Debat Pilihanraya PBT: Mengupas Sandiwara PAS-DAP!!

Share


534

AGAKNYA apa motif PAS mencabar DAP supaya berdebat tentang pilihanraya kerajaan tempatan yang dikatakan Hadi Awang boleh mencetuskan semula rusuhan kaum 13 Mei?

Kalau debat diadakan dan PAS menang, so what?  Kalau DAP menang, so what?  Tambah lagi, ini bukan debat pertandingan, ada pemenang dan ada pengalah.  Ini debat politik, yang rasa menang, menang (walaupun semua orang melihat dia kalah).

Senang cakap, buang masa.

Lebih baik PAS melerai apa yang kusut, buat keputusan nak terus kekal dalam Pakatan atau nak keluar dari Pakatan, senang cerita.  Buat apa cari jalan susah.  Pakatan pun secara rasminya tidak pernah wujud, sesiapa pun boleh dakwa berhak ke atas nama tu.

Tapi bila benda senang tu tak dibuat, maka itulah penulis melihat, cabar mencabar debat ni hanya wayang kulit sahaja.

Bukan nak melindungkan pergaduhan yang makin ketara di belakang, gaduh memang gaduh tapi masing-masing cuba ‘beli masa’, sekurang-kurangnya sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan nasib Anwar 10 Februari nanti.

Kupasannya mudah.

Ada 3 negeri yang so called ‘Pakatan’ ini perintah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.  Memang tak semua negeri Pakatan ada Exco yang mempunyai wakil dari ketiga-tiga parti (kecuali di Selangor) untuk melambangkan pembahagian kuasa, tapi diperingkat ahli Majlis dan pemberian tender-tender tertentu, pembahagian kuasa itu wujud.

Persoalannya, kalau PAS keluar dari Pakatan , yang pegang jawatan ni semua nak dibuat apa?  Sanggupkah ahli-ahli PAS yang dilantik Exco, ahli majlis dan sebagainya ni, melepaskan jawatan mereka kalau PAS buat keputusan keluar Pakatan sekarang.

Walaupun tak mustahil, tapi penulis tak rasa itu akan berlaku, sebab ini cerita dunia, fulus dan kuasa.

Nak tak nak, kena main drama sikit dan inilah tajuk yang dipilih – debat pasal pilihanraya kerajaan tempatan.

Lepas ini, confirm akan ada pemimpin DAP keluar kenyataan kenapa debat ini perlu atau tidak, wajar atau tidak.  Selepas itu giliran pemimpin PAS pula membalas, begitulah sudahnya sehingga masing-masing pakat lupakan sengketa dan tumpu kepada perjuangan membebaskan Anwar dari penjara, kalau Mahkamah Persekutuan nanti membuat keputusan menghantarnya semula ke Sungai Buluh.

Kalau Anwar tak masuk penjara, Anwar akan jadi hero selesaikan masalah antara dua parti yang dari segi sejarahnya, tak pernah bersetuju apa benda pun ni.  Silap-ilap, hudud pun yang heboh-heboh di Kelantan, akan ditangguhkan atas alasan bencana alam jika Anwar dibebaskan.

Itulah permainannya, tak percaya tengok.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *