Wayang Tuntutan Wang Pampasan RM 2.6 juta, Azmin Gagal Lagi

Share


Azmin Faekah

KUALA LUMPUR, 8 April – Isu wang pampasan berjumlah RM2.6 juta kembali hangat dalam kekalutan persediaan Pilihanraya Kecil Permatang pauh dan Rompin. Wajarkah isu ini dibangkitkan ketika ini?

BACA : Krisis Air Selangor Bakal “Telanjangkan” Azmin

Sekiranya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, benar-benar mahu menuntut kembali jumlah pampasan yang cukup besar tersebut, sepatutnya beliau telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja tamat tempoh pemulangan pampasan pada 19 Januari lepas.

Perkara ini hanya berbangkit hanya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Sulaiman Razak mempersoalkan isu wang pampasan tersebut. Kelemahan demi kelemahan yang nyata semakin banyak dapat dikesan dalam pentadbiran Azmin Ali.

Sebelum ini Azmin Ali telah banyak membuat keputusan terburu-buru demi meraih populariti dan “mengambil hati” DAP.  Namun tindakan beliau memakan diri sendiri apabila beliau dilihat gagal melaksanakan sebarang misi dan visi untuk Selangor.

Dalam isu KIDEX, Azmin terpaksa buat kenyataan menafikan pernah mengumumkan pembatalan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) . Beliau kononnya hanya membatalkan pembangunannya.

Begitu juga dengan pembatalan projek Langat 2 oleh Azmin Ali. Rata-rata rakyat Selangor mendesak Azmin Ali meneruskan perjanjian air antara pihak kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan projek Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan. Rakyat Selangor tidak sanggup lagi menghadapi masalah catuan air.

Berbalik kita kepada isu pampasan yang cukup tidak munasabah. Sebelum ini pakatan rakyat cukup sinonim dengan kelantangan mereka menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir dan sebagainya. Namun realitinya, belum pun sampai dua penggal pakatan rakyat memerintah Selangor, mereka telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat merupakan pihak yang “mengaut” duit rakyat demi kepentingan peribadi pemimpin dan kakitangan mereka.

Adakah tindakan Kerajaan negeri Selangor memulakan prosiding mahkamah terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dan tujuh lagi bekas pegawai kerana gagal memulangkan wang pampasan berjumlah RM2.6 juta hanya merupakan wayang semata-mata?

Rakyat Selangor sedang melihat segala tindak tanduk pakatan rakyat menguruskan negeri Selangor. Mereka sedar bahawa ramai pelabur telah meninggalkan Selangor sejak pakatan rakyat memerintah.

-Mykmu.net



6 thoughts on “Wayang Tuntutan Wang Pampasan RM 2.6 juta, Azmin Gagal Lagi

  • April 8, 2015 at 7:37 pm
    Permalink

    buat malu je MB SAMPAH ni…elok cuci longkang je la..

    Reply
  • April 8, 2015 at 8:44 pm
    Permalink

    Bersangka baiklah, Azmin Ali tu sibuk orgnya

    Kadang2 Azmin Ali kena tengok tong sampah, spray nyamuk dalam bus, basuh baju makcik, basuh longkang dan macam2 kerja rencam yg lain!!!

    Tu pasal Azmin Ali takder masa nak tuntut balik wang pampasan tersebut

    Hehehehehehehe

    Oh ya, dgr cerita PELIWAT masih kekal Penasihat Ekonomi Selangor, nasihat dari BANDUAN jugak yg Azmin Ali nak

    Nasib kamulah rakyat Selangor, dapat BANDUAN JENAYAH SEKSUAL sbg Penasihat Ekonomi Selangor

    WAKAKAKAKAKAKAKA

    Reply
  • April 8, 2015 at 9:10 pm
    Permalink

    Tadi tengok berita kasihan tengok guru Kafa, ini lah janji manis pembangkang untuk mendapat undi guru2 Kafa . Itulah lain kali jangan termakan janji manis apalagi darp parti pembangkang yang sanggup berkawan dengan syaitan asalkan dapat berkuasa . Ingatlah selama ini guru Kafa di Selangor ramai ynag mmg sokong Pas sekarang terimalah akibat undi yang diberi. Si azmin ni bukan dia tahu memerintah pun . hancur jadinya negeri Selangor. Dulu mengata pemimpin BN kuat rasuah , sekarang siapa yng terima duit berjuta hanya sebagai pampasan? Lepas ni buat guru Kafa sebelum mngundi buat solat isthikharah banyak2 agar dapat petunjuk dari Allah . bukan asyik dengar ceramah dari puak Pas atau baca surat khabar harakah je ? Allah beri akal fikirlah .

    Reply
  • April 8, 2015 at 10:01 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Jemin tu tak ada pengalaman mentadbir.
    Yg dia pandai atau tahu buat hanya menyalahkan orang lain dlm semua hal.
    Itulah pengalaman berguna yg dia peroleho semasa berkhidmat dgn Nuor Berahim.
    Justeru, janganlah hairan segala apa keluar dari mulutnya tak sama dengan apa dilakukannya.
    Mudah cakap, ‘cakap tak serupa bikin’.
    Apa yg dia cakap cuma retorik politik peribadinya semata-mata.
    Inilah contoh ‘sijahil yg mengaku beriman’.

    Reply
  • April 9, 2015 at 1:53 am
    Permalink

    Inilah akibatnya bila org yg hanya pandai bercakap diberi peluang mentadbir.

    Reply
  • April 9, 2015 at 3:20 pm
    Permalink

    MEREKA SEDAR BAHAWA RAMAI PELABUR YANG MENINGGALKAN SELANGOR SEMENJAK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH.

    Rakyat tahu itu, sedar ini. Semua sedar dan tahu tak ada yang tak tahu.

    Namun … come PRU mereka masih pilih PR. Kenapa ? Adakah kerana bebal atau bengap?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *