Jalan Persiaran Perdana Telah Ditutup, Elak Berurusan di Presint 2 Putrajaya Esok

Share


Elakkan berurusan dengan jabatan kerajaan di Putrajaya terutamanya di Presint 2 sekiranya urusan tersebut boleh ditangguhkan.

Putrajaya dijangka akan berlaku kesesakan dan mungkin kekacauan berikutan prosiding keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Istana Kehakiman esok.

Sementara itu, Polis mengumumkan akan menuntup Jalan Persiaran Perdana akan ditutup bermula pukul 8 malam ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Kami juga difahamkan beberapa gulungan pagar berkawat akan dipasang di beberapa tempat sekitar Mahkamah Keadilan sebagai langkah berjaga.

Sementara itu, Utusan memetik Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid sebagai berkata, “orang ramai termasuk kakitangan awam diminta menggunakan jalan alternatif sekiranya mempunyai urusan di pejabat kerajaan yang berhampiran.”

“Jalan akan dibuka semula selepas prosiding mahkamah selesai. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaan.

“Namun begitu, orang ramai yang mempunyai urusan berhampiran Istana Kehakiman tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa menjaga keselamatan kawasan sekitarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan esok akan memutuskan terhadap rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara lima tahun setelah disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Abdul Razak meminta para penyokong Anwar menghormati undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Abdul Razak memberitahu, pihak polis akan bertindak berlandaskan undang-undang sekiranya penyokong Anwar cuba membuat kekecohan.

“Dengan kekuatan anggota polis yang sedia ada, saya jamin kita boleh mengawal keselamatan pekarangan Istana Kehakiman esok,” katanya.



8 thoughts on “Jalan Persiaran Perdana Telah Ditutup, Elak Berurusan di Presint 2 Putrajaya Esok

  • February 9, 2015 at 9:14 pm
    Permalink

    hehehe…kira lebih kurang hari perbicaraan carlos ” the jackel “, tapi malaun sekor tu lagi 100x bahaya dari carlos.

    Reply
  • February 9, 2015 at 10:37 pm
    Permalink

    Ketum al-juburi yg meliwat, najib pula difitnah bunuh altantuya.

    Reply
  • February 9, 2015 at 10:44 pm
    Permalink

    Mudah mudahan peliwat ini di penjarakan, bagi meredakan kekacauan dan fitnah yang di dominankan oleh si peliwat ini. amin…

    Reply
  • February 10, 2015 at 12:17 am
    Permalink

    Saya percaya kumpulan penyokong anuwar akan jauh berkurangan kerana mereka semakin sedar anuwar hanyalah memperalatkan mereka. Anuwar yg dapat sedap rakyat yg diheret ke jalanan

    Reply
  • February 10, 2015 at 12:17 am
    Permalink

    Mooooooo
    Esok turun kot..

    Reply
  • February 10, 2015 at 1:48 am
    Permalink

    Kes liwat I & II merupakan kes melibatkan individu yang tidak ada kena mengena dengan mana2 badan atau parti samada pembangkang atau parti kerajaan, namun kedua dua kes tersebut telah dikaitkan dengan UMNO secara keseluruhan oleh pihak pembangkang sehingga pemimpin, ahli malah penyokong termasuk cytro UMNO dilaman2 sosial telah bertungkus lumus selama bertahun tahun berusaha bagi menafikan akan penglibatan UMNO dalam kes tersebut.

    Ketahuilah sekiranya keputusan kes tersebut memihak kepada Anwar Ibrahim ianya merupakan satu tamparan hebat serta memberikan kesan burok keatas Parti, ahli terutama cytro UMNO malah bukan itu saja kesan keatas kepimpinan Haji Hadi Awang sebagai penyandang jawatan Presiden PAS akan turut tergugat pada Muktamar Agong PAS Jun nanti.

    Walaupun jika ada cubaan bagi mengurangkan kesan dengan kalihkan kesalahan keatas pengaruh Bar Council percayalah ianya tidak sedikitpun akan memberikan bekas.

    Aku doakan hal diatas tidak akan berlaku dan ianya adalah satu khayalan semata, namun apa pun mangsa yang telah di liwat wajib mendapat pengadilan yang adil dan saksama.

    Reply
  • February 10, 2015 at 2:34 am
    Permalink

    moh kita ramai2 doa , PELIWAT INI MASUK JEL. biar aman dunia politik malaysia ini tanpa muka peliwat . macai kalau bodoh jugak nk datang hadirkan diri esok , aku cadangkan , bawa tikar , tilam , bantal , selimut ikut peliwat pindah dalam jel sekali. teman dia sampai mati kat sana. jangan setakat terpekik2 demo depan mahkamah je berani. itu perangai dah mengalahkan sekawan lembu gila. kah4..

    Reply

Leave a Reply to Nusantara Jones Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *