Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Anti-Kesamarataan. Hipokrit!

Share


slimming programSejak beberapa tahun yang lalu, kadar peningkatan demam denggi di Selangor merupakan satu ancaman yang serius, sehingga memaksa Kementerian Kesihatan Malaysia mengisytiharkannya sebagai satu epidemik.

Sejarah membuktikan bahawa Raja Namrudtelah mati, hanya gara-gara seekor nyamuk. Begitulah hebatnya seekor makhluk cilik, yang kita tahu mudah untuk dibunuh, tetapi sebenarnya boleh membunuh.

Begitulah kisah seorang yang acapkali mendabik dada kononnya terhebat, bakal PM dan pejuang Islam serta rakyat. Hampir semua pihak mahu dicabarnya, bagi membuktikan dirinya hebat di seluruh dunia. Akhirnya, sekecil nyamuk itulah, yang berjaya menggugah kerisauan sang isteri.

Dan jangan hairan, sekiranya Wan Azizah melontarkan perasaan “tidak gembiranya” gara-gara tidur malam Anwar Ibrahim diganggu oleh mahkluk cilik ini. Mana lah tahu, kalau-kalau nyamuk itu bisa menyelusup masuk ke liang telinga, lantas mengulang kembali kisah dan tauladan seperti yang pernah terjadi di dalam lipatan sejarah.

Mungkin pada hemat Wan Azizah, Anwar Ibrahim perlu dilayan sebagai VVIP, sungguhpun berstatus banduan. Malangnya, pihak penjara telah lama menggunapakai prinsip perjuangan Anwar Ibrahim, iaitu kesamarataan. Jadi, Wan Azizah seharusnya berbangga, apabila Anwar Ibrahim berjaya menempatkan dirinya di tempat yang mana slogan dan luangan perjuangannya digunapakai sepenuhnya.

Alasan nyamuk, tandas dan tilam yang tidak sesuai, menyaksikan antara Anwar Ibrahim dan rakyat, dia memilih untuk tidak mahu menjadi rakyat. Buktinya, dia mahu keselesaan, berbanding penyokongnya yang selalu terdedah kepada perkara-perkara yang berisiko, dengan alasan “jika takut akan risiko, jangan bercerita tentang perjuangan”.  Maka, perjuangan rakyat, atau marhaein yang sering dilaungkannya adalah retorik, dan sekadar ingin memperguna rakyat demi kepentingan dirinya.

Dan, Anwar Ibrahim kini di Penjara Sungai Buluh, bukanlah diakibatkan dari perjuangannya demi rakyat, tetapi dek kerana nafsu songsangnya.

Hanya kini, Anwar Ibrahim benar-benar mengerti apa itu kesamarataan. Itu pun enggan menerimanya! Pejuang kesamarataan, tiba-tiba perlukan layanan VVIP? Hipokrit bukan?



9 thoughts on “Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Anti-Kesamarataan. Hipokrit!

  • February 18, 2015 at 5:22 pm
    Permalink

    KDN dalam utusan jer cakap berdegar-degar…in reality, serba tak kena.

    Reply
  • February 18, 2015 at 6:00 pm
    Permalink

    Tentulah serba tak kena … sebab ‘Kajian Impak Terhadap Alam Sekitar’ yg lengkap tidak pernah dilakukan sebelum menempatkan Anwar di Sg Buloh:
    > Unggas2 yg mati kerana dipijak Anwar ke … atau tergigit Anwar ke
    > Kesan dari pembakaran2 lilin setiap malam yg mesti dilakukan tentunya menyumbang kepada pencemaran udara. Dan berbagai lagi lah …
    Kalau ada loyar2 atau lawmakers dari pihak sebelah sana meminta laporan sedemikian … tak ke haru jadinya.
    Dan minta maaf le … saya amat bersetuju dengan pihak sebelah sana bahawa Anwar seharusnya diberikan layanan yg bersesuaian dengan statusnya sebagai VVIP – Vile Villainous Ingrate Prick … kah kah kah

    Reply
  • February 18, 2015 at 6:10 pm
    Permalink

    Produk apa di gunakan ha.ha.ha rakyat pun tertanya2 ini

    Reply
  • February 19, 2015 at 8:14 am
    Permalink

    Episod baru. “Dari Sg Buloh 2015”
    Babak 1: Wan Azizah menjerit. Nyiamuk! Nyiaamuuuk! Nyiaaaamuuuk!
    Babak 2: Wan Azizah menjerit. Tilam! Tiiilaam! Tiiiilaaaam!
    Fade out

    Reply
  • February 19, 2015 at 8:43 am
    Permalink

    hahahahah….apa saja kes anwar akan ada perkataan ” TILAM ” itu wajib !!

    Reply
  • February 19, 2015 at 3:55 pm
    Permalink

    Tilam…tilam….tukak lama ganti balu. Itulah laungan yang sering kedengaran saban hari bila sebuah lori lalu di depan kediaman aku. Itukan satu isyarat baru supaya Ikon lapuk harus dilupai dari memori massa di negara ini.

    Siapakah Ikon yang sudah lapuk yang dimsksudkan…? Fikir-fikirkanlah….!!!!

    Reply
  • February 19, 2015 at 11:00 pm
    Permalink

    Zaid Ibrahim menyamakan syarahan Anwar dimahkamah semasa perbicaraannya dalam kes nafsu syahwat tinggi Si Nuar sama taraf dengan Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Socrates. Jijik sungguh bunyinya. Sejijik ungkapan Jijah yang mengintirafkan suaminya sebagai tuhan.Tuhan mana yang Jijah maksudkan wallahualam.

    Kalau pun mahu tunjuk sokongan pada yang songsang kerana bencikan pemerintah jangan lah ketahap mentololkan diri. Pada kita yang membaca pun kita terasa statement begitu tak lebih dari ‘insult to ones intelligence’.

    Masakan mereka bebal sejarah sehingga tidak mengenali peribadi Mandela, Gandhi dan Socrates. Apa perjuangan mereka dan terlakar nama mereka dalam sejarah, kerana apa ?

    Apa pulak perjuangan Anwar ? Perjuangan buat melepaskan diri dari didakwa atas perbuatan sendiri yang belum pernah berhenti , dari dulu hingga kini. Malang sungguh umat kita, kaum kita, bangsa seagama kita yang enggan menerima sesuatu yang nyata.

    Jika anak bininya enggan terima, itu kita faham. Tapi yang lainnya apa hal pulak.

    Reply
  • February 21, 2015 at 2:38 am
    Permalink

    Apalah agakya perasaan Anwar ketika ini ye.Insafkah? Menyesalkah? Dendam semakin membarakah? Adakah ajalnya sampai diluar atau didalam penjarakah.? Apa pun,harap2 kak jijah bawakkan la mopiko kalau datang melawat nanti

    Reply

Leave a Reply to bangkano Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *