Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden Petronas Yang Baharu

Share


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baharu berkuatkuasa 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2018.

Ini merupakan satu sejarah penting kepada Petronas kerana Wan Zulkiflee merupakan tenaga dalaman Petronas yang telah lama berkhidmat dan memahami selok belok pengurusan syarikat Petroleum Nasional ini.

Wan Zulkiflee berpengalaman luas dalam industri petroleum negara. Beliau adalah Ketua Pegawai Operasi Petronas serta Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran (Downstream). Selain itu, Datuk Wan Zulkiflee juga adalah Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd dan Petronas Dagangan Bhd.

Berdasarkan latar belakang pembabitan beliau dengan Petronas, ramai percaya Wan Zulkiflee mempunyai kelayakan serta pengalaman yang mencukupi untuk membawa kejayaan berterusan kepada Petronas.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya pada hari ini. Namun, perkhidmatan Tan Sri Shamsul akan disambung dari 10 Februari 2015 sehingga 31 Mac 2015.

Mohd Najib dalam kenyataan media sebentar tadi menyatakan Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Shamsul di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan ini pada tahun 2010. Beliau telah berkhidmat dengan syarikat minyak dan gas ini sejak tahun 1975 dan telah memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman Tan Sri Shamsul yang luas di dalam bidang ini, saya harap beliau akan terus menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam bidang tenaga yang sangat penting kepada pembangunan negara.”



6 thoughts on “Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden Petronas Yang Baharu

  • February 9, 2015 at 9:16 pm
    Permalink

    Tahniah…minta Datuk kuat kuasakan pekeliling syarat fasih berbahasa Malaysia pada cina-cina yang nak bekerja disitu, tak kiralah level apa pun.

    Reply
  • February 10, 2015 at 12:14 am
    Permalink

    Harap lepas ni petronas terus berkembang lebih maju dan kpd TS Shamsul diucapkan jutaan terima kasih.

    Reply
  • February 10, 2015 at 7:54 am
    Permalink

    taniah dato wan zulkiflee aku harap
    1)Kaum Cina dan india yg di ambil berkerja itu kuasakan mereka mesti fasih bahasa melayu
    2)laksanaKan 50% tendar bumiputera untuk pembinan baru stesen minyak dan logi minyak jika bina
    3)laksanakan tendar makanan untuk bumiputera macam contoh air mineril, kopi dan makan ringan untuk bumiputera,
    4)pasti agenda bumiputera berjalan dan jika mereka gagal laksanakan tendar hendak diganti bumiputera lain lebih berkelayakan

    Ini di harapkan Dato cuba berfikir wawasan 2020 lagi lima tahun je jika kita gagal mencapai sasaran 30% ekonomi bumiputera empat pm akan persalahkan Dari pada tun razak,tun m,tun badawi, dato seri najib akan di persalahkan, suka atau tidak agenda bumi mesti berjalan

    Reply
  • February 10, 2015 at 8:38 am
    Permalink

    Terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana prihatin dengan kehendak sebenar Syarikat Petroleum Nasional.

    Tahniah kepada Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin kerana telah diberikan kepercayaan penuh oleh YAB PM bagi menerajui Syarikat kebanggaan negara.

    Dengan pengalaman bekerja selama 23 tahun dengan Petronas bermula dari bawah sebagai seorang Engineer amat diyakini Datuk merupakan calon pilihan terbaik bagi mengembalikan semula budaya kerja seperti di zaman kegemilangan Petronas sebelumnya memandangkan Datuk Wan Zulkiflee lebih memahami akan kehendak sebenar dan selok belok Sykt Petroleum Nasional, semoga Sykt Petronas kembali gah di persada dunia, Insyallah.

    Reply
  • February 11, 2015 at 11:56 am
    Permalink

    Tahniah kpd Datuk Wan Zulkiflee.Sebagai org diluar Petronas,kami berharap dgn perlantikan baru ini,Petronas bukan saja memandang dari segi perniagaan sahaja,tetapi tanggungjawab kpd negara.Kita mahu lihat GLC2 membantu usahawan2 kecil dan sederhana terutama Bumiputera.Kita lihat pada masa kini,semangat itu hilang,kerana perlbagai alasan yang dimunasabahkan.Usahawan2 Bumiputera selalu dikaitkan tidak kompiten,tidak cukup modal dan sebagainya.Ini persepsi perlu ditukar,kerajaan juga bertanggungjawab membawa usahawan2 bumiputera keperingkat lebih tinggi drp yg ada sekarang.Memang benar,wujudnya persaingan dalam perniagaan boleh menwujudkan kualiti dan inovasi,tetapi jika kita lihat dinegara maju iks mempunyai ‘kuasa’ dlm menentukan hala tuju ekonomi negara.Sbg syarikat yang digelar G20,sudah tentu Petronas menggalas tanggungjawab besar dalam membantu usahawan2 bumiputera,bukans sahaja domestik tapi antarabangsa.Kita tak perlu mendabik dada,jika kita berada dalam kelompok 500 fortune company,tetapi sumbangan kita juga perlu diambil kira.Banyak inovasi boleh dilakukan oleh pihak petronas atau glc2 yang lain.kalau di Barat,konsep ‘Distrupt Innovation’ yang mampu menggugat syarikat2 gergasi patut diterapkan dalam syarikat2 kecil yang berpotensi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *