Yang Tak Boleh Hidup Sendiri Ni PKR

Share


Hudud-2-300x202

SEJAK isu hudud ini meletup, banyak desakan dan cabar mencabar agar DAP atau PAS keluar dari Pakatan Pembangkang – PakatanRakyat.  Kata mereka yang mencabar, nak lihat siapa yang boleh berjaya sendirian.

Mungkin yang cabar ni bodoh atau pun buta politik sebab DAP dan PAS bukan baru dalam politik.  Mereka dah wujud lebih setengah abad yang dulu, dah lalu macam-macam pilihanraya umum secara bersendirian.

PAS sendiri dah pernah perintah Terengganu dan Kelantan, secara bersendirian entah beberapa kali.  Adalah sekejap dengan Semangat46, tapi lain dari itu merekalah sendiri.  DAP walaupun hanya berjaya perintah Pulau Pinang setelah bergabung dengan PKR dan PAS, tapi sebelum itu 10-12 kerusi parlimen tak lari.  Menunjukkan mereka juga boleh hidup sendiri

Yang terbukti tak boleh tinggal sorang-sorang ni PKR saja.  Masa momentum kuat pun kerusi berkurangan, masa momentum tak kuat apatahlagi. Malah, PKR kini jadi satu-satunya parti paling kurang kerusi di Parlimen dan DUN, tapi dapat letak orangnya jadi Ketua Pembangkang dan Menteri Besar  (Selangor).

Penulis rasa persoalan PAS dan DAP perlu keluar Pakatan pembangkang ditimbulkan oleh PKR sendiri demi nak menutup kelemahan parti yang berketuakan peliwat bernama Anwar Ibrahim itu.

Sememangnya dalam banyak hal pun, kita lihat PKR ‘tak muncul’ bila persoalan keluar Pakatan ini timbul, hanya PAS dan DAP.  Walhal kalau nak diikutkan, PKR pun sebelah DAP, tak sebelah PAS.  Hudud, PKR tak sokong PAS, krisis MB Selangor, hanya Azmin saja sokong PAS, lain semua belah DAP.

Jadi kalau PAS suruh DAP keluar, PKR sepatutnya ikut sekali, tapi kenapa nama PKR tenggelam?

Sebab kalau betul salah satu ni (DAP atau PAS) keluar Pakatan, yang tenggelam pun PKR.  Parti ni hanya ada Anwar, dengan Anwar pun dah masuk dalam, siapa yang boleh selamatkan parti ini kalau Pakatan hilang?

 



3 thoughts on “Yang Tak Boleh Hidup Sendiri Ni PKR

  • March 27, 2015 at 3:17 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Hakikatnya, antara DAP dan Pas, sebenarnya masing-masing saling memerlukan sokongan ahli kedua-duanya untuk ambil hati Nuor yg sedang gundah gulana di penjara banboo river.
    Kalau sebelum ke penjara, Nuor disokong supaya dibebaskan dgn pelbagai bantahan, kini untuk ambil hati Nuor mereka saling berbantu untuk rampas Putrajaya.
    Tapi, katakanlah PR mampu rampas Putrajaya pada PRU-14 nanti, siapa pulak yg akan jadi PM kalau bukannya Hadi?
    Oleh kerana Hadi dianggap dari golongan ulama’ dlm Pas atau seorang ahli agama, maka dia perlu diganti sebelum PRU akan datang.
    Agendanya, kalau Hadi tewas dan Mat Sabu berjaya ditabalkan jadi Presiden Pas, maka selepas mereka menang PRU-14 nanti, tentulah Mat Sabu yg akan jadi PM.

    Tiori inilah yg membuatkan Mat Sabu ‘Geli’ dan mendiamkan diri saja bila Hdi diserang secara peribadi oleh LGE dan bapanya – LKS.
    Geli…. geliiiii……
    Selepas pemilihan kepimpinan Pas nanti, hilang ler ‘geli’ si Mat Sabu.

    Reply
  • March 27, 2015 at 3:31 pm
    Permalink

    PKR wujud untuk menaikkan si peliwat sebagai PM. Peliwat kemaruk nak jadi PM kerana dendam kesumat beliau kepada Tun M. Tapi seorang peliwat memang tak layak jadi PM Malaysia. Jadi, peliwat sebenarnya sudah tidak relevan kepada rakyat Malaysia. Begitu juga juga dengan PKR. Tapi pakatan PKR bersama DAPigs dan hamPAS yang ada sekarang tak boleh dipandang ringan oleh orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. DAPigs ada agenda tersembunyi yang hanya boleh dicapai dengan sokongan pemimpin-pemimpin PKR dan hamPAS yang kemaruk kuasa dengan memperbodohkan dan mempergunakan macai-macai dalam PKR dan hamPAS yang pendek akal, taksub dan setia membabi buta.

    Semoga Allah membantu hamba-hambaNya yang ikhlas mendokong Ad-Deen Ilahi ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *