Krisis Air Selangor Bakal “Telanjangkan” Azmin Ali

Share


azmin ali1

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, bermacam-macam musibah melanda negeri itu.  Kemelut yang silih berganti telah melemahkan Selangor sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan ekonomi rakyat.

Apabila Azmin Ali mula memegang jawatan Menteri Besar Selangor, krisis yang melanda negeri itu semakin meruncing. Sebelum ini kita terpedaya kononnya Azmin Ali seorang individu yang berwibawa dan mampu memacu ekonomi Selangor.

“Don’t judge a book by its cover”. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa.  Kegagalan Azmin Ali mengotakan janji dalam masa seratus hari pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Selangor merupakan “sumpahan” terhadap beliau.

Malahan beliau turut menjadi “bahan lawak” apabila isu longkang, sampah, aedes, jalan dan sebagainya disentuh. Lebih-lebih lagi apabila Azmin telah membatalkan dua kontrak besar yang telah dimaterai sejak zaman Khalid Ibrahim lagi.

Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.  Namun beliau mengubah kenyataan apabila menafikan pernah mengumumkan pembatalan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) seperti diumumkan sebelum ini, sebalik­nya hanya membatalkan pembangunannya.

Selepas itu pula, Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan. Kononnya keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.

Ketidak wibawaan Azmin makin tercalar apabila kerajaan persekutuan mendedahkan bahawa kerajaan Selangor pimpinan Azmin gagal melaksanakan peruntukan tertentu yang dipersetujui. Ini termasuk kegagalan syarikat Air Selangor memindahkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi membolehkan PAAB menyediakan peruntukan RM1.68 bilion.

Peruntukan itu adalah bagi membantu kerajaan negeri menerusi Air Selangor mengambil alih syarikat konsesi air seperti Syabas, Puncak Niaga dan ABASS. Dengan kata lain kerajaan Selangor gagal menyelesaikan isu-isu berkenaan bagi membolehkan Perjanjian Utama itu dilaksanakan meskipun diberi tempoh lanjutan diberikan.

Kini krisis air Selangor “menghantui” rakyat lagi. Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran air mentah dan penutupan rumah pam.

Rakyat tahu bahawa pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi masalah bekalan air di negeri itu. Azmin hanya memberi kenyataan retorik tanpa ada pelan tindakan konkrit bagi menghadapi masalah gangguan bekalan air terawat yang terlalu kerap berlaku sekitar Lembah Klang walaupun tiada masalah bekalan air mentah.

Azmin dilihat sebagai lembab dan tidak proaktif untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih. Beliau seolah-olah masih “berbulan madu”. Krisis demi krisis ini bakal “menelanjangkan” Azmin Ali satu persatu. Rakyat Selangor juga yang terpaksa menanggung kesengsaraan.

-MYKMU.net



2 thoughts on “Krisis Air Selangor Bakal “Telanjangkan” Azmin Ali

  • March 24, 2015 at 9:00 pm
    Permalink

    Harap rakyat Selangor faham dengan beban tugas yang terpaksa digalas oleh YB Azmin untuk kesejahteraan rakyat negeri Selangor. Siapa nak panjat lori sampah, siapa yang nak cuci longkang dengan cuci baju utk rakyatnya, siapa nak spay racun serangga untuk hapuskan nyamuk aedes. Atas bebanan tugas² ini menyebabkan beliau membuat keputusan pembatalan projek kidex dan langat 2. Pening arrr…..semua tugas akuu gak yg kena buat.

    Reply
  • March 25, 2015 at 1:19 pm
    Permalink

    Jika pemimpin hanya berpolitik tidak bekerja, negeri akan ditimpa bencana, rakyat akan merana. Segala benda yang diluluskan oleh pemimpin dahulu wajib dibatalkan sekarang , tak kira project itu memang baik dan berguna untuk rakyat. Project2 yang tak berguna, apatah lagi. Jika kerajaan pusat kata warna dinding itu hijau, pemimpin mereka wajib kata bukan hijau tapi dinding itu sebenarnya kuning.

    Itu namanya politik. Kalau mereka mengeya pihak lawan bermakna mereka bersama lawan , sehaluan dan sekata. Maka oleh itu mereka perlu dilihat tidak sehaluan. Jika pemimpin baru teruskan project yang dilhamkan oleh precedesor , kredit bakal diberi pada pemimpin dulu, bukan dia…. maka wajib dibatalkan.

    Politik ialah satu kerjaya gila babi, tidak semua orang boleh berpolitik, tidak semua orang sesuai berpolitik. Politik memerlukan individu yang suka menonjol diri, bermegah2. Yang paling penting pandai bermuka2, membohong dan menipu.

    Contohnya AnwarIbrahim. Semua orang tahu dia miliki nafsu syahwat yang besar, kalah nafsu kuda. Dia lempias nafsu besarnya itu pada perempuan, bini orang dan pelacur, tak kira siapa, asalkan boleh. Tak cukup dengan itu dia perlu lelaki tonggeng belakang untuknya. Ank bininya tahu, sedara maranya tahu. Semua bekas kawan2nya bebas bercerita disana disini mengutuk dia , dimasa ceramah, dimasa berkempen. Mahkamah pun sudah sahkan yang dia memang meliwat dan dia sendiri tidak pernah menyangkal kesahihan bukti yang dikemukan pendakwa kerana dia akan gunakan 2,3 kalimah popular yang dia fikir dapat membantu dia, walau untuk jangkamasa yang pendek. Dia rasa kalimah itu akan menutup dosa dia dan dia paksa semua orang percayakan dia. Dia jual perkataan konspirasi, jual perkataan fitnah dan niat jahat untuk menghapuskan dia. Itulah kalimah popular dia. Disuruh buininya baca teks rekaaan dia, anaknya baca dipelimen dan ustaznya pun mengangkat dia setaraf imam Mahadi. Itu juga dengan membaca teks yang dia sediakan.

    Ini politik namanya. Jika AnwarIbrahim bukan seorang politik dia tidak akan terdaya menangkis semua itu, kerana didalam politik dia ada pengikut. Jika dia tidak berpolitik masakan dia ada pengikut.

    Dan AnwarIbrahim akan terus jadi manusia yang beruntung didunia kerana memiliki penyokong bangang yang tuli serta sengal. Dan mereka ini akan terus menyokong dia hingga kesatu masa sebelum mereka berpaling tadah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *