Saman PM Diperlekehkan, Hukuman Penjara Anwar Dipersoalkan

Share


KUALA LUMPUR, 2 Mac- Beberapa tahun yang lepas, pihak pakatan rakyat dengan angkuhnya telah melancarkan bermacam-macam fitnah terhadap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib dan keluarga beliau. Rakyat telah lama mendesak PM mengambil tindakan yang tegas terhadap pakatan rakyat seperti saman dan sebagainya.

Sebelum ini Utusan Online melaporkan, PM bakal menyaman portal Harakahdaily . Ianya berikutan dengan tindakan Harakahdaily memfitnah PM dan Riza dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)’ diterbitkan pada 19 Februari.

Tindakan yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB merupakan satu “fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan”. PM telah mengarahkan agar peguam beliau mengambil tindakan undang-undang yang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut.

saman PM

Pakatan rakyat telah memperlekehkan PM kita kononnya PM tidak akan berani menyaman Harakah kerana beliau tidak akan sanggup “mendedahkan” dirinya di mahkamah. Mereka mengambil contoh surat ugutan menyaman portal Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) – Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) oleh Datuk Seri Najib yang tidak dilaksanakan sehingga kini. Bagi pakatan rakyat, surat yang pernah dihantar kepada kepada Malaysiakini, Rafizi dan Pua hanya sekadar nota tuntutan sahaja.

Mungkin sudah sampai masanya, pakatan rakyat “diajar” secukupnya atas kebiadapan mereka. Sikap tolak ansur yang telah ditunjukkan oleh PM kita langsung tidak dihargai. Malahan Rafizi turut mencabar PM menyaman beliau terlebih dahulu sebelum menyaman pihak lain memandangkan beliau juga pernah menerima “surat ugutan” begitu sebelum ini.

Pakatan rakyat dilihat turut menghasut agar lebih ramai pihak mengkritik PM dengan “momokan” jangan takut dengan “ugutan saman”.

Oleh itu tidak hairanlah apabila Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob telah mengeluarkan kenyataan dengan angkuh bersedia berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mahkamah ekoran “fitnah” beliau yang disiarkan Harakahdaily bulan lepas walaupun telah menerima surat saman dari PM.

Persoalannya, mengapakan begitu biadap sekali pakatan rakyat apabila ianya melibatkan mahkamah? Adakah kerana mereka menguasai Majlis Peguam maka mereka dengan penuh keyakinan kemenangan ditangan mereka? Mungkin pihak SPRM perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap para hakim dan pendakwaraya.

Rakyat tertanya-tanya kenapa pula pakatan rakyat “double standard” dalam kes Limat II Anwar Ibrahim. Mereka menuduh sistem kehakiman dengan bermacam-macam fitnah. Maksudnya mereka hanya percaya kepada mahkamah dalam kes-kes terpilih sahaja. Dalam perkara ini sebenarnya pakatan rakyat telah terperangkap dalam permainan kotor mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.


2 thoughts on “Saman PM Diperlekehkan, Hukuman Penjara Anwar Dipersoalkan

  • March 2, 2015 at 5:32 pm
    Permalink

    harakah ini tunggu bersepai kena tutup sahaja…mereka bukannya menjadi lidah Pas, tapi lidah perjuangan anwar berahi

    Reply
  • March 3, 2015 at 7:25 am
    Permalink

    Harakah dah jadi lidah dan bontot nuar je..

    sebenarnya diaorang takut ..sebab takde duit nak bayar..dulu kan dah kene…kalau kene kali ni..mau bungkus harakah terus..hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *