Kerajaan Pas Kelantan tangguh bentang undang-undang hudud

Share


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas kepemimpinan parti tersebut memutuskan sebarang perbincangan serta panduan mengenai rang undang-undang Islam itu akan dibawa dalam mesyuarat pakatan pembangkang terlebih dahulu.

“Mesyuarat khas pakatan pembangkang bulan depan akan melihat panduan rang undang-undang ini (hudud). Bagaimanapun kita akan tetap cuba bawa rang undang-undang ke Parlimen pada bulan Mac seperti yang dicadangkan sebelum ini.

“Kepimpinan telah putuskan (bawa pada mesyuarat khas pakatan pembangkang) hendak buat macam mana, kena ikutlah,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung mesyuarat pakatan pembangkang semalam yang tidak menemui kata sepakat terutama berhubung isu pelaksa­naan hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) apabila memutuskan untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai dua isu terbabit.

Sebelum ini, Kerajaan Pas Kelantan bercadang membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen pada Mac ini bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini secepat mungkin.

Pelaksanaan hukum hudud di negeri ini menjadi polemik yang berpanjangan apabila keputusan kerajaan yang dipim­pin oleh Pas sejak 25 tahun lalu itu mendapat tentangan hebat daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Malah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali secara terbuka menegaskan Pas tidak akan sesekali berganjak daripada prinsip perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang keras oleh DAP kerana asas tersebut sudah menjadi pegangan parti berkenaan sejak sebelum pakatan ditubuhkan lagi.

Sementara itu, Mohd. Amar bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneruskan hasrat untuk membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan depan sepertimana yang dirancangkan sebelum ini untuk membuat beberapa pindaan bagi penambahbaikan.

“Pindaan ini akan dibuat dalam sidang DUN biasa seperti mana yang ditetapkan selepas sidang DUN Khas yang dijadualkan pada 29 Disember lalu tertangguh akibat banjir besar,” katanya.

Utusan



3 thoughts on “Kerajaan Pas Kelantan tangguh bentang undang-undang hudud

  • February 10, 2015 at 8:00 am
    Permalink

    kelantan itu bawah pas, apa pas takut sangat pada dap itu,satu cakap pas kena buat hudud itu bawah suruhanjaya kuasa sultan sebab sultan ketua agama islam takut nanti pas menyelewan melepaskan golongan penzina nanti macam kes yg lepas2 masuk mahkamah bayar denda lepas, aku nak tengok berapa lama pas main wayang dengan dap ini

    Reply
  • February 10, 2015 at 11:45 am
    Permalink

    Tangguh? hahahaha…. memang tak akan ada.
    Islam di caci, di hina dan di perkotak-katik kan sebab musang2 berjanggut dalam PAS.
    JANGAN HARAP LAA…

    Reply
  • February 10, 2015 at 12:09 pm
    Permalink

    Memang takkan jadi lah tu. Dah tentulah kena reject masa mesyuarat pakatan nanti. Trust me…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *