Jika Hadi Kekal Presiden PAS, PR Berisiko Pecah Sebelum PRU-14

Share

Dua tiga bulan lepas seorang pemimpin DAP, Chong Chieng Jen dari Sarawak telah memberi amaran awal bahawa kelangsungan hubungan DAP dan PAS melalui pakatan pembangkang PR bergantung sepenuhnya pada keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar 2015.

Menurut pemimpin DAP itu jika kumpulan progresif (Anwarinas) berjaya mengambil alih PAS (termasuk menyingkirkan Hadi) maka kerjasama DAP dan PAS akan berterusan tapi andai sebaliknya yang berlaku di mana kumpulan pro ulama terus menguasai PAS bermakna tamatlah riwayat PR.

Ramai pemerhati politik memandang enteng amaran tersebut kerana menjangkakan ia hanya melibatkan kerjasama politik DAP dan PAS di Sarawak sahaja. Benarkah telahan tersebut?

Dilihat pada hubungan DAP dan PAS di peringkat nasional yang sedang renggang dan berkecamuk sekarang penulis tidak fikir ia hanya membabitkan masa depan PR di Sarawak semata-mata sebaliknya turut akan mempengaruhi hubungan politik DAP dan PAS di seluruh negara juga.

Bermula dari gerakan Langkah Kajang membawa kepada berlakunya kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, sejak itu ramai yang dapat melihat dengan jelas betapa bercelarunya kerjasama dalam PR. PAS dijadikan kambing hitam dan dibuli berikutan krisis yang berlaku.

Lebih teruk lagi bila mana ramai pemimpin PAS sendiri dari kalangan puak Anwarinas turut memainkan peranan mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan yang tidak selari dengan persetujuan bersama dalam PR. Bagi mereka kepentingan PR dirasakan lebih utama berbanding parti sendiri.

Tindakan dua ADUN PAS di Selangor mengkhianati ketetapan Majlis Syura Ulama PAS dengan mengikrarkan sokongan kepada Presiden PKR lagi menambah keretakan dalam PR dan bila mana DAP pula mengangkat kedua-dua ADUN itu sebagai wira jelaslah ia bermaksud sengaja mahu merendah-rendahkan maruah PAS.

Sepanjang kemelut berlaku batang tubuh Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS kerap diperlekehkan. Di mana sahaja ruang maya internet bertaburan komen-komen negatif yang mengecam kewibawaan Hadi dan Majlis Syura Ulama PAS yang dituduh tidak menghormati keputusan PR.

Berikutan isu yang sama PAS yang dulunya patuh pada satu nakhoda akhirnya sedikit tempang setelah sekumpulan pemimpin dan ahlinya yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Hadi mengambil langkah menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang lebih mengutamakan kepentingan PR.

Apabila timbul pula isu perbicaraan kes liwat Ketua Umum PKR, lagi sekali PAS terutama Hadi Awang dikecam dan dihina berikutan tindakan Presiden PAS itu memboikot mesyuarat pimpinan PR yang sepatutnya membincangkan persiapan menyokong Anwar Ibrahim di mahkamah.

Maruah Hadi dirobek-robek semahunya bila terdedah maklumat ketidakhadirannya dalam mesyuarat PR sudah berlaku sejak lebih setahun lalu. Tindakan Hadi dianggap mengkhianati komitmen kerjasama PR. Kesannya Hadi bukan sahaja dipandang hina oleh penyokong DAP dan PR malah penyokong PAS pro Anwarinas turut tumpang sekaki memperlekehkan Presiden sendiri.

Kini bila timbul pula isu Pilihan Raya PBT, PR sekali lagi menonjolkan ketidaksepakatan mereka. DAP dan PKR tidak menunggu lama menghentam Presiden PAS yang enggan bersekongkol merealisasikan perancangan politik jijik yang hanya menguntungkan satu kaum sahaja.

Rentetan pelbagai isu yang berantaian ini menampakkan dengan jelas betapa rapuhnya semangat kerjasama sesama PR. Sesama sendiri mereka tidak boleh bersepakat dalam sesuatu perkara sebaliknya masing-masing saling mengecam, memperlekeh dan saling cabar mencabar antara satu sama lain.

Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS dari kalangan Anwarinas mereka menyalahkan hubungan berkecamuk PAS dengan sekutu lain dalam PR disebabkan kepimpinan Hadi yang tidak sesuai dengan fikrah liberal yang mendasari perjuangan PR.

Justeru itu tidak mustahil golongan yang anti dengan kepimpinan Hadi akan berusaha merealisasikan usaha merampas pucuk pimpinan PAS seawal muktamar akan datang sebagaimana dihasratkan DAP dan PKR demi menyelamatkan PR.

Tapi jika sebaliknya di mana Hadi terus kekal sebagai Presiden dan Majlis Syura Ulama PAS masih berkuasa menentukan haluan PAS maka PR akan terus berisiko diancam pergolakan dan besar kemungkinan akan berpecah sebelum tibanya PRU-14. Masa akan menentukannya.

4 thoughts on “Jika Hadi Kekal Presiden PAS, PR Berisiko Pecah Sebelum PRU-14

  • January 28, 2015 at 2:10 pm
    Permalink

    Ya ALLAH , Kau hancurkanlah pakatan kumpulan puak2 ahzab ini yg sedang mengatur
    bermacam strategi utk melenyapkan pemerintahan Islam Melayu
    di negaraku ini.
    Kau satukan hati2 kami utk menghadapi serangan ini. Kau celekkan dan sedarkan kami dari tidur
    dan kealpaan sebelum terlambat. Kau sedarkan pemimpin2 kami yg belum sedar dan Kau istiqamahkan
    kesedaran mereka2 yg telah sedar. Amiin kpd Kau Ya Allah kami berserah.

    Reply
  • January 28, 2015 at 4:17 pm
    Permalink

    aku tak tahu nak kata apa pada para perwakilan PAS yang akan mengundi dalam muktamar pemilihan PAS nanti jika mereka memilih mat sabu untuk menggantikan TGHA sebagai presiden PAS yang baru

    dikala TGHA bertali-arus diperlekeh/dihina bukan sahaja oleh DAP dan PKR malah oleh orang(PASMA atau golongan ‘anwarinas’) dalam parti sendiri, mat sabu tidak pernah sedikit pun menunjukkan kesetiaan kepada ketua(presiden) dengan mempertahankan TGHA

    dikala TGHA bertali-arus diperlekeh/dihina, mat sabu terus mendiamkan diri ibarat seperti telah diculik oleh janda dari orang bunian dimana mat sabu terpaksa hidup di alam yang berbeza tidak berpijak di bumi nyata

    doa serta harapan ikhlas dari aku semoga para perwakilan PAS tidak sebangang seperti ramai orang jangka akan menobatkan atau ternobatkan mat sabu menjadi presiden PAS yang baru….amin ya rabbal alamin!

    harap mek esah pun ucap ‘amin’ bersama dengan aku

    hehehehehe

    Reply
  • March 26, 2015 at 10:49 pm
    Permalink

    Itulah balasan Allah terhadap kebongkakan para pemimpin hamPAS yang gila kuasa,duit & burit sanggup menyatukn diri demi kepentingan politik peribadi untuk menjatuhkan UMNO/BN. Sepanjang masa mereka asyik mengutuk,memfitnah & memutarkan fakta sebenar terhadap UMNO…..anehnya mereka tidak begitu berani mengkritik kelicikan tindakan para pemimpin cina DAP yang begitu berani mempersendakan agama islam & penganutnya negara ini. Sebaliknya pemimpin UMNO sering diperlekehkan malah diperhina sebagai taghut kerana dogma ideologi mereka tidak sealiran dengan UMNO. Tetapi dengan cina DAP walaupun sudah ketara bertentangan dengan idealisme perjuangan mereka tetap disanjung tinggi demi kuasa,jawatan & kedudukan dalam negeri kuasaan PR. Di sinilah hipokrasi para pemimpin serba hamPAS PANDIR AMAT SANGAT…PAS la tuu.

    Para pemimpin hamPAS memang ” PANDIR AMAT SANGAT…..”…!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *