Anwar kritik Pas tidak jaga kebajikan rakyat Kelantan.

Share


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kerajaan Pas Kelantan yang dilihatnya lebih bersungguh-sungguh mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hukum hudud dan qisas di Parlimen pada bulan depan daripada memberi perhatian untuk menangani masalah perumahan serta kebajikan rakyatnya.

Menurutnya, kerajaan negeri itu sepatutnya menjadikan isu kebajikan rakyat sebagai keutamaan, lebih-lebih lagi selepas berhadapan dengan kejadian banjir besar.

“Mengenai cadangan (pembentangan rang undang-undang hudud dan qisas) oleh kerajaan Pas Kelantan, kita kena lihat dahulu. Saya masih lagi belum melihat cadangan rang-rang undang-undang berkaitan enakmen Kelantan.

“Bagaimanapun bagi kita, tumpuan adalah kepada soal perumahan, kebajikan dan kemiskinan yang dihadapi di Kelantan terutama selepas pasca banjir. Mesej kita ialah ke arah itu dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Ethnic Relations in Malaysia yang ditulis oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali di sini hari ini.

Semalam, kerajaan Pas Kelantan bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada Mac ini bagi membolehkan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dilaksanakan di negeri itu.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan, PKR bersama-sama DAP dan Pas akan mengadakan mesyuarat bersama pada 8 Februari ini di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu-isu berbangkit dalam pakatan berkenaan.

Jelas beliau, mesyuarat itu perlu disegerakan bagi membincangkan pelbagai isu termasuk hudud yang menjadi pertikaian antara Pas dengan DAP.

“Kita tidak boleh pertikai hak Pas kemuka (rang undang-undang Pas) tapi kena hormat pendirian DAP yang menolak hukum ini. Justeru, kita kena teliti,” ujarnya.

UTUSAN



9 thoughts on “Anwar kritik Pas tidak jaga kebajikan rakyat Kelantan.

  • February 6, 2015 at 7:09 am
    Permalink

    patutlah golongan tua didalam Pas tidak menyukai bang NON ini, malah mendoakan abg NON kepenjara pada 10hb Febuari ini….

    Reply
  • February 6, 2015 at 7:12 am
    Permalink

    Adoiiii la.. Kebajikan kena buat tapi hudud kena laksanakan juga untuk kesinambungan kebajikan tersebut. Peduli apa DAP, sampai kiamat pun takkan sokong Islam selagi dia KAFIR, sama juga MCA dan MIC. K’tan takda kena mengena dengan DAP, sorang calon pun takda… apahal nak kecoh pulak. Lain la kalau nak laksanakan di P.Pinang, Melaka, N9 dan s’wak. Kut la ada masalah…
    Negara demokrasi.. ikut majoriti la, parti demokratik apa bila kita nak ikut saluran demokrasi bawa cadangan ke parlimen tak boleh, tapi bila dia nak buat semua boleh. Nanti undi la.. kalau kalah, kita akur belum sedia tapi isu PBT pun kena terima la kalau MP tolak. Dalam kecelaruan sekarang ada baiknya PAS segera keluar dan biarlah DAP dan PKR nak buat apa.. mudah begitu jika sudah tak sefahaman. Nanti kalau dah faham fungsi tahaluf siyasi bila PAS takda, kita bincang kemudian kalau ada keperluan. Mereka perlu diajar.. Isteri yg tak faham kehidupan rumah tangga perlu diberi pengajaran. Itu proses..

    Reply
  • February 6, 2015 at 9:27 am
    Permalink

    Relaks Bujuk….RELAKS!!!

    10 Februari nanti, jangan lupa berhimpun demi Anwar Ibrahim ya Bujuk!!!

    Hehehehehehehe

    P/S: Janganlah anda jadi batu api antara dua saudara (PAS dan PKR), WAKAKAKAKAKA

    Reply
  • February 6, 2015 at 11:56 am
    Permalink

    Sapa kata Kelantan takde kena mengena dengan DAP? Tu tanah bukit yang gondol tu bukan disedekahkan pada DAP ke?

    Reply
  • February 6, 2015 at 2:58 pm
    Permalink

    Apa pun anwar lekehkan PAS…PAS tetap setia macam anjing peliharaan menunggu tulang !! tak percaya hangpa tengok la nanti 10 Feb, berpusu-pusu bas dari kelantan akan datang ke mahkamah konon-konon nak selamatkan anwar !

    tanpa anwar…siapa la PAS !!

    Reply
  • February 6, 2015 at 4:47 pm
    Permalink

    PAS boleh hidup sendiri. Tak tahulah PAS isteri atau DAP isteri. Kalau dah tak sehaluan lebih elok berpisah dulu.
    Kita tengok siapa yg berkemampuan berdikari.
    Kita lihat Ahad 8 feb ini dulu…

    Reply
  • February 6, 2015 at 7:39 pm
    Permalink

    Sedekah balak FREE jer bagi kat DAP, PAS dapat apa ya???

    Oh…PAS dapat kitab berjudul “Isa Al-Masih Kalimatullah” dan “Kisah Tentang Yesus Kristus” dari DAP!!!

    Bangkitlah org2 PAS, takkan nak kena HINA jer tiap2 hari dgn DAP!!!

    Reply
  • February 7, 2015 at 10:30 am
    Permalink

    Apakah Anuar benar-benar menjaga kebajikan Melayu di Selangor ? Apakah PKR benar-benar menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kita nampak mereka hanya menjaga kebajikan DAP saja.

    Reply

Leave a Reply to bujuk Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *