Hukum Hudud Allah atau Hudud P Ramlee?

Beberapa media massa melaporkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan dalam persidangan DUN Kelantan hari ini menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta’zir, mengekalkan hukuman hukuman rejam sampai mati, sula dan salib.

Jika laporan ini benar, kita mahu mendengar hujahan Ulama-ulama Pas dari mana mereka mengambil hukuman sula sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam. Surah mana di dalam al-Quran atau Hadis Sahih mana yang menjadi ikutan tukang draf Undang-undang ini.

hudud

Sungguhpun boleh diperbahaskan bahawa hukuman salib hanya untuk mereka yang berperang dengan negara Islam atau berperang dengan Islam bukannya perompak atau pencuri biasa, namun bentuk hukuman tersebut memang di sebut dalam surah al-Maidah ayat 33:

“… balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

Kita menerima hukuman rejam sampai mati kerana walaupun tidak terdapat dalam al-Quran tetapi masih dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan beberapa syarat yang sangat ketat.

Namun hukuman sula ini hanya ada dalam hudud filem Semerah Padi, P. Ramlee sahaja. Justeru ketika Pas dan UMNO menyokong draf undang-undang ini, kita tertanya-tanya apakah sokongan ini merupakan satu kesungguhan melaksanakan syariat Islam atau permainan politik semata-mata.

Laporan Astroawani.com

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selesai membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Ahmad pada jam 11 pagi tadi dan turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, perbahasan pindaaan enakmen tersebut ditangguhkan hingga ke pagi esok.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah:
Sariqah (mencuri)
Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
Zina termasuk liwat
Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
Syurb (minum arak atau memabukkan)
Irtidad (murtad)
hudud 1
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang dibentangkan di DUN Kelantan hari ini

hudud 2
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993

Mengikut Rang Undang-undang tersebut, enakmen itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya.

Dalam ucapan itu, Ahmad memberi jaminan bahawa undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

“Di sini saya nak jelaskan bahawa Kanun Jenayah II adalah terpakai kepada orang Islam sahaja iaitu orang Islam yang mukalaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun ini, di negeri ini.

“Ini bermakna, Kanun ini sama sekali tidak terpakai ke atas orang bukan Islam,” tegasnya.

Selain itu, pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang dibentangkan di DUN Kelantan hari ini menetapkan kesalahan murtad boleh dikenakan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Murtad yang disebut sebagai irtidad atau riddah dalam pindaan enakmen itu menegaskan sesiapa secara sukarela tanpa paksaan dengan sengaja atau disedarinya melakukan apa-apa perbuatan atau mengungkapkan apa-apa perkataan yang menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah Islam adalah melakukan irtidad.

“Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh mana-mana orang atau keadaan,” menurut Bahagian 22 pindaan enakmen tersebut.

Selain itu, dalam ucapannya juga Ahmad berkata, pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkannya hari ini adalah “golongan yang tidak beriman”.

Beliau merujuk kepada pihak yang mendakwa enakmen jenayah syariah itu sebagai “zalim dan tidak berperikemanusiaan”.

“Tuduhan yang menyatakan undang-undang ini zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah tuduhan liar yang terbit dari hati orang-orang yang tidak beriman,” katanya.

Pindaan yang dibentangkan hari ini memansuhkan peruntukan yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam, sama ada ingin dibicarakan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang sivil.

Selain itu, ia turut meminda peruntukan yang memberi pengecualian dari hukum hudud, termasuk peruntukan untuk tidak memotong tangan seseorang pencuri yang sudahpun cacat di sebelah tangan, dan sekiranya pesalah itu memperoleh hak mengikut undang-undang ke atas harta yang dicuri itu, sebelum penghakiman dibuat.

Pengecualian yang dibuat hari ini adalah sama seperti yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syraiah (Hudud dan Qisas) yang dibentangkan oleh PAS ketika mentadbir Terengganu pada sidang DUN negeri itu pada 2003.

Pindaan ketiga yang dibuat ialah beban bukti bagi mereka yang melaporkan kes zina dan liwat, di mana di bawah enakmen yang sedia ada, sesiapa yang membuat tuduhan zina atau liwat tanpa empat orang saksi boleh dikenakan hukum qazaf.

Rang undang-undang baru ini juga membolehkan penuduh memberi keterangan melalui syahadah atau bayyinah (keterangan yang jelas) dan kebal daripada hukuman jika kemudiannya ditentukan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan salah laku itu.

Manakala pindaan keempat melibatkan kesalahan liwat antara suami dan isteri, yang memperuntukkan hukuman ta’zir sekiranya didapati bersalah.

Pindaan baru ini juga memansuhkan peruntukan yang menyatakan perbuatan seks antara perempuan, necrofilia (mayat) dan binatang sebagai jenayah.

Bagaimanapun, Rang Undang-undang itu mengekalkan hukuman rejam sampai mati, sula dan salib.

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-politik/mb-kelantan-selesai-bentang-pindaan-enakmen-hudud-adun-umno-sokong-55895?cp

14 thoughts on “Hukum Hudud Allah atau Hudud P Ramlee?

  • March 18, 2015 at 7:09 pm
    Permalink

    ini hudud PAS aka P Ramleee…!!..mana ada hudud lain lain…hudud ALLAH mesti semua kene adil..
    semua orang mesti kene kalau buat salah…

    Reply
  • March 18, 2015 at 7:19 pm
    Permalink

    selagi tak dikenakan terhadap org cina aku sokong 100%!

    Reply
  • March 18, 2015 at 8:30 pm
    Permalink

    hukuman ni sbnrny untuk mendidik bukan menzalimi…lagipun sistem nie dah diguna pakai sejak zaman melayu melaka..maju tak melaka? bila jenayah berkurang produktiviti makin bagus…lagipun org berani ke buat jenayah bila hukuman macam tu? kalau berani berani lah tanggung…bukan dikenakan je semua org…pesalah y benar2 salah je

    Reply
  • March 18, 2015 at 9:00 pm
    Permalink

    Orang kafir di persilakan ke Kelantan untuk berzina. Tak perlu risau.

    Kita semua kena faham dalam wilayah Islam orang kafir pun (yahudi dan Nasrani) jika berzina kena ada undang-undang dan di hukum menurut cara mereka. Orang Islam bawah hudud.

    Dengan kata lain perzinaan hendaklah dihalang tak kira orang Islam atau tidak. Sanggupkah Kelantan membuat undang-udang dengan perundingan pemimpim agama bukan Islam untuk mengenakan hukuman perzinaan kepada penganut mereka menurut cara mereka (jika ada)? Jika sanggup adakah Kelantan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya?

    Sementara tidak boleh ini jangan mendabik dada mengatakan Kelantan sudah buat undang-udang Islam sedangkan sebenarnya tidak (i.e kes zina iaitu orang kafir masih berzina dengan bebas dan halangan di bumi Kelantan)

    Keduanya HUDUD ialah tugas pemerintah BUKAN TUGAS rakyat.

    Maka adalah sesuatu yang pelik dan atau sebenarnya haram kerana Hudud Kelantan DIBUAT OLEH RAKYAT MELALUI WAKIL RAKYAT (ADUN) DI DEWAN RAKYAT (DUN) DAN DI PERKENANKAN OLEH SULTAN.

    SEPATUTNYA HUDUD DI BUAT OLEH SULTAN SENDIRI SEBAGAI PEMERINTAH TANPA PERBINCANGAN DUN DAN TANPA PERKENAN SESIAPA TERMASUkLAH RAKYAT MELAINKAN ALLAH.

    Atas sifat ini HUDUD KELANTAN HARAM kerana di perbuat dan dilaksanakan oleh RAkyat bukannya pemerintah.

    (ampun Tuanku) Tuanku Sultan KElantan telah di salah nasihat. TUANKU SEPATUTNYA MEMBUAT HDUUD SEPERTI SULTAN BRUNEI SECARA PEMERINTAHAN DAN KUDRAT MELALUI JAWATANKUASA LANTIKAN SULTAN SENDIRI TANPA PENGLIBATAN RAKYAT – SEPERTI DI KELANTAN RAKYAT YANG BUATKAN HUDUD UNTUK TUANKU MELALUI DEWAN PERUNDANGAN NEGERI. TUANKU CUMA PERKENAN SAHAJA. TANGGUNGJAWAB TUANKU UNTUK MEMBUAT HUDUD SEBAGAI PEMERINTAH MASIH BELUM TERLEPAS KERANA TUANKU TIDAK MEMBUATNYA SENDIRI (DENGAN BANTUAN JAWATANKUASA DAN PENASIHAT. TUANKU JUGA MELEPASKAN KUASA MERANGKA HUDUD KEPADA RAKYAT SECARA TIDAK SEDAR – AKIBAT SISTEM NEGARA KITA INI.

    Reply
  • March 18, 2015 at 9:38 pm
    Permalink

    Hudud dikuatkuasakan pada setiap penganut islam bukannya pada melayu sahaja tetapi terkena juga pada etnik cina,tamil dll yang beragama islam……..

    Reply
  • March 18, 2015 at 11:58 pm
    Permalink

    kita minta ulama PAS diberi peluang terlebih dahulu menjelaskan ayat mana dalam al-Qur’an menceritakan tentang hukum sula ini…aku sarankan dari gelaran negeri serambi mekah Kelantan patut tukar kepada gelaran negeri semerah padi

    ——————————————————————————–

    “Pindaan ketiga yang dibuat ialah beban bukti bagi mereka yang melaporkan kes zina dan liwat, di mana di bawah enakmen yang sedia ada, sesiapa yang membuat tuduhan zina atau liwat tanpa empat orang saksi boleh dikenakan hukum qazaf.”

    pindaan diatas juga tidak jelas, banyak persoalan antaranya sama ada ianya terpakai kepada suami-isteri beragama Islam sahaja atau kepada individu(lelaki dan perempuan) beragama Islam juga yang belum berkahwin…tiada 4 orang saksi tapi bagaimana dengan bukti(qarinah) supaya hukum qazaf tidak dikenakan terhadap orang yang menuduh?

    Reply
  • March 19, 2015 at 1:02 am
    Permalink

    satu hari ng kor ming telah bercakap(menegur) dengan seorang lelaki melayu di Kelantan yang menceroboh tanahnya(hasil pemberian nik aziz):

    nga kor ming: lu kalau curi ini satu pokok balak pun boleh kena potong tangan tapi wa curi beribu pokok balak talak boleh kena potong tangan

    lelaki melayu Kelantan: (sila buat ‘dialogue’ sendiri)

    hehehehehe

    Reply
  • March 19, 2015 at 8:10 am
    Permalink

    Utk jadi pemimpin kna berani.Apalagi brni krn benar.Perlaksanaan hukum krn syariat.Undang2 utk semua.Knp perlu pengecualian kpd selain Islam.Adakah krn takut Pkr aka Dap?aka takut hilang undi?.Dulu hudud adalah senjata utk menghukum Umno.Dipolitikkan.Skrg Umno dah sokong.(Jamil).Knp ada pengecualian?
    Dipolitikkan lagi.
    Apb Tghh berjbt tangan dan berpelokan dgn kapiak harbi, perlaksanaan hudud bkn agenda utama.Utama lg negara berkebajikan.Skrg Tghh sedang ditendang terajang oleh pakatan.Hudud sekali lagi dibacakan.Dipolitikkan lagi.
    MB Kelantan.Hidup ni tak lama.Pedulikan dgn parti dan undi.MB tu unian Allah buat kamu.Teruskanlah.Jgn takut dgn Husam,Mat Sabu,Mahfuz, Hatta @NUAR (TK NAJIB dah ikat).Mreka tu musuh kamu sebenar.
    Berpolitiklah utk menegakkan agamamu dimuka bumi ini bukan menggunakan agama utk
    Menjaga periuk politik kamu kelak nanti kamu jual kesuciannya, kamu nodai kesyumulannya.Takutlah azab balasannya.

    Reply
  • March 20, 2015 at 10:32 am
    Permalink

    Depa tengok filem Semerah Padi kot dpt idea hukum zina kena sula

    Hehehehehe

    Reply
  • March 21, 2015 at 1:06 am
    Permalink

    Hukum sula pada penzina…? Itu sebab MAZA naik angin terhadap Kazim Elias kerana suka menggunakan hadis yang diragui kesohehannya untuk mewajarkan pendapatnya. MAZA mempunyai kewibawaan terakru di dalam menyaring setiap hadis bagi menentukan kesohehannya berbanding dengan Kazim Elias…..!!!!

    Reply
  • March 21, 2015 at 1:15 am
    Permalink

    Masaalahnya kini ada kelompok mempergunakan islam untuk kepentingan peribadi bermotifkan politik. Hudud difokuskan sebagai idealisme perjuangan mereka tetapi tidak mengikut ajaran islam yang sebenar mengikut teks alQuran sebagai sumber primer…….contohnya pesalah zina dihukum rejam sampai mati. Padahal sudah jelas Allah berhukum 100 sebatan. Dari sumber manakah hukuman zalim lagi tidak adil ini dijadikan bahan rujukan sekunder….?

    Cuba jelaskan sebagai satu pencerahan….!!!!

    Reply
  • March 27, 2015 at 7:08 pm
    Permalink

    Masyaallah..Terserlah satu lagi KeJAHILan lawyer cabuk krn mengaitkan Hukum Sula dgn Hudud & lawyer cabuk main sedap mulut membuat TUDUHAN bahawa Hukum Sula adalah Hudud P. Ramlee. Kenapa begitu ? kerana lawyer cabuk adalah sebenarnya masih Jahil dlm banyak perkara, TIDAK tahu jalan Agama Islam yang bersambung (Sanad) dari Tanah Melayu sampai kpd Rasulullah SAW. Sepatutnya lawyer cabuk mengumumkan bahawa beliau TIDAK TAHU atau TIDAK PASTI dari main sedap mulut buat tuduhan, itu lebih Selamat utk lawyer cabuk, kerana Allah tahu siapa lawyer cabuk ni.
    .
    Utk pengetahuan semua: Para Ulama’ SILAM di Nusantara telah bersepakat (ijma’) memilih & menetapkan hukum Sula sebagai Ta’zir (BUKAN Hudud, beingat: Hukum Ta’zir adalah juga Hukum Islam). Sila rujuk TA’ZIR dari sumber2 lain. Para Ulama’ silam telah pun meninggal Dunia & P. Ramlee juga telah meninggal Dunia. Bagaimana lawyer cabuk memohon ampun dari mereka. Lebih baik lawyer cabuk buat Taubat Nasuha sebelum terlambat, agar Tidak ditimpa Khifarat Allah nanti.
    .
    Bagaimana lawyer cabuk boleh memohon Ampun drpd mereka semua krn telah membuat Tuduhan Palsu terhadap mereka ? Kpd lawyer cabuk yg dihormati, sila cepat2 bertaubat & mengumumkan penarikan-balik segala tuduhan lawyer cabuk yg tidak berasas.
    .
    Sila baca yg berikut & fahami:
    .
    Hukum Sula adalah dlm kategori ta’zir ( Arab: تعزير ) diKENA keatas pesalah2 berikut:
    .
    Pesalah yg telah disabitkan dgn kesalahan berZina yang kemudiannya meLAWAN saksi-saksi Sah, hakim atau penguasa sebagai satu usaha utk mengelak dari ditangkap & dikenakan hukuman Hudud Allah (Rejam sampai mati utk yg telah berkahwin atau Sebatan utk belum berkahwin) hingga menCEDERAkan atau memBUNUH saksi sah atau hakim yg menghukum, atau penguat-kuasa yg menangkap. Maka, pesalah ini dihukum dgn Hukum Sula sampai mati. Hukum Sula dijalankan TANPA mengira samada pesalah zina ini belum berkahwin atau sudah berkahwin.

    Hukum Sula, iaitu menekan galah panjang yang tajam ke lubang dubur pesalah utk mendatangkan Sakit yg Amat terlebih dahulu, hingga galah tersebut keluar melalui mulut pesalah hingga menyebabkan kematian. Kemudian galah tersebut dipacakkan kedlm lubang hingga galah tersebut tegak bersama pesalah yg tersiksa hingga mati. Hukuman Sula adalah pengajaran utk umat agar tidak melawan hukuman Hudud jika dijatuhkan keatas mereka.

    Hukum Sula juga dikenakan keatas pesalah2 lain seperti askar yg lari dari peperangan, peniru mohor diraja, petualang atau penderhaka kpd Raja, pengintip & pembuat fitnah yg menyebabkan pergaduhan atau peperangan yg menyebabkan kematian & sebagainya.

    Hukum Ta’zir juga boleh melibatkan hukuman denda, sebatan, penjara, bunuh secara pancung atau tembak, pasung, salib, buang negeri, khidmat masyarakat & sebagainya & diputuskan & di”Gazette”kan oleh hakim2 atau qadhi2 bersama-sama persetujuan wakil2 ummat utk satu-satu kesalahan dalam satu-satu wilayah bangsa yg beragama Islam secara sepakatan. Sebatan atau gantung sampai mati utk pesalah kes dadah di Penjara Pudu dikategorikan sebagai Hukum Ta’zir, BUKAN Hudud. Sila rujuk Ta’zir dari sumber2 lain utk pengetahuan lanjut.

    Sekian Wassalam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *