Hudud: Masalah Sendiri Tak Selesai, Orang Luar Nak Dicuit

Share


HUDUD dan segala polemik yang boleh dikaitkan dengannya adalah 100% masalah PAS dan Pakatan. UMNO/BN kalau dikaitkan sekalipun hanya sebagai alasan nak menutup kegagalan nak melaksanakan saja.

Ini prinsipnya.

Jadi, bila parti haru biru macam PKR cuba babitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu hudud ini, ramai orang tergelak. Tiba-tiba pandangan Najib jadi begitu penting pada PKR.

Dengan apa cara pandangan Perdana Menteri penting bila yang terkesan hebat dengan perbalahan hudud ni adalah parti-parti Pakatan? Bincang entah berapa kali bincang, mesyuarat entah berapa kali mesyuarat, keadaannya tetap macam tu, takdak keputusan.

Ada keputusan sekalipun, serupa macam takde keputusan, akan datang berubah-ubah sebab masing-masing taknak mengalah. Jangan kata DAP dan PKR, PAS sendiri pun tak tetap pendirian pasal hudud, kejap sebahagian negara Islam, kejap hanya jenama (2011).

Itu yang gebang nak laksana tu.

Patutnya orang macam Rafizi patut umum apa pendirian Anwar, itu yang penyokongnya nak tahu, bukan Najib. Najib tak ada kaitan sama sekali dengam Pakatan.

Nampak sangat ini semua helah nak menutup perbalahan sesama sendiri dalam Pakatan.

BN/UMNO akan ada pandangannya sendiri nanti, cuma apa pun pandangan itu ia tidak berkaitan dengan Pakatan sama sekali tapi adalah untuk kepentingan politik BN/UMNO saja, Pakatan apa kena mengena?

Ya, hudud yang sedang diperbincangkan sekarang ini adalah persoalan politik, bukan persoalan agama sama sekali. Ada siapa nak bantah?



3 thoughts on “Hudud: Masalah Sendiri Tak Selesai, Orang Luar Nak Dicuit

  • March 27, 2015 at 3:04 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Tak payah ler nak heboh lagi pasal hudud tu.
    Yg jelas ianya bukan isu agama tapi isu politik antara pakatan yg mahu rampas Putrajaya.
    Bila DAP mahu letakkan Presiden Pas sebagai ‘boneka’nya, maka isu hudud Kelantan itupun dijadikan gimik.
    Pokoknya, usaha menggantikan Hadi dgn Mat Sabu kelihatan semakin kabur, maka terlalak terlolonglah pemimpin DAP menghentam Hadi.
    Sementara itu Hadi dan kepimpinan ulama’ dlm Pas nampaknya begitu matang ‘mengencing’ sekutunya dlm PR – DAP dan PKR.
    Bila mereka sedar DAP dan PKR ada peranan mahu menjatuhkan Hadi, isu Hudud Kelantan dikumandangkan dgn nyaringnya.
    Maka melompat dan terlompatlah pemimpin DAP menutup agenda mereka dalam Pas yg mula ‘kebusukan’ baunya semerbak ke seluruh negara.

    Bila Hadi mula sedar bahawa harapan mereka ke Putrajaya mungkin ‘berkubur’ jika terus berantakan dgn DAP dan PKR, maka secepat kilat Hadi main politik ‘putar-belit’nya yg selama ini sebitu mahir baginya.
    Maka bersuaralah Hadi dgn nada lembut bahawa usul yg akan dibentangkan ke Parlimen nanti BUKANNYA Hudud tapi satu cadangan memperbaiki Undang-undang Syariah Negeri Kelantan.

    Kah… kahh… kahhh….
    Setelah letih terpekik terlolong dgn isu Hudud tetiba Hudud bertukar jadi Undang-undang syariah. Tidak Hudud lagi namanya.
    Yg pasti, puak bukan Islam dlm BN telah turut sama terjebak dan hampir mengharu-birukan BN.

    Bijak sungguh Hadi Awang ni…..
    Inilah tokoh politik pintar dan bijak yg penuh pengalamannya.
    Siapa yg kantoi dgn politiking Hadi?
    Yg pasti Hadi akan kekal sebagai Presiden dan golongan Anwarinas hamcusssssss!
    Wallahhu’alam.

    Reply
  • March 27, 2015 at 3:16 pm
    Permalink

    Hudud bukan isu baru. Hudud hangat diperkatakan sejak zaman Tun M lagi. Hanya kerana Tun M tidak memberi sokongan moral secara lisan terhadap niat mereka Tun M dan BN dikatakan menolak segala hukum Islam. BN memerintah negara secara sekular, ikut law british, tidak islamic, kafir laknat dan berbagai.

    Tun M memang tahu apa itu hudud, takzir dan yang lainnya. Tetapi Tun M sedar waktu itu kita tidak memiliki pakar yang boleh handle perlaksanaan dan mengendalai undang2 berkaitan kerana kita masyarakat majmok. Peguam syarie perlu tampil dengan module terperinci sebelum perlaksanaan . Tapi semua itu tak ada.

    Kita boleh agak jika PAS gagal dengan hudud kali ini tentunya BN akan dipersalahkan juga dan Nazri Aziz akan dikaitkan. Nazri keluarkan kenyataan diatas latarbelakang peguam yang dia miliki. Namun, untuk mengatakan ‘bodoh’ tenatng hal ini memang kurang sesuai dan ini kita tahu telah melukakan PASS.

    Hukum Allah hukum terbaik. Hudud bukan sekadar difahamkan dengan memotong tangan pencuri. Hudud tidak kejam, malah sepencuri bolih dilepaskan tanpa hukuman jika dia mencuri utk sara hidup. Dia terpaksa. Tangannya tidak akan dipotong jika dia hanya seorang pencari rezeki dalam keluarganya (memandu teksi misalanya)Kerana hudud akan pertimbangkan jika tangan dia kudung bolehkan dia memandu selepas itu untuk sara hidup keluarganya ?

    Berbeza dengan law sekarang. mencuri RM100.00 dipenjara 6 bulan, tak kita kenapa dia mencuri, siapa dia, apa kerja dia. Hudud tidak gantong leher pesalah, tidak rotan pesalah. Bekas banduan yang kena rotan akan merana hudup mereka selepas dirotan 5 kali, 10 kali, 15 kali. Hudud tak ada itu semua, kerana hudud hukum adil. Hukum hudud hukum Allah , tentunya adil kerana Allah Maha adil, mengetahui, pengasih serta penyayang. Allah tidak kejam.

    Reply
  • March 27, 2015 at 10:05 pm
    Permalink

    Isu hudud telah dijadikan satu perangkap ampuh oleh puak pro-pembangkang untuk melemahkan & mengelirukan para pemimpin UMNO/BN. Sendainya UMNO sokong HUdud bermakna UMNO terpaksa merelakan perecahahan BN di mana MCA,GERAKAN,MIC dll dari parti kaum bukan islam akan menentang dan keluar dari gabungan. Tetapi kalau UMNO tidak menyokong akan menjadi viral pada rakyat beragama islam menuduh UMNO anti islam. UMNO sedang mengalami dilema membawa keruntuhan menjelang PRU14.

    Para pemimpin UMNO mesti berhati-hati membuat sebarang kenyataan beraitan isu hudud……elakkan diri dari melibatkan dengan polemik yang amat sensitif ini demi keutuhan& kelestarian UMNO……!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *