Hudud: PAS Belum Mampu Lagi, Berhentilah Dari Terus Menipu Umat Islam…

hudud pasSedang Dewan Negara bersidang, masih ramai lagi “YB-YB” tidak rasmi sedang hangat membicarakan soal perlaksanaan hukum hudud, pembentangan, kemelut “drama” PAS – DAP dan sebagainya di kedai kopi.

Di dada-dada akhbar, drama pergaduhan antara PAS dan DAP semakin mendapat liputan media. Namun bagai dilihat, lagaknya berantakan teruk bagai “retak menanti belah”. Tapi sampai sekarang tidak terbelah. Tidak ubah bagai sandiwara semasa…

Pada saya, yang paling menarik adalah ulasan dari para penganlisis politik yang berpandangan bahawa usaha hudud kali ini adalah sangat tipis dan berkemungkinan besar hanyalah sia-sia belaka.

Untuk menjayakan usaha mendapat kelulusan bagi pindaan enakmen hudud Kelantan itu, Perkara 76A (1) perlu dipinda terlebih dahulu. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee sebelum ini telah mengesahkan bahawa sebarang pindaan kepada Perkara 76A (1) memerlukan sokongan dua pertiga dari kalangan ahli parlimen.

Itu belum lagi disebut mengenai akta-akta jenayah lain yang membabitkan hukuman serta sistem perundangan negara lain seperti Akta 355 dan sebagainya yang turut perlu dipinda. Semua itu memerlukan undi majoriti ahli parlimen.

cf601783314e131f5989fe95a98e431e

Katakanlah semua ahli parlimen UMNO yang berjumlah seramai 88 orang menyokong pindaan tersebut dan ditambah pula sebanyak 21 undi dari jumlah ahli parlimen PAS di Dewan Negara. Jumlah undinya baru 109 undi sahaja.

Mampukah undi sebanyak 109 membentuk undi majoriti di parlimen? Jangankan majoriti 2/3, malah untuk dapatkan majoriti mudah pun adalah sangat mustahil.

Hikmah yang sepatutnya dipelajari oleh PAS ialah usahlah gebang besar, beretorik memancing undi dan memberi harapan kosong sekiranya teknikal kira-kira undi pun parti itu gagal mengira dengan baik untuk mendapat kelulusan melaksanakan hudud.

Manakala hikmah yang tersirat yang perlu dipelajari oleh PAS ialah pentingnya umat Islam bersatu dalam politik. Itulah yang paling penting. Untuk menjayakan hudud, PAS perlu dapat sokongan dari semua ahli parlimen beragama Islam.

Sekiranya UMNO, PAS, PKR dan semua umat Islam bersatu di bawah satu payung, saya yakin kita akan dapat menambah jumlah ahli parlimen beragama Islam di Dewan Negara dan ia bakal memudahkan kita menjayakan sebarang usaha mengimarahkan agama Allah di Malaysia.

Jadi, apa untungnya PAS bersama Pakatan Haram yang jelas mempunyai jumlah ahli parlimen beragama Islam yang lebih kecil. Sudahlah mereka tidak menyokong hudud PAS, malah dasar-dasar PAS diketepikan begitu saja. Siapa yang rugi sekarang?

Bila ditegur mengenai “tahaluf siyasi” PAS dengan DAP dan PKR sebelum ini, kita dikatakan cemburu dan irihati. Malah kita dikecam. Padahal, kita hanya kasihan melihat saudara kita diperkuda dan dikeldaikan DAP dan PKR sewenang-wenangnya sejak 2008.

Allah SWT telah berfirman, malah Rasulullah SAW juga pernah bersabda dan menyeru umat Islam supaya bersatu padu serta berpegang teguh dengan “tali Allah”. Tapi dek kerana kuasa politik dan mahu menjatuhkan UMNO, PAS sanggup memecah belahkan umat Islam?

Jika benar pun Pakatan Haram berjaya menguasai Putrajaya, apakah PAS fikir hudud akan terlaksana dan mendapat sokongan di kalangan ahli parlimen Pakatan Haram? Tolonglah realistik sedikit. Baru hendak dibentang pun sudah teruk PAS dikutuk DAP dan PKR, inikan pula bila mereka berkuasa. PAS hanya “daki luar kulit” bagi mereka, sedarkah?

dap-tolak-hudud-pas

Justeru itu, tidak perlulah berdrama swasta lagi di depan rakyat. Mengaku sajalah PAS sendiri belum yakin hudud mampu dilaksanakan. Selagi umat Islam tidak bersatu, selagi ahli politik beragama Islam tidak bersatu, jangan haraplah hudud akan berjaya diimplimentasikan di negara ini.

Berbuih-buih Dewan Ulama dan golongan pro-ulama menggesa supaya tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR dikaji semula, PAS masih berdiam diri. Malah pucuk pimpinan PAS lebih sayangkan Pakatan Haram berbanding perjuangan asal parti itu.

Dalam PAS sendiri tidak bersatu dalam soal ini, bagaimana PAS mahu menganjurkan penyatuan umat Islam yang terpisah dengan pelbagai fahaman politik?

Sebab itulah saya menyarankan PAs supaya tidak beromong kosong tentang hudud. Usah beri harapan palsu pada umat Islam sedangkan parti itu sendiri tahu ia agak mustahil untuk dijayakan buat masa ini.

Berpijak;ah pada bumi yang nyata. Berhentilah berbicara kosong. Kaji dahulu hudud dengan lebih mendalam, bincangkan lagi dengan lebih menyeluruh, fahamkan dulu semua rakyat mengenai hudud.

Paling utama, satukan dulu umat Islam dalam politik negara ini, insyaAllah di kala itu barulah dipermudahkan semuanya. Setelah semua bersedia dan, barulah kita sama-sama laksana serta jayakan apa yang tertangguh. Wallahu’alam.

8 thoughts on “Hudud: PAS Belum Mampu Lagi, Berhentilah Dari Terus Menipu Umat Islam…

  • March 25, 2015 at 6:06 pm
    Permalink

    Jangan tidur lena dgn perangkap yg dipasang,takut2 scenario yg berlaku cuma sendiwara saja

    Reply
  • March 25, 2015 at 7:15 pm
    Permalink

    Sememangnya sandiwara. PAS nak tipu penyokongnya yg kebanyakannya telah mula merasakan PAS bacul dan diperbudakkan oleh DAP. DAP pula nak menegaskan kepada penyokong kafir dan liberal bahawa perjuangannya tetap konsistan walaupun berkawan dg PAS yg lebih ekstrim agama. Tiada isu lain yg lebih menguntungkan pemimpin PAS dan menaikkan kembali sokongan melainkan HUDUD.
    Hanya org yg ditutup mata hati oleh kepentingan kebendaan dan kuasa serta lupa asal usul akan terus ditipu dan tertipu.
    Kalau tiada niat utk menipu dan bersandiwara, dg keadaan suasana panas kini pakatan haram ini sudah hancur berkecai.
    Kalau tiada niat utk menipu dan bersandiwara, nantilah lihat bencana menimpa negara jika pakatan ini dapat memerintah.

    Reply
  • March 25, 2015 at 7:20 pm
    Permalink

    bodoh,cuma persoalan skrg adalah mp bn yg beragama Islam sokong atau tidak itu saja!

    Reply
  • March 25, 2015 at 9:35 pm
    Permalink

    Bodoh …? Sebelum cerita siapa yg bodoh … Majlis Raja2 membenarkan pindaan terhadap Akta 355 atau tidak? Yang dah tahu … tahu le

    Reply
  • March 25, 2015 at 10:04 pm
    Permalink

    bodoh punya apek DAPigs , diputar belit kat BN pulak .. yang apek racist Lim tu melalak dia yak ambil kira hahahaha

    Reply
  • March 26, 2015 at 1:50 am
    Permalink

    Masalah utama nya adalah kesatuan ummah. permuafakatan antara semua parti politik melayu islam & ahli2 parlimen melayu islam. itu yg PAS kelantan buta mata tak nampak bila sibuk nak bentang RUU hudud ni. lepas bentang apa yg dapat ? ZERO. kena ugut , kena kecam dengan Guan eng tokong , menikus cacai2 pas .baik yg berjawatan atau yg tak berjawatan mcm moo & bujuk. semuanya telur masuk ke dalam bila khalifah guan eng dah berfatwa menyeranah haji hadi.

    PAS & PAS kelantan gi belajar matematik dulu sebelum nak bentang pasal RUU hudud. mengira sokongan ahli parlimen pun kucar-kacir , ini sibuk nak tegakkan hudud.

    Aku jamin , ini 1 lagi drama Akasia ciptaan PAS lepas kejayaan drama langkah kajang & drama MB selangor. PAS klu bab berdrama , sapa boleh lawan. dialah nombor 1.

    Reply
  • March 26, 2015 at 2:40 am
    Permalink

    betul , nak bermuafakat sesama Islam pun PAS tak hingin , sebab tu PAS sanggup bermuafakat bersama puak kafir , pengamal LGBT , pejuang murtad , dan golongan pembenci Islam … semuanya dalam PKR dan DAPigs

    Kalau dikaji pun , orang bawahan PAS hingga ke pemimpin PAS sendiri tak hingin bermuafakat sesama Islam , bagi mereka UMNO musuh utama , walaupun mereka terpaksa memperjuangkan seorang yg peliwat dan berpeluk dengan pejuang murtad dan pembenci Islam .. itulah PAS bodohnya makin bertingkat

    Reply
  • March 26, 2015 at 1:20 pm
    Permalink

    Kepada saudara cina malaysia, anda tak perlu tahu sama ada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yg beragama Islam sokong atau tidak bila usul persendirian berkenaan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan dibentangkan (kalau jadi la) di Parlimen suatu hari nanti.

    Ini adalah kerana saudara cina malaysia sendiri kata hokum hudud hanya untuk umat Islam yg melakukan jenayah di bawah enakmen tersebut di negeri Kelantan, malah it is GUARANTEED oleh Menteri Besar Kelantan!!!

    BTW, sejak bila kaum Cina di negara Malaysia CONCERN sangat pasal agama Islam yg mana JELAS kepimpinan negara di bawah pemerintahan org Islam tak pernah menganiaya mana2 kaum atau umat agama lain di Malaysia???

    Jangan lupa saudara2 sekalian, kita teruskan JIHAD berkempen BUY CHINESE LAST!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *