“Marakbar Hadi, Takbir & DAP?”

Share


marakbar asri

Sejujurnya, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada DAP yang bijak menukar strategi dari penggunaan “PAS”, kepada “Hadi Awang” dalam setiap pertikaian mereka berkenaan dasar perjuangan PAS.

Ia amat berbeza ketika bersama di dalam Barisan Alternatif, apabila kenyataan-kenyataan mereka menggunakan kata nama “PAS”, yang merujuk kepada seluruh parti. Kini, kata nama “Hadi Awang” digunakan bagi memberi ruang kepada ahli PAS, bahawa DAP sangat “ikhlas” ke atas mereka, hanya Hadi Awang sebagai penghalang.

Serangan ke atas Hadi bukanlah baru, dan ia memuncak terutamanya ketika gelora isu siapa Menteri Besar Selangor. Pimpinan kanan DAP secara konsisten, bergilir-gilir mengkritik Hadi berbanding PAS. Hasilnya, kini ahli PAS sendiri perlu akui bahawa mereka mula sangsi dan pertikai kredibiliti Hadi sendiri selaku Presiden PAS.

Pencalonan Husam Musa sebagai calon untuk menjawat jawatan tertinggi parti itu juga perlu difikirkan oleh Hadi, bagaimana akar umbi sudah mula menerima baik kritikan-kritikan dari pimpinan DAP ke atas Hadi. Gaya penggunaan kata nama itu telah mengakibatkan Hadi kini bersendirian, terpinggir dan kemungkinan tergelincir. Halusnya pemerhatian dan geraksaraf DAP, menyusup masuk ke liang-liang roma ahli PAS. Dan tentunya, tugas penyusupan ini lebih mudah, kerana watak “pelincir” wujud dan semarak jingga di dalam PAS. DAP hanya perlu memberi bola tanggung, sementelahan si “pelincir” melibas ke arah Presidennya sendiri.

Terang lagi bersuluh, kenyataan bahawa belum ada pemimpin Pakatan Rakyat yang layak menjadi Perdana Menteri selain Anwar Ibrahim oleh Husam Musa menjelaskan bahawa tidak perlu untuk Hadi Awang bercita-cita membawa parti Islam itu mengepalai Pakatan Rakyat, seraya dengan maksud, PAS tidak akan menjadi ketua, cukuplah sebagai “kuda”. Timbalan Presiden PAS sendiri enggan mengakui bahawa Presiden mereka adalah calon terbaik, dan ini adalah “signal” jelas, sesungguhnya genderang perang telah dibunyikan, dan dihalakan kepada Presiden yang sedang gundah gelisah bersemayam di singgahsana.

“Hey Mr. Presiden, I am coming..” mungkin itu yang sedang berlegar di kepala Husam, yang telah menerima hampir 30% pencalonan sebagai Presiden setakat ini.

Jika dilihat pencalonan terkini untuk jawatan tertinggi parti itu, rasanya perjuangan hudud boleh diibaratkan sebagai “sindrom melancap” Presiden, yang membawa tamsilan bahawa ianya adalah dongengan Presiden, syok sendiri, serta tidak mewakili parti tersebut secara satu hati.

Tidak salah untuk Hadi Awang kembali mengenang, saat singgahsana presiden dihuni almarhum Datuk Asri Muda. Masihkah ingat lagi, “Marakbar Asri!”? Siapa pula bakal mengikuti jejak kumpulan 13?

Takbir! DAP! Takbir! DAP!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *