Royalti minyak 20% untuk Sarawak terlalu tinggi : Dr. Mahathir

Share


Tun Dr Mahathir bersetuju bahawa kerajaan persekutuan perlu mengkaji semula kadar royalti minyak yang akan dibayar kepada Sarawak.Kadar royalti sekarang adalah lima peratus.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kadar 20 peratus yang ditawarkan oleh Sarawak merupakan jumlah yang agak tinggi ketika ini terutama apabila mengambil kira situasi harga minyak mentah di pasaran global.

“Pembayaran royalti (minyak) sebanyak 20 peratus (bagi saya) adalah sangat tinggi. Saya rasa enam peratus atau lebih daripada itu sudah cukup baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas lanjut mengenai kenyataannya ketika menyampaikan ucaptama pada Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2015 di sini semalam.

Menurut Dr Mahathir, beliau mengemukakan cadangan itu kerana harga minyak ketika ini sangat rendah iaitu di bawah AS$50 setong sehingga menjejaskan sumber kewangan kerajaan persekutuan.

Mengulas lanjut beliau berkata kerajaan Sarawak sepatutnya mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri mengenai kenaikan royalti tersebut.

sumber UB/Mykmu



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *