PRK Permatang Pauh Telur Sebiji Riuh Sekampung

oleh Nazrul Panglima

Sejarah PRK untuk kali ke-2 Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh, dahulunya isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi untuk membolehkan suaminya bertanding dan kini suaminya pula terpaksa mengosongkan kerusi gara-gara hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 16 Mac 2015 lalu.

Pada PRU-13 sebanyak 71,699 pengundi berdaftar di Permatang Pauh dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain. Ini menunjukan pemilihan masih bergantung kepada pengundi melayu dan sedikit pengundi cina, pada ketika ini.

Setakat hari ini, penulis nampak jelas akan situasi penentu bukan lagi kearah kepartian atau Individu yang bernama Anwar Ibrahim, tetapi kepada ketidakpastian siapa yang patut mereka pilih untuk membela masyarakat setempat.

Apakah Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail membayangkan hanya dirinya layak bertanding di kubu kuat suami beliau?
Ataupun anak beranak beliau yang menunggu masa untuk menuntut pembelaan terhadap bapak mereka?

Pada pengamatan penulis, rata-rata pengundi Permatang Pauh telah membuat andaian awal sejurus proses penghakiman Anwar Ibrahim yang di dapati bersalah oleh Mahkamah.

Selepas beliau dipenjarakan, perhimpunan demi perhimpunan di adakan di sekitar kawasan Permatang Pauh menampakan kegagalan mengumpul penyokong yang dahulunya mempertahankan Individu bernama Anwar Ibrahim.

Kemelut Pakatan Rakyat dengan Isu Hudud membabitkan rakan PKR iaitu DAP memberi satu penanda aras peralihan ahli-ahli PAS daripada menyokong PKR dan ini juga bukan penanda aras BN untuk menawan kembali kerusi panas di Permatang Pauh.

Segala kemungkinan boleh berlaku dan memanipulasi isu GST dan Isu Hudud sudah pasti akan memberi satu tamparan kepada kedua-dua parti.

Oleh yang demikian kedua-dua parti haruslah berkerja kuat demi menawan hati pengundi-pengundi P044 Permatang Pauh .Satu tranformasi politik baru Permatang Pauh dengan ketidakhadiran Dato Seri Anwar Ibrahim pada PKR kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *