Mahathir mengkritik sembrono terhadap kepimpinan Najib menerajui negara kini….risikonya terpalit pada UMNO…..UMNO sudah mula berpecah akibat kritikan tak berasas mantan PM ini. Perpecahan bermula di negeri kelahiran mahathir sendiri – Kedah. UMNO berecah dua…satu kelompok menyokng Mukhriz sebagai KM Kedah dan satu lagi meyokong kerajaan pusat pimpinan Najib. Ini semua gara-gara Mahathir yang sudah pandir…dia buat kenyataan tanpa memikirkan akan akibatnya berpunca dari sebab. Terlalu seronok mengkritik menyebabkan anaknya sebagai MB Kedah dalam dilema….hendak diludah mati emak..hendak dikumam mati bapa. Inilah kalau sudah angkuh merasakan diri sendiri sudah hebat & bijak……terimalah bahananya pada perpaduan melayu & keharmonian pelbagai etnik. Bak kata orang tua-tua dahulu: Kerana pulut santan binasa…kerana mulut insan binasa. Nah inilah dia apa yang sudah terjadi kini bermula di Kedah dan sudah pasti merebak ke seluruh negara….angkara siapa…?

    Bukan angkara bangsa melayu totok nusantara tetapi melayu kacukan DKK…kita mesti buka mata & minda sekarang siapa dalangnya memecah belahkan kesatuan melayu……..sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan Kesultanan Melaka adalah perbuatan khianat insan DKK bernama Raja Medeliar moyang Mahathir sendiri…..kini Mahapanthir sedang berusaha meneruskan kegiatan legasi demi melumpuhkan melayu totok bugis pimpinan Najib……!!!!

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:26 pm
    Permalink

    Depa tu raja…mana tau hidup susah….najib ni pun mana tau hidup susah….depa tu berlakon je….totok umno skrg tengah gundah gulana…pemimpin depa tengah berbelah bagi…tp tak apa….ambil je brim….tanpa gst tau….hehe

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:28 pm
    Permalink

    ha ha admin suruh sultan pahang tarik balik anugerah datuk pada siti,,,, admin kamu patut kutuk siti dan rozita sbb sokong Tun M….. kedua dua tu lebih popular di mata raayat malaysia….

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:29 pm
    Permalink

    admin kamu hanya menyiarkan berita terpilih untuk dpt elaun lebih…..

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:32 pm
    Permalink

    GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
    Najib bukan kebal.
    Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(Gerakan Estimated Time of Departure Najib).
    Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
    KJ cukup lah dengan opportunis kamu.Orang OXON konon.
    STOP KJ.
    Cukup lah penjilat buah apel.
    Destroy apple polishers.
    OXON menyesal bagi KJ dapat ijazah OXON.
    Najib is not irreplaceable.
    He is Clueless.
    TDM, You are not alone.
    Rakyat tolak BN sebab ;
    UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan .
    Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.
    Getah RM1.93 tak dapat beli beras 5 %,Minyak subsidi 2.50, Ron 95, 1.95,gula 2.58. Mahu beli kapal terbang private jet.
    Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.
    1M.BR1M KR1M,Kain 1M,Buku 1M.Restoran Menu1M.
    Endless possibilities dan 1000 macam slogan.Najib mekanik Tulin.
    Endless festivals.
    Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung lain dapat hidangan cina dolls.
    Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain macam Singapork..
    Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutamakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.Najib-sapa kata dia jiwa rakyat ?Kalau hidup mewah ? Nak pakai kapal terbang baru, nak jumpa ketua negara ASEAN.PRC sudah gasak Malaysia punya pasir untuk buat hegemonony di pulau pulau batu karang.Depan mata kita, PRC nak menjadi neo imperialism,.Baik sangat Najib.
    Pakatan Rakyat wajib menang pada PRU14 dan Pas akan meminpin kerajaan……
    TDM You Are Not Alone.
    #2 arjuna waspada
    changkat lobak.

    Reply
  • April 16, 2015 at 10:36 pm
    Permalink

    Jgn heret la sejarah2 Melaka nie…aku sendiri org Melaka…setakat pengkhianat2 yg menjahanamkan nusantara melayu nie aku dah hafal dah…senang cerita melayu sendiri yg menyediakan ruang melalui kebodohan sendiri dan rakyat setia tidak berbelah bahagi kepada individu…minda tertutup kepada kebenaran…bukan pasal DKK..bukan pasal cina atau india…melayu yg memimpin dan melayu la yg bertanggung jawab akan kepimpinannya. Insan DKK tu cuma satu antara beribu yg berjaya mengambil kesempatan ke atas kebodohan org2 melayu yg ko kata “melayu totok nusantara” tu. Jh Low contohnya adalaha anak muda cina yg bijak….bekas grad wharton business school…ko tau ke sekolah tu..? Sekarang sudah kasi main sama org2 melayu….kasi main dgn UMNO…kasi main dgn Najib…ko ingat aku tak rasa terhina ke? Sejarah melaka berulang secara tak langsung…cina main2 kan melayu cina dapat singapore dgn hasil ekonomi yg skrg nie berkapita USD60000. Semuda2 Jh Low dapat songlap USD700 juta melalui 1MDB…punya la byk org2 melayu yg “bijak” dlm syarikat tu…Najib jadi kepala lak tu…skrg satu dunia sudah nampak amacam budak muda berhingus mcm Jh Low boleh memperbodohkan org2 yg perasan bijak dlm 1MDB. Amenda melayu totok bugis buat? Menyorok belakang UMNO bila ahli biasa no 0000001 bertanya….bugis nie…kalau ko baca sejarah dia adalah bangsa yg pantang dicabar ko tau tak? Belanda dtg dgn kapal meriam…diorang jawab dgn kapal meriam….mana ada menyorok bro? Skrg Najib sendiri pon ada nama baru…cina kasi aritu…ingat tak si Ah Jib Gor? Ko ingat dia bagi sebab apa? Sila baca sejarah kejatuhan Tamadun Melayu….Tamadun Islam…dan ko akan kenal sapa musuh2 Islam amnya dan musuh2 melayu khasnya…dipersilakan…

    Reply
  • April 16, 2015 at 11:25 pm
    Permalink

    Ni pendapat Sultan yang jual gelaran datuk kepada banyak bangsa cina yang banyak orang melayu dlm kerajaan kena pakai hormat kepada mereka. Kedaulatan dari negeri dia pun for sale seperti pingat DIMP,yg sekarang banyak datuk2 jadi Multi Level selling! Sorry his opinion has no heavy, maybe only for his vested interest aje,Ah Jib Gor sebagai anak Pahang dan Perdana menteri boleh layan datuk2 dari Pahang membawa surat sokongan dari dia!!!

    Reply
  • April 16, 2015 at 11:31 pm
    Permalink

    Apa cerita pun tuanku tetap sultan..kalau tak suka titah baginda sultan..hujah cara ilmiah..bukan serang peribadi baginda.

    Akai ada ka tak ada?..

    Reply
  • April 17, 2015 at 12:25 am
    Permalink

    alahh bukan senang untuk puaskan hati semua orang..antara anak2 pun kadang2 tak puas hati pada mak bapak..inikan pula rakyat yg berjuta.

    Reply
  • April 17, 2015 at 1:11 am
    Permalink

    umno sudah pecah lubang buntut saiful……

    Hidup GST

    Reply
  • April 17, 2015 at 3:43 am
    Permalink

    alfie bodoh simpan sikit. kau ada bukti , buat laporan pd sprm.karang kau kena penampar dgn org pahang , baru kau tahu.

    Reply
  • April 17, 2015 at 3:47 am
    Permalink

    wei tun , kau punya hujah ade point. tapi kau jangan sentuh bab melayu , bab bugis . itu dah melampau kurang ajar namanya. bab bangsa kau jangan nak heret masuk dlm politik ok ? aku org bugis . cakap jaga2. nk sembang politik , ckp soal politik shj. kau tak merepek merapu sampai ke melayu , sampai ke bugis .

    Reply
  • April 17, 2015 at 5:13 am
    Permalink

    Woi sireh ke gagang…aku orang melaka keturunan bugis jugak laa…apasal ko tak sound si bangKano April 16th, 2015 at 10:22 PM tu supaya jgn melampau2 bagi hujah kalau setakat nak hina keturunan org bila kata Tun M DKK laa…pengkhianat laa….aku bercakap pasal fakta sejarah, ciri2 dan sifat org2 melayu nusantara (melayu campor arab, melayu campor india, melayu bugis, melayu jawa…)aku ada hak sentuh perihal keturunan melayu sebab aku pon melayu berdarah bugis…bagaimana sepatutnya melayu berhemah, berani dan bukan terpekik terlolong hidup melayu…cium keris tapi buta hati…buta mata. Jgn ko nak merepek kurang ajar tak tentu pasal kalau org berhujah dgn fakta! Ko ingat politik yg kita bincang nie pasal bangsa lain ke? Nasib bangsa kita jugak…bangsa melayu! Bila aku baca sejarah negeri aku, Melaka, bagaimana ada jugak pengkhianat2 melayu yg bersubahat dgn penjajah demi wang dan kuasa, aku naik bengang bila elok2 dah merdeka ada juga pemimpin2 melayu yg tak sedar diri skrg terlalu asyik dgn wang dan kuasa melalui UMNO walhal mereka tu sepatutnya berkhidmat utk rakyat…asal UMNO je mesti projek la….duit laa…skrg politik cari makan….sikit2 skandal sana sini…cantas org…beli undi org…

    Reply
  • April 17, 2015 at 10:18 am
    Permalink

    Saya amat bersetuju dengan hujan yang dikemukakan oleh Tun.. tepat dan padat..
    Teruskan Tun… Untuk sebuah perjuangan yang tidak meminta sebarang habuan..

    TQ

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:04 am
    Permalink

    Hangpa rasa Sultan ni paham ka penderitaan rakyat? sekadar turun padang sekali sekala, balik rumah, semua ada, driver, butler, bodygurads.

    Rakyat yg susah setiap hari….Now aku nak tanya, mana keprihatinan UMNO terhadap org melayu??????

    Tak mengejutkan kalau BN kalah, sbb org melayu yg sokong umno , yg rata2nya hidup susah tak akan undi BN lg next PRU.

    Najib work hard?? Yes for his family and friends… Cuba tengok lifestyle Pemimpin2 umno. Jam ja ratusan ribu ringgit. Bukan satu jam je, malah collection of watches. Kununnya duit dikumpul waktu korporat dulu..??? Macam ni pun hangpa boleh percaya.. Bodo tahap gaban…

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:35 am
    Permalink

    Hehehehe. confidence sungguh Moooh yg org Melayu takkan vote Barisan Nasional pada PRU akan datang!!!

    Yg PASTI, parti DAP, PAS dan PKR TAKKAN DAPAT PERINTAH MALAYSIA!!!

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:59 am
    Permalink

    ek eh…moo ada lg tang ni… pun nk menyebok jugak hal dalaman umno? sudahlah tu moo ooiii…pi balik sembang dgn azwan ali lg baguih..kihkihkih

    Reply
  • April 17, 2015 at 12:09 pm
    Permalink

    sudahlah bangKano, nak menghina pun berpada pada..siapa kita nak hina tun? cermin diri tu dulu..hang tu melayu perfect sgt kaa? susur galur hang confirm takdak dari indon ke, hindu ke & etc? “mamak” tulah yg memodenkan negara yg hang duduk lani.. tk perlu nak menghina keturunan sgt la mcm hang tu keturunan dewa2…

    Reply
  • April 17, 2015 at 4:41 pm
    Permalink

    hehehe…yup kalau tadak mamak tu, bangkano pun tak bawa proton saga pi mai…pi mai..macam la niii, heheheh

    Reply
  • April 17, 2015 at 4:51 pm
    Permalink

    hehehehehe
    bila sultan pahang yang cakap…….hehehehhe
    tambahan lagi Najib tu anak negeri mana yerrr
    heeeee heeeee
    sejak bila sultan masuk campur urusan pentadbiran persekutuan, pentadbiran negeri mungkin ada benarnya…
    sultan pahang heeeee
    kepada siapa pulak yerrr gelaran Datuk kali ini
    hehehehhehe

    Reply
  • April 17, 2015 at 5:59 pm
    Permalink

    Kena sangat la Najib dipuji oleh Sultan Pahang, sebab Najib telah bangunkan Pekan pada tahap sekarang, apa isunya disini ?? Cuba semua Bandar kat Malaysia ni Najib bangunkan macam Pekan, aku rasa semua rakyaat akan puji Najib.

    Penulis MYKMU dah jadi standard macai pembangkang !! Nampak sangat kebenakkan nya…

    Reply
  • April 17, 2015 at 6:36 pm
    Permalink

    Apa cerita pun..najib tetap mendapat sokongan jugak..sikit pun tak goyang.

    Tun dah amik ubat belum?

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:23 pm
    Permalink

    Anak_Nogori April 17th, 2015 at 6:36 PM, sikit pun tak goyang eh…apasal dia panggil UMNO satu alam semesta suruh declare sokong? Siti Nurhaliza pon sokong…aku pon sokong…kena la adil…dua2 pemimpin ada penyokong laa.

    Pasal ubat tu…aku rasa Tun pasti dah amek ubat sebab dia mmg selalu jaga kesihatan. Najib macam mana? Takan muda2 kena makan ubat?

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:31 pm
    Permalink

    Aku nk cakap sikit la. ini pandangan aku sebagai org umno. kita berhujah , berdebat , tapi jangan sampai menyimpang jauh2. itu je aku nak pesan. parti kita kukuhkan .klu kita lemah ,pembangkang pun suka. sebab kita sendiri bagi mrk peluru untuk bunuh kita.

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:35 pm
    Permalink

    aku nak WOII !!! jugak kpd bang karno. kau berhujah selama ini , aku baca & sokong je bang karno. tapi bila kau dah start merepek2 pasal keturunan org , itu dah tak betul bang karno. baik mamak ke , melayu ke , apa totok sekali pun ,asalkan dia masih Islam (bukan isle pas) , kita sokong jelah .sikit2 berbalah tu , biasalah. tp jgn sampai membuat serangan peribadi . itu dah tak betul bang karno.

    p/s :- ok Tun , aku dah woii dua2. fair kan aku ? tolong buang emo & sentap. bye .

    Reply
  • April 18, 2015 at 12:01 am
    Permalink

    Saudara sireh ke gagang April 17th, 2015 at 11:35 PM, terima kasih dan sila maafkan keterlanjuran aku…

    Reply
  • April 18, 2015 at 1:00 am
    Permalink

    Sudahlah raplahjingga…setakat kenderaan Proton tersebut apalah hebatnya..semua teknologi Jepun yang di bangga-banggakan sehingga kemasan badan & komponenpun masih terbaur Jepun. Mana dia teknologi Malaysia buatan anak tempatan……setakat cedok alahai memalukan negara jerrr….mana dia jurutera anak Malaysia yang sanggup membina,mendesain setiap model ikut acuan sendiri…semuanya cedok,tiru model Mitsubishi & kini Honda pula. Inilah dia kenderaan nasioanal yang bukan nasional 100% idea Mahathir…? Jepun bukannya bodoh begitu mudah memindahkan teknologi mereka…..mereka yang memecah kepala berfikir kita pula senang-senang merayu-rayu teknologi mereka sebagai ciptaan Malaysia. Itulah ego Mahathir mempergunakan kehebatan bangsa lain untuk kepentinngan peribadinya.

    Mahathir cuma punya impian muluk-muluk tetapi sukar direalisasikan sudah hampir 27 tahun wujudnya Proton…tetapi masih berwajah & berteknologi Jepun juga.

    Reply
  • April 18, 2015 at 1:14 am
    Permalink

    Saya marahkan Mahathir kerana kritikannya tidak berasas langsung cuma bersandarkan kebencian,dendam & irihati terhadap pentadbiran Najib kini. Bila saya terbaca kenyataan Mahathir tentang melayu semuanya negatif…….tidak amanah,kurang cekap menguruskan kewangan & mudah lupa. Jadi adakah manusia bernama Mahathir ini seorang yang beramanah,cekap menguruskan kewangan & tidak mudah lupa….? Kenapa semasa dia berkuasa sangat sebok hendak menghamburkan dana negara semata-mata hendak membuat projek mega…? Apa yang terjadi pada DAYABUMI yang tersergam indah bagaikan gajah putih sedang berconggok di Jalan Hishamudin KL. Itukan kegagalan namanya…terpaksa dikerah PETRONAS & subdiarinya memenuhi setiap ruang yang masih kosong dahulu…..? Ini bukti Mahathir juga tidak cekap menguruskan kewangan negara. Begitu juga projek Jembatan Bengkok yang kini sudah mengjangkau RM2 bilion jika diteruskan. Nasib baik Pak Lah batalkan…selamat dana negara dari membazir akibat ego Mahathir.

    Tidak amanah pula bagaimana…..? Satu laporan polis telah dibuat oleh Jaringan Melayu Malaysia JMM terhadap pemberian sebuah kapal oleh Eric chia pengerusi PERWAJA STEEL kepada SAPURA KENCHANA yang mana saham terbesar dipegang oleh anak Mahathir – Mokhzani. Adakah tindakan ini berunsurkan amanah…tentu ada mahunya oleh Eric Chia sampai menyedekahkan kapal…..? Bukan itu rasuah namanya.

    Mudah lupa…..Mahathir sudah semakin pandir..dia juga sudah lupa semua dasar & prinsip hidupnya dalam politik…jahuhi rasuah,beretika & selalu amanah…..nampaknya semua sudah dilanggar semasa dia berkuasa.

    Atas faktor-faktor inilah saya kurang menghormati seorang negarawan ulung ini…cakap tidak serupa bikin. Sentiasa memandang rendah etnik nusantara lain cuma keturunan tertentu dianggap bagus,bijak & cekap mengurusi organisasi & negara. Kesemua tanggapannya kita boleh baca melalui kritikan melekeh-lekehkan Najib oleh beliau sejak akhir-akhir ini..seolah-olah bugis tidak layak menguruskan rakyat & negara…cuma dia dan keturunannya sahaja yang terbaik.

    Kalau Mahathir kini sebagai rakyat biasa enggan menghormati Najib selaku PM Malaysia,bagaimana orang lain hendak hormatkan dia sebagai negarawan ulung….? Itu sebab saya hilang respek terhadapnya kini. Kalau dia boleh menyerang secara peribadi takkan saya pun tidak boleh menyerang kelemahan peribadinya berdasarkan fakta. Ikut sikap Jebat…sultan yang adil wajar disembah tetapi sultan yang zalim mesti disanggah. Kita bukannya Hang Tuah yang sentiasa mengangguk-angguk semua perentah sultan walaupun sanggup membelah perut wanita yang memakan ulas nangka & mendaki gunung ledang untuk mencari puteri sedangkan puteri gunung tersebut telah mencintai Hang Tuah untuk dipinang bagi pihak sultan.

    Bersikap angkuh mesti kena pada tempatnya…zaman global kita tidak oleh terlalu akomodasi…kalau orang lain boleh bersikap keras & angkuh pada kita..kenapa kita tidak boleh bersikap kasar pada mereka…? Bersikap lembut & bertolak ansur mesti sesuai pada masa & ruang……kalau tidak orang akan sentiasa mempergunakan kita sebagaimana Mahathir memperalatkan allahyarham Gafar Baba,Anuar Ibrahim,Pak Lah tokoh-tokoh lain demi survival politisnya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *