ABIM Bertuhankan Allah atau Anwar Ibrahim?

Oleh AJAB

Sejak zaman Universiti Malaya penulis berkawan dengan ramai rakan-rakan yang berada di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan “adiknya” Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Sungguhpun kurang senang dengan semangat “assobiyah” kumpulan mereka dalam banyak hal, namun saya tetap menghormati perjuangan mereka melalui dakwah terutamanya program “Islamic Outreach Abim”.

Inilah yang sepetutnya menjadi tunggak perjuangan ABIM tanpa mengira perbezaan politik dalam negara. ABIM sepatutnya menumpukan ke arah kerja-kerja pendakwahan ke atas bukan Islam dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Malangnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat mereka menonjolkan semangat assobiyah dan taksub kepada pemimpin mereka tanpa batas sempadan agama lagi.

Justeru bukanlah menghairankan apabila ABIM muncul dengan tiba-tiba menyelar tindakan Pemuda Umno yang ingin mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bersama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menjelaskan isu berkaitan kes Liwat II.

Penulis bukan setuju sangat dengan usaha Pemuda UMNO untuk mengadakan “road show” menerangkan kes Anwar Ibrahim. Sepatutnya Pemuda tidak perlu mengumumkan. Gunakanlah apa-apa badan bukan kerajaan untuk membawa Shafee menerangkan kepada rakyat.

Namun campur tangan ABIM secara membuta tuli untuk membela Anwar lebih teruk daripada cadangan Pemuda UMNO.

Presiden ABIM, Amidi Abd Manan berkata kepada Malaysiakini.com bahawa ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sepatutnya tidak melakukan perkara yang “sempit dan membahayakan masa depan negara”.

Ini kerana, Amidi berkata, tindakan itu dilihat sebagai langkah perbicaraan di luar mahkamah yang akan “mengundang ulasan liar”.

“Perbicaraan di luar mahkamah akan berlaku secara liar, tanpa etika dan keterlaluan.

“Mungkin akan berlaku tambahan-tambahan fakta secara semberono dan mengelirukan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Amidi lagi, Khairy perlu peka dengan perkembangan kelompok yang muak dan hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara.

Malah, sebagai pemimpin muda, Amidi menasihatkan supaya Khairy yang juga MP Rembau lebih berpandangan jauh dan bertanggungjawab.

Justeru, katanya, tindakan Umno selama ini yang berdiam diri merupakan tindakan yang tepat kerana ia menjadi punca parti itu kekal memerintah negara.

“Tindakan ini sekali gus membuktikan bahawa jawapan balas pihak pendakwa yang menolak teori konspirasi politik, dan mahkamah telah pun menerima hujah pihak pendakwa dalam penghakimannya tidak mencukupi.

“Tindakan bersabar oleh pihak Umno adalah tindakan yang tepat. Ini kerana, tindakan itulah yang mengekalkan BN terus memerintah negara.

“Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara sistem perundangan negara seperti yang terpateri dalam ikrar Rukun Negara kita iaitu ‘kedaulatan undang-undang’,” katanya lagi. – Malaysiakini.com

Soalnya, di mana ABIM apabila Anwar Ibrahim, PKR, DAP, PAS dan Majlis Peguam memburuk-burukkan badan kehakiman, perundangan, eksekutif dan mangsa liwat Saiful Bukhari Mohd Azlan?

Bukankah sebagai sebuah badan yang bertujuan untuk berdakwah demi Islam, ABIM sepatutnya menegur kedua-dua belah pihak? Kenapa ABIM begitu menggelabah apabila Tan Sri Shafee mahu ke bawah menerangkan mengapa Anwar Ibrahim di dakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah?

Anwar telah membelasah pendakwaraya, hakim dan mangsa liwat sejak enam tahun lalu, namun ABIM umpama “syaitan bisu” ketika itu.

Sejak Anwar Ibrahim menjadi liberal dan bekerjasama dengan DAP, ABIM macam tikus terkena hujan. Diam kesejukan hilang aura perjuangan. Maklumlah jika mahu bercakap banyak mengenai Islam, nanti pak Syeikh mengamuk!

Sekarang kita kena tanya, ABIM bertuhankan siapa, Allah atau Anwar Ibrahim? Tukarlah ABIM kepada Anwar Bin Ibrahim Malaysia. Jangan malukan Islam.

9 thoughts on “ABIM Bertuhankan Allah atau Anwar Ibrahim?

  • February 18, 2015 at 4:48 pm
    Permalink

    “Tukarlah ABIM kepada Anwar Bin Ibrahim Malaysia”.

    ABIM = Anwar Bin Ibrahim Meliwat atau Anwar Bin Ibrahim Menipu

    Reply
  • February 18, 2015 at 5:06 pm
    Permalink

    Orang-orang ABIM diberi makan oleh Anwar itu bukan rahsia lagi, ABIM dah hilang kredibiliti sejak sekian lama.

    Pandai pulak depa kata perbicaraan diluar mahkamah akan mengundang ulasan liar…bodoh ka apa, bicara apa lagi, mahkamah dah pun menyumbat anwar di penjara, dah selesai ! yang dulu sebelum keputusan dibuat, anwar kehulu kehilir kutuk mahkamah….apasal ABIM senyap ruyup ??

    Reply
  • February 18, 2015 at 5:33 pm
    Permalink

    Senyap ruyup … Boss RJ? Sebab yg buat tu Anwar Berahim ‘Imam Mahdi’ depa …

    Reply
  • February 18, 2015 at 7:33 pm
    Permalink

    Anuar telah berjaya mendoktrinkan minda ahli-ahli ABIM sejak dia menerajui organisasi islami tersebut sehingga ia dibawa masuk ke dalam UMNO dan menganggotai kabinet Tun M. Dari poin inilah Anuar menubuhkan regim dalam usaha mengaruhi pemikiran massa demi kepentingan politisnya.Kini usaha liciknya telah menghasilkan produk-produk kaderan Anuarisme yang tersubur dalam benak para penaksubnya.Regim ketaksuban Anuar siap siaga untuk dikerahkan demi menimbulkan suasana anarkis.

    Reply
  • February 18, 2015 at 11:24 pm
    Permalink

    ABIM = Anwar Belum Insaf Meliwat

    Reply
  • February 19, 2015 at 5:44 am
    Permalink

    Siri jelajah Datuk Shafee untuk beri penerangan perkara sebanar itu sangat baik dan perlu diteruskan kerana sejak sekian lama betapa rakyat telah dibohongi dengan fakta salah yang diberikan oleh media-media pro-pembangkang mahupun dalam siri-siri ceramah pembangkang sendiri…

    Pada saya jelajah Datuk Shafee ini bukanlah bertujuan untuk membuat perbicaraan luar mahkamah tetapi ia sebenarnya lebih kepada membetulkan keadaan yang mana isu liwat ini telah banyak dikelirukan dan dimanipulasi oleh pihak pembangkang. Kalau kita masih ingat masa isu liwat 1 lagi keadaan itu telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghuru-harakan negara. Memandangkan pihak pembangkang sangat aktif memutarbelit perkara sebenar melalui pelbagai jentera mereka, maka siri jelajah Datuk Shafee ini bolehlah dikira sebagai sesuatu yang boleh menutralkan keadaan.

    Reply
  • February 19, 2015 at 11:50 am
    Permalink

    Suatu ketika dulu ABIM telah menguasai UMNO dan kerajaan. Semua sektor ada kader ABIM. Dek kerana terlampau gelojoh dan tamak kuasa tindakan2 mereka telah menyedarkan Tun Dr M. Rampasan kuasa tidak berlaku kerana kebijaksanaan dan tindakan awal Tun.

    Reply
  • February 19, 2015 at 3:40 pm
    Permalink

    Super licik vs licik memang menanglah super licik. Anuar kena belajar lagi dalam perihalan teknik kelicikan….. bukan setakat dari AS tapi dari sang pelicik dalam negara. Barulah profesional…..!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *