Bila Pas Lebih Percaya Cakap Pembunuh Dari Mahkamah

Share


Bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang melarikan diri ke Australia setelah didapati bersalah membunuh seorang warga Mongolia, Altantuya Saribu mendakwa beliau hanya mengikut apa yang diarahkan.

Bercakap kepada Malaysiakini.com, Sirul berkata, “Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat.”

Siapakah yang mengarahkan Sirul masih merupakan misteri yang sukar dirungkaikan kerana beliau sendiri tidak pernah mendedahkan di dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Namun apa yang boleh disimpulkan ialah Sirul sedang mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya dari tali gantung.

Seseorang pembunuh akan berkata apa sahaja demi menyelamatkan nyawanya. Justeru cakap-cakap secara samar Sirul ini seolah-olah beliau menganggap kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia boleh ditakutkan dengan pembohongan beliau.

altantuyaa-trialJika benar seseorang mengarahkannya beliau tentu telah mendedahkan ke dalam Mahkamah. Malah beliau juga boleh mendedahkan sebaik sahaja melarikan diri ke Australia. Namun beliau memilih untuk bermain tarik tali mungkin untuk mencari jalan mengugut mastermind sebenar di sebalik pembunuhan tersebut.

Malah tidak mustahil Sirul kini dibayar oleh pembangkang untuk membuat kenyataan-kenyataan yang memburukkan Perdana Menteri dan Barisan Nasional. Sirul sudah tidak boleh pulang ke Malaysia. Beliau perlukan sokongan antarabangsa untuk mendapat suaka politik dan sokongan kewangan bagi meneruskan kehidupan di luar negara.

Penulis percaya sudah ada usaha untuk meyakinkan sirul untuk membuat tuduhan-tuduhan politik dengan pelbagai janji bantuan untuk terus hidup di luar negara.

Ramai berasa hairan mengapa Mohd Najib memberi respon kepada kenyataan Sirul ini sebagai “utter rubbish”. Mohd Najib membuat kenyataan terbabit kerana Pakatan Rakyat dengan pantas cuba mengaitkan beliau. Mohd Najib hanya menyatakan satu pembohongan mengaitkan beliau.

Bagi Pakatan Rakyat inilah peluang mereka untuk membabitkan Mohd Najib setelah cubaan pertama dahulu gagal, apabila Tian Chua dikesan memalsukan gambar kononnya Mohd Najib sedang makan malam dengan Altantuya dan Razak Baginda.

Justeru apabila Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar, bergegas ke Australia untuk bertemu dengan pembunuh bernama Sirul ini kerana beliau merasakan ini peluang mahu menjatuhkan Mohd Najib. Apakah janji atau “deal” yang dibuat?

Harapan Mahfuz dan Pas ialah Sirul akan berkata Mohd Najib mengarahkan beliau membunuh Altantuya. Apakah Pas akan bersusah payah jika pembunuhan upahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Mohd Najib?

Pernah kita lihat Pas bersusah payah mencari dalang di sebalik pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi? Pernah Pas peduli siapa dalang yang mengupah pembunuhan upahan ke atas Dr. Joe Fernandez (ADUN Lunas, Kedah) yang ditembak mati pada tahun 2000?

Semua ini tidak penting dan tidak menguntungkan politik Pas maka ia bukan urusan Pas.

Apa pun fakta yang sirul akan kemukakan ia tidak boleh menolak hakikat bahawa beliau telah membunuh seseorang tanpa sebab keselamatan, justeru hukuman gantung ke atas beliau tidak boleh dipertikaikan.

Walau apa pun motif beliau, sama ada kewangan atau mahu mengambil hati Razak Baginda untuk keuntungan masa hadapan, ia tidak menolak hakikat bahawa Sirul layak dan wajar dihukum gantung.

Fakta bahawa Sirul seorang pembunuh bukan sahaja disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, malah oleh Sirul sendiri apabila beliau berkata kepada Malaysiakini bahawa seseorang mengarahkannya untuk membunuh Altantuya.

Justeru sangat aneh bagi sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam seperti Pas bersungguh-sungguh mahu menyebar fitnah dan gosip ke atas Perdana Menteri.

Jika portal yang dibiayai dengan dana asing dan dikuasai oleh bukan Islam seperti Malaysiakini hendak memutar belitkan isu ini dan mengaitkan dengan Mohd Najib ia bukanlah luar biasa.

Yang luar biasa apabila orang yang mengaku Islam menolak sumpah terbuka Mohd Najib Abdul Razak mengenai Altantuya tetapi mahu menerima cakap samar-samar seorang pembunuh?

Hakikatnya jika Mohd Najib terbabit dalam kes ini apakah ada antara pembaca yang percaya kes ini akan dibicarakan di Mahkamah dari awal lagi? Apakah Mohd Najib begitu bodoh untuk mengarahkan pembunuhan Altantuya di Malaysia sedangkan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja di luar negara tanpa membabitkan beliau pun.

Najib lafaz sumpah tidak kenal Altantuya

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Syed Abdul Rahman berkata, apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya”.

“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.

Terdahulu, Najib yang menyempurnakan solat Isyak di masjid itu menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid dan surau untuk seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti di sini.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia tersebut.

Malah, dalam ceramah Anwar, beliau secara sinis mencerca Najib sebagai individu yang terlibat dalam pembunuhan bekas model tersebut.

Najib berkata, sumpah yang dilafazkan olehnya itu tidak bermakna beliau mahu sesiapa tampil membuat perkara yang sama.

‘‘Ini tidak bermakna saya nak ajak orang lain untuk sumpah atau tak sumpah. Masing-masing buatlah keputusan sendiri.

“Tetapi kalau dia nak ejek saya, momokkan saya, saya tetap berdiri di atas landasan yang benar,” katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz3SGpUaIwk
© Utusan Melayu (M) Bhd



10 thoughts on “Bila Pas Lebih Percaya Cakap Pembunuh Dari Mahkamah

  • February 20, 2015 at 6:12 pm
    Permalink

    “Justeru apabila Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar, bergegas ke Australia untuk bertemu dengan pembunuh bernama Sirul ini kerana beliau merasakan ini peluang mahu menjatuhkan Mohd Najib. Apakah janji atau “deal” yang dibuat?”

    Duit TIN MILO bukan digunakan untuk perjuangan Islam, tapi digunakan untuk membela PEMBUNUH!!!

    In truth, kalau ya pun nak kenakan Najib Razak dan Barisan Nasional, hantarlah org yg CREDIBLE sikit, ni hantar org yg tak tahu warna Black Box bagi pesawat MH 17 adalah warna oren.

    PEMBAZIRAN WANG TIN MILO YG SIA4444 TAKKAN DAPAT PERINTAH MALAYSIA!!!

    Reply
  • February 20, 2015 at 7:30 pm
    Permalink

    PAS? Kambing pun diaorang percaya.
    Mahfuz? Ambik kesempatan jea, dia sebenarnya jakun nak naik kapal terbang. Tin milo yg support kan, bukan modal sendiri.

    Reply
  • February 21, 2015 at 12:02 am
    Permalink

    Ada soalan aku tanya pada orang pas terutama

    1)ingat tak kapal selam pun masuk ke kes Altantuya apa jenis orang pr ini?

    2)Altantuya Perempuan simpanan razak baginda, penah wartawan pr tanya pada razak baginda atau adakah Altantuya milik siap Cuba wartawan tokongkini tanyalah razak baginda adakah Altantuya itu milik perempuan simpanan milik kau razak baginda ,

    3)najib penah jawab dia tak kenal langsung Altantuya ini.

    4)Konon sirul Telah di arah kenapa sirul tak sebut namanya dan disertakan bukti nya sekali,apakah sirul takut. Berani kerena benar, dedahkan bukti media di Australia, kenapa sirul takut sangat

    Ingat kes agen nsa amerika edward snowden wartawan russia berminat dengar cerita edward itu, wartawan Australia lansung tak berminat sirul itu dan agen perisikan Australia tak berminta sirul kecuai memperalat sirul untuk kepentingan Australia dan kepentingan politik pr je maklum yg sokong anwar itu ahli politik yg sokong lgbt di Australia

    Reply
  • February 21, 2015 at 2:00 am
    Permalink

    Biarkan..Pakatan Haram masih tercari-cari idea yang paling munasabah untuk menjatuhkan musuhnya..Biarkan Sirul dgn mahfuz mempergunakan satu sama lain untuk tujuan masing-masing..Untuk Mahfuz adalah menjatuhkan kerajaan, untuk Sirul, menyelamatkan diri mati tercekik ditali gantung.

    Reply
  • February 21, 2015 at 2:19 pm
    Permalink

    Ingat lagi tak cerita yang mengatakan Altantuya jadi translator between Malaysian and French gov. Hahaha… itulah kenyataan paling kelakar dan paling bangang yang pernah dikeluarkan oleh macai PKR. Weeiii… deal kalau dah main billion2 RM, kalau Malaysia cakap kita nak all deal to be in loghat Nismilan definitely French gov akan cari juga orang Nismilan pandai cakap Perancis. Apa ke jadahnya gunakan Altantuya.

    Dan yang paling penting sekali classmate gua dari standard 2 sampai form 5 yang involve directly dalam deal tu pernah cakap yang Altantuya tak pernah wujud dalam deal tu samada direcly or indirectly. Orang PKR suka beronani sambil buat cerita kartun.

    Reply
  • February 21, 2015 at 3:24 pm
    Permalink

    cakap mahposs sesen pun tak percaya…PAS?? lembu pun dia lagi percaya..inikan pulak pembunuh…
    dia tu tahap bebal tak leh pk..
    sejak bila percaya cakap pembunuh tu??

    depa dah takder isu dah..

    Reply
  • February 21, 2015 at 4:40 pm
    Permalink

    Apa motif depa bunuh altantuya.ada dlm pbicaraan court x detail tu.tlg pencerahan kdr otai2 kt sini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *