Siapa Biaya Keluarga Sirul ke Australia, Atas Tujuan Apa?

Share


altantuyaa-trialBekas anggota polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu sepatutnya berada dalam penjara Malaysia. Namun beliau melarikan diri ke Australia dan sekarang berada di bawah tahanan imigresen negara tersebut.

Sekarang ini Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar sedang sibuk mengaturkan pertemuan sirul dengan ibunya Piah Ahmad di Sydney. Malaysiakini.com memetik kenyataan Bendahari PAS Asmuni Awi, yang turut mengikuti rombongan itu, bahawa pertemuan itu akan berlangsung di pusat tahanan imigresen di Villawood, dekat Sydney.

“Kami sudah mendaftar masuk ke hotel dan dijadual bertemu Sirul esok,” kata Asmuni, yang bertindak sebagai peguam Mahfuz, kepada Malaysiakini melalui SMS.

Asmuni berkata mereka sampai ke Sydney kira-kira jam 11,30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan panjang.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Persoalannya siapakah yang membiayai rombongan ini ke Australia. Apakah ia dibiayai oleh Pas atau badan bukan kerajaan tertentu? Mengenai Mahfuz Omar agak mustahil ahli Parlimen Pokok Sena ini mengeluarkan wang sendiri.

Mengapakah mereka mahu membiayai kos leawatan pimpinan Pas dan keluarga Sirul ke Sydney jika tiada kepentingan politik atau motif perniagaan? Setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin Pas berani mengatakan Sirul tidak bersalah kerana mereka tahu fakta kes bahawa Sirul adalah seorang pembunuh.

Justeru kita lihat setiap titik perjuangan Mahfuz Omar ialah ke arah mahu Sirul mendedahkan siapa yang mengarahkan beliau membunuh Altantuya. Mengapa Mahfuz begitu berazam memainkan isu ini? Kerana mereka mahu mengaitkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak sebagai dalang di sebalik pembunuhan ini.

Sirul tidak akan menunding jari kepada Mohd Najib Razak kerana beliau tidak pernah mendapat arahan daripada Mohd Najib. Mohd Najib sendiri tiada sebab untuk mengarahkan Sirul kerana masalah Altantuya ialah dengan Razak Baginda bukannya dengan Mohd Najib.

Ini semua sandiwara untuk menjatuhkan air muka Mohd Najib Razak. Mahfuz tahu Sirul tidak maksudkan Mohd Najib namun sandiwara ini dipentaskan untuk memberi gambaran kepada sebahagian rakyat seolah-olah Mohd Najib terbabit.

Tidak mustahil tujuan membawa keluarga Sirul berjumpa dengannya adalah untuk memujuk Sirul menuduh Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya mengungkapkan ugutan mahu mendedahkan dalang di sebalik pembunuhan tersebut secara samar-samar. Ini akan meneruskan “Character assassination” ke atas Mohd Najib.

Itu tujuan Mahfuz yang kita tahu hanya “si bodoh” seperti beliau sahaja sanggup membiarkan dirinya diketawa satu Malaysia.

Namun siapa yang membiayai “si bodoh” ini merupakan satu misteri lagi. Selain daripada Anwar Ibrahim mahu menghilangkan fokus kepada kesnya, tidak mustahil serangan ini turut dilakukan sebagai persediaan menjelang Perhimpunan Agung UMNO tahun hadapan.

Beberapa tahun lalu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan serangan dan usaha merosakkan imej Mohd Najib Razak dalam kes Altantuya dibiayai oleh kumpulan tertentu yang mahu menghalang Najib menjadi Perdana Menteri?

Apakah kumpulan ini masih berfungsi dalam mengatur sesuatu menjelang pemilihan akan datang?

Jika benar, yang untung ialah Mahfuz, dari Anwar Ibrahim pun dapat dari musuh Najib dalam UMNO pun dapat. Nampak bodoh pun tidak mengapa asal “masyuk”.



9 thoughts on “Siapa Biaya Keluarga Sirul ke Australia, Atas Tujuan Apa?

  • March 2, 2015 at 5:18 pm
    Permalink

    dari awal kes ini lagi ketika zaman Pak Lah, TPM ketika itu DSNajib diserang bertalu-talu oleh PR , mengaitkan pelbagai skandal yang tidak satu pun terbukti. Ini kerana mereka mahu menghalang DSNajib menjadi PM.

    “Sirul tidak akan menunding jari kepada Mohd Najib Razak kerana beliau tidak pernah mendapat arahan daripada Mohd Najib. Mohd Najib sendiri tiada sebab untuk mengarahkan Sirul kerana masalah Altantuya ialah dengan Razak Baginda bukannya dengan Mohd Najib. ”

    ayat penul;is diatas amat jelas ada gerakan ingin mensabitkan kematian model mongolia ini dengan DSNajib, namun kegagalan mereka untuk membuktikan di mahkamah tidak berakhir disitu malah diheret ibu Sirul bagi menukar atau memujuk Sirul untuk ucap ayat yang boleh menyabitkan DSNajib…

    Reply
  • March 2, 2015 at 5:18 pm
    Permalink

    adakah perbelanjaan misi ini dibiayai oleh tabung Milo ceramah?

    Reply
  • March 2, 2015 at 6:34 pm
    Permalink

    Sesiapa yg sengaja memfitnah, menuduh dan merancang semua itu lambat laun akan memakan diri sendiri.
    Sama2 kita tunggu dan lihat.
    Nampaknya yg kalut ribut adalah yg mereka membuat perancangan fitnah.

    Reply
  • March 2, 2015 at 8:24 pm
    Permalink

    Bagi jiwa orang-orang yang jahat tiada msaalah untuk membuat fitnah asalkan dapat manfaat politis,ekonomis & sosial…itulah doktrin yang disuburkan dalam minda setiap individu dalam barisan pembangkang yang akan menghasilkan kejayaan supaya kerajaan BN terutamanya DS Najib akan tumbang menadbir negara ini. Motif utama mereka hendak menjatuhkan BN…..baru puas hati mereka konon-kononnya…..!!!!

    Reply
  • March 3, 2015 at 1:24 am
    Permalink

    kesian rakyat kelantan , kena banjir teruk tapi akhirnya PAS lebih suka tolong dan sanggup sponsor duit untuk penjenayah .. nasib baik ada kerajaan UMNO yang sanggup tolong rakyat kelantan

    Reply
  • March 3, 2015 at 7:34 am
    Permalink

    lagi kesian totok PAS yang dah kene kencing dengan badut maharajalawak PAS ni…
    pasal fitnah PAS sanggup jadi barua aljuburi…mahposs nak melancong sebenarnya tu…bukan nak pi jumpa sirul.hahahhaa

    Reply
  • March 3, 2015 at 7:44 am
    Permalink

    Pihak Polis hendak lah tegas terhadap pihak yang melawat Sirul di Australia. Mereka ini perlu didakwa kerana bersubahat dengan seorang penjenayah yang dihukum mati yang melarikan diri. Pihak Polis jangan melopong tengok keatas sahaja apabila pihak pembangkang sedang mempermainkan undang undang malaysia.

    Reply
  • March 3, 2015 at 1:08 pm
    Permalink

    Tuduhan persubahatan jenayah terhadap Mahfuz memang sukar kerana tidak relevan langsung dengan kehendak seksyen 107 Kanon Keseksaan. Sebab itulah polis sentiasa senyap tanpa siasatan.

    Inti seksyen 107:-

    Menghasut mana-mana orang supaya melakukan sesuatu perkara,

    atau

    Mengambil bahagian bersama-sama dengan seseorang lain atau beberapa orang dlam apa-apa pakatan jahat bagi melakukan perkara tersebut,di mana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang berlaku menurut pakat jahat itu bertujuan hendak melakukan perkara itu,

    atau

    Dengan sengaja membantu melakukan perkara itu dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa peninggalan yang menyalahi undang-undang.

    Berasaskan fakta-fakta di atas adakah polis boleh menahan,menyiasat & mendakwa Mahfuz atas kesalahan persubahatan jenayah dalam kes pembunuhan Sirul …? Pegawai polis memang terlatih supaya mahir dengan penafsiran perundangan secarandan menjalankan tugas hakiki secara profesional mengikut Akta Polis 1967 & perundangan lain yang berkuatkuasa.

    Rasional adalah kunci utama profesion polis bukan mengikut emosi melulu….!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *