Hukuman Bunuh Untuk Murtad Punca Hudud Ditolak?

Share


murtad

KOTA BAHRU, 18 Mac- Isu hudud ataupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang sedang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini mengundang kontroversi dikalangan pakatan rakyat.

Sebelum ini, pembentangan hudud tersebut terpaksa ditangguhkan kerajaan negeri pada hujung Disember lalu ekoran banjir besar yang melanda Kelantan.

Kita boleh lihat portal-portal pro pakatan rakyat cuba manipulasi beberapa isu dalam usaha mereka untuk mencetuskan provokasi kebencian terhadap Hudud. Penulis ingin menyentuh salah satu isu yang kelihatan agak menggugat pakatan rakyat iaitu murtad.

Mereka cuba menimbulkan kesangsian terhadap hukuman murtad. Kononnya terdapat percanggahan mengenai hukuman kesalahan murtad dalam pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, dengan dokumen versi bahasa Inggeris menyatakan hukuman mati tetapi versi bahasa Melaysia menyatakan hukuman penjara.

Mengapa hukuman murtad begitu dekat di hati pakatan rakyat? Persoalan ini bukan lagi rahsia memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita menyaksikan beberapa adengan yang melibatkan penghinaan terhadap agama Islam seperti murtad, Kalimah Allah, penjualan arak, judi dan lain-lain lagi.

Beberapa tahun yang lepas, semasa di dalam satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”, Nurul Izzah telah berkata “ Tiada desakan dalam beragama , mana boleh kita kata maaf ini ( kebebasan agama) hanya untuk bukan Islam sahaja ” tapi sekarang ” setelah memeluk Islam ,seorang Muslim tertakluk kepada syariat Islam ” .

MENARIK: Perlembagaan Tidak Benarkan Murtad?

Kenapa Nurul Izzah dipilih sebagai panelis forum tersebut? Adakah ianya satu perangkap terhadap orang Melayu Islam yang terdesak mahukan bapanya menjadi perdana menteri? Ataupun adakah pakatan rakyat amat maklum bahawa keluarga Anwar Ibrahim sememangnya amat liberal dalam Islam?

Penolakkan pakatan rakyat terhadap hudud dilihat seolah-olah bermotifkan “hidden agenda” yang melibatkan “tangan-tangan ghaib”.  Lebih-lebih lagi apabila mereka cuba sedaya upaya mempertikaikan hukuman ke atas pesalah murtad.

Murtad yang disebut sebagai irtidad atau riddah dalam pindaan enakmen itu menegaskan sesiapa secara sukarela tanpa paksaan dengan sengaja atau disedarinya melakukan apa apa perbuatan atau mengungkapkan apa-apa perkataan yang menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah Islam adalah melakukan irtidad.

Sebenarnya kita tahu bahawa usaha pakatan rakyat selama ini untuk memperlekehkan Islam dan bangsa Melayu akan turut gagal sekiranya Kelantan berjaya melaksanakan hudud. Hakikatnya Hudud adalah jawapan kepada jenayah kerana ia sudah ditentukan Allah.

Keraguan yang cuba dicetuskan oleh pakatan rakyat amat tidak berasas. Tidak ada percanggahan dalam kedua-dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berkenaan hudud memandangkan hudud yang digunakan dalam edisi bahasa Melayu juga bermaksud hukuman mati.

Pembentangan hudud ini bakal menyaksikan perpecahan yang lebih besar dalam pakatan rakyat. Hala tuju yang terlalu jauh berbeza bakal menjadi “bom nuklear” yang akan menghancurkan pakatan rakyat sama sekali. Namun ini bakal memberi kekuatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam pula. Insyaallah.

-Mykmu.net



5 thoughts on “Hukuman Bunuh Untuk Murtad Punca Hudud Ditolak?

  • March 18, 2015 at 5:20 pm
    Permalink

    Hukum bagi murtad memangnya dibunuh. Islam tidak bunuh orang kafir tetapi bunuh orang murtad. Itu pun setelah sipemurtad diberi peluang untuk kembali dan bertaubat. Diberi peluang untuk masa tertentu supaya bermuhasabah diri dan berfikir tentang kebaikan/kemuliaan Islam lalu kembali semula.

    Proses itu bukan sehari dua, seminggu dua tapi lama. Selepas habis semua jalan dan ikhtiar baru sipermurtad dipancong lehernya. Ini hudud. PKR ngeri.. apa agenda PKR sebenarnya jika mereka menghalang kerana sebab itu.?

    Reply
  • March 18, 2015 at 10:11 pm
    Permalink

    Kita perlu kaji semula hukum bunuh terhadap murtad….di dalam teks alQuran tiada nas menyatakan kesalahan murtad wajib dibunuh kecuali pelaku murtad telah melakukan kesalahan mengintip & menjual rahasia pada pihak lawan setelah melakukan pembunuhan demi melajukan proses pengkhianatan. Itulah dia dikata hukum bunuh pada simurtad kerana melakukan 2 kesalahan….1). Melakukan paling tadah/desertion terhadap organisasi/negara & 2). Membunuh orang. Pernah berlaku satu kes di mana seorang dari kumpulan syiar islam pimpinan nabi Muhamad telah menjual maklumat pada pihak lawan. Akibatnya pihak musuh berjaya menawan kumpulan tersebut dan sipengkhianat tersebut ketika melarikan diri bersama rombongan kafilah/caravan telah membunuh seorang. Kejadian ini telah dapat diketahui oleh kumpulan syiar islam pimpinan nabi dan laki-laki tersebut telah dapat ditangkap lantas dikenakan hukum bunuh atas dua kesalahan iaitu berpaling tadah & membunuh. Tindakan pembunuhan terhadap laki-laki berkenaan bukan disebabkan kesalahan murtad/berpaling tadah (desertion)tetapi membunuh orang.

    Itulah senario sebenar pembunuhan terhadap si murtad kerana kesalahan membunuh…setakad murtad nabi Muhamad tidak tergamak mengenakan hukuman bunuh yang sangat kejam dan tidak adil. Kisah ini berpandukan pada satu hadis yang dipercayai soheh….!!!!!

    Reply
  • March 19, 2015 at 12:17 am
    Permalink

    hukum bunuh kepada orang Islam yang murtad ialah jenis yang sudah murtad tapi menunjukkan penentangan(menjadi musuh) terhadap Islam…harus kita ingat Islam ditakrif sebagai agama persekutuan bagi negara kita, maknanya Malaysia ialah negara Islam walaupun orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka masing-masing

    jika selepas murtad seseorang itu didapati menyebar dakyah membenci Islam atau menyebar ajaran agama barunya kepada orang Islam untuk tujuan memurtadkan orang Islam maka ini boleh juga dianggap menunjukkan penentangan(menjadi musuh) terhadap Islam

    hukum bunuh itu boleh kita rumuskan sebagai sesuatu yang tuntas untuk diberi keutamaan sebagai hukum yang boleh memberi kegerunan kepada orang Islam yang murtad baik secara senyap atau secara terbuka(diketahui melalui media masa) kerana sekiranya dia murtad hukum bunuh itu boleh dikenakan jika dia menunjukkan penentangan(menjadi musuh) itu terhadap Islam

    Reply
  • March 25, 2015 at 12:49 am
    Permalink

    Penentangan berbentuk militansi keagamaan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa & harta benda terhadap rakyat terutama penganut agama islam wajib dihukum bunuh mengikut sistem keadilan yang absah menerusi penghakiman mahkamah…..tetapi penentangan secara penyebaran ideologi melalui psikologi mesti dihadapi dengan pemikiran inteleketual yang tinggi bagi mengekang penularannya. Kezaliman ditentang dengan kezaliman jarang mencapai hasil yang dihasratkan 100% malah membarakan lagi bahang permusuhan. Hukuman bunuh bukannya satu pendekatan yang sesuai kini untuk membenteras kemurtadan malah membiakkan lagi perasaan kebencian….lihatlah pertelingkahan umat muslim berkaitan penaksuban terhadap mazhab-mazhab sentiasa bergelora sejak selepas kewafatan Muhamad selaku Rasullah hingga kini. Apa yang penting kita wajib mengambil satu resolusi untuk memfomulasikan satu kaedah pernarbiahan lebih islami ke arah penyatuan ummat muslim jagat. Peperangan menggunakan kaedah autoritarian teoligis yang kaku tidak akan mendatangkan apa-apa kejayaan secara total. Ideologi mesti ditentang secara kaedah psikologis bukannya teknik-teknik magis yang terlahir secara minda biologis.

    Dalam teks alQuran pernah menyebut ” Tiada paksaan dalam agama “…..cuma beberapa perlakuan yang ditetapkan hukuman seperti sebatan & pemotongan tangan kerana perlakuan ini akan merunsingkan jiwa manusia yang beriman. Berkaitan keyakinan & akidah memang tiada paksaan di dunua kecuali pembalasan di akhirat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *