“Seni Menghalalkan Penghinaan Terhadap YDPA Dan Perlembagaan Negara?”

KUALA LUMPUR, 28 Jan- Keterbukaan melampau yang cuba ditonjolkan oleh pakatan rakyat seolah-olah bertujuan untuk “menghasut” rakyat agar membenci segala-galanya berkenaan Malaysia, orang Melayu, agama Islam dan Perlembagaan negara.  Dengan itu, mereka akan mendapat laluan mudah untuk mencorak negara mengikut “acuan” mereka sendiri dengan “memadamkan” sejarah yang menjadi bukti “Ketuanan Melayu”.

Pakatan rakyat telah cuba  dan akan cuba menggunakan bermacam-macam cara  untuk memastikan matlamat “keji” mereka akan tercapai.  Baru-baru ini pameran seni telah diadakan di Dart Stage, Singapore. Vincent Leong telah memaparkan hasil seni yang lebih merupakan satu “penghinaan” kepada Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Malaysia dan Tugu Peringatan Negara.

Yang Dipertuan Agung merupakan simbol “Ketuanan Melayu” yang juga menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Tindakan Vincent Leong yang “menghina” Yang Dipertuan Agung atas nama seni dilihat sebagai provokasi untuk menghina orang Melayu. Adakah beliau merupakan “jentera” DAP yang digunakan untuk “menghasut” rakyat dan “menggugat” ketenteraman negara?

Kami rakyat Malaysia mahu agar tindakan tegas diambil terhadap Vincent Leong. Beliau perlu dilarang daripada memasuki Malaysia dan sekiranya beliau seorang rakyat Malaysia maka kerakyatan beliau perlu dilucutkan.

Menurut sumber dalaman, Vincent Leong mempunyai kaitan yang agak rapat dengan DAP yang banyak mencetuskan provokasi perkauman dan penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agung, Perlembagaan Negara, agama Islam dan lain-lain lagi. Hasil kerja Vincent yang amat sinonim dengan DAP boleh dilihat di http://somethinginnothing.blogspot.com/search?updated-max=2010-03-05T18:55:00-08:00&max-results=500.

Sebelum ini seorang lelaki Cina yang merupakan pengundi di Subang Jaya tetapi tinggal di Pulau Pinang dan bekerja di Singapura telah menghina Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lelaki Cina ini telah menunjukkan isyarat lucah dan kononnya secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.

Negara juga pernah digemparkan dengan tindakan daripada beberapa orang individu yang tidak bertanggungjawab menghina lagu Negaraku. Selain daripada itu pasangan blogger seks Alvin dan Vivian juga turut mempersendakan umat Islam apabila mengajak umat Islam makan babi dalam bulan puasa.

Isu ini merupakan isu kebangsaan bukannya politik. Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang maksima. Adakah mereka didalangi oleh “tangan ghaib” yang mempunyai agenda politik jahat? Jika benar, maka pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak hingga ke akar umbi membawa “pengkhianat negara” ini ke muka pengadilan.

4 thoughts on ““Seni Menghalalkan Penghinaan Terhadap YDPA Dan Perlembagaan Negara?”

  • January 28, 2015 at 5:06 PM
    Permalink

    Sekiranya tiada tindakan bermakna , siapa yang memegang penguatkuasa dan kepentingan melayu semakin buta. Sedangkan orang ramai boleh menilai. Semakin hari semakin bertambah peratus penghinaan ini. Ketakutan menilai sikap ini ternyata hanya dikalangan pemimpin melayu sedang mereka dari kanak kanak telah memainkan peranan menghina

    Reply
  • January 28, 2015 at 6:51 PM
    Permalink

    pameran lukisan itu dibuat di singapura jadinya Wisma Putra menerusi dutanya di singapura harus dengan segera mengemukakan bantahan kepada pihak berwajib singapura…tanya, tegur dan kritik mereka kenapa lukisan menghina YDPA dan tugu negara kita itu boleh dibenarkan untuk dipamerkan, apakah mereka sengaja lepas pandang atau bersubahat dengan parti pembangkang di negara kita seperti DAP yang suka melakukan pelbagai perkara provokatif terhadap Orang Melayu, Islam dan Institusi Raja

    Reply
  • January 29, 2015 at 12:24 AM
    Permalink

    Adakah ini rasa tanda protes keatas orang Melayu atau kebebasan yg dicari oleh cina pendatang? apa yg cina nak lagi? kerakyatan dah bagi, lain2 keistimewaan pun dah bagi? tak cukupkah lagi? cuba berpijak dibumi yg nyata! dah lama memendam rasa jgn pula sekiranya terjadi lagi episod 13 mei baru nak sedar! dan pada DS Najib SEKALUNG TAHNIAH kerana menghapuskan akta ISA dan membela kaum cina dari membela nasib keturunan Melayu!dan tindakan mempermainkan YDPA adalah tindakan KURANG AJAR,BIADAP jgn pula orang Melayu menghina agama nenek moyang mereka dipertikai!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.