Laporan Polis Terhadap Penulis Portal Free Malaysia Today

Share


Pengerusi Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia, saudara Zapaparudin Abdul Rahim hari Mariam Mokhtar - Allah Ruling Reaveals Malay Weakness - Printscreenini membuat laporan polis terhadap seorang penulis portal online berikutan penyiaran artikel yang didakwa berunsur hasutan.

Artikel yang ditulis oleh Mariam Mokhtar bertajuk ‘Allah Ruling Reveals Malay Weakness’ itu telah disiarkan di portal Free Malaysia Today pada 23 Januari 2015.

Menurut saudara Zapaparudin tajuk itu membawa maksud ‘Larangan Penggunaan Kalimah Allah Untuk Bukan Islam Menyerlahkan Kelemahan Bangsa Melayu’ dan mempunyai 8 intipati penting yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

Berikutan itu pihaknya mendesak polis segera melakukan siasatan dan bertindak sewajarnya demi menjaga keharmonian.

“Saya memohon pihak Polis siasat individu ini dan ambil tindakan yang tegas. Kerana jelas dia mempunyai agenda jahat untuk menghasut dan melaga-lagakan rakyat Malaysia. Dan ini boleh mengancam keharmonian kaum di dalam negara kita.

“Tindakan seperti Mariam ini jika tidak dibendung saya takut akan ada banyak lagi penghasut yang akan lahir. Langkah mencegah sebelum ia jadi lebih serius mesti diambil,” demikian kata Zapaparudin.

 

Berikut ialah 8 intipati dalam artikel tulisan Mariam Mokhtar yang didakwa Zapaparudin mempunyai unsur-unsur hasutan.

1) Tindakan dia yang kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia.

2) Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali.

3) Mahkamah telah memutuskan hal-hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci demi memelihara kesejahteraan rakyat. Jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi.

4) Mariam menghasut rakyat membenci Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak dengan menuduh beliau bermain dengan api dan menari mengikut rentak ekstremisme.

5) Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Prancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan.

6) Selain itu, Mariam menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman Wahhabi sedangkan kita semua tahu Malaysia mengikut mazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan Islam.

7) Di dalam artikel ini juga dia ada menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

8) Untuk makluman pihak polis, ini bukan kali pertama Mariam menulis artikel tanpa asas dan bukti yang kukuh. Telah beberapa kali dia memfitnah Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa apa-apa bukti yang sahih. Mohon pihak polis menyiasat artikel ini demi mengelakkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia.



3 thoughts on “Laporan Polis Terhadap Penulis Portal Free Malaysia Today

  • January 26, 2015 at 7:21 pm
    Permalink

    kita sedar yg ds najib sgt sibuk dlm urusannya menjawat CEO negara,PM. Beliau bkn spt lks, lge, hadi awang ataupun anwar… ds najib sgt tekun dgn jawatannya yg nenuntut segala mcm hal dilakukan dgn sempurna tanpa walau satu cacat pun. Jadi kita mencadangkan agar rakyat Msia beramai-ramailah memberi bukti2 sebaikdan sebyk mungkin agar kita sendiri dpt mendakwa mrk2 yg cuba mengaibkan PM dan kerajaan. PM rasanya tak terlayan dan tak punya byk waktu utk melayan semua kerenah dan rwmeh temeh sebegini dan kitalah rakyat yg patut melayan dan kalau boleh menghancurkan segala pakatan2 dajjal yg ada diMsia ini. Bolehkan ini dibuat??

    Reply
  • January 26, 2015 at 10:30 pm
    Permalink

    Gaya penulisan Mariam ini penuh dgn jiwa benci dan dendam yang sangat tebal, tapi bagi peluanglah dia menulis..report dah buat tunggu sajalah dia disoal,disiasat.

    Reply
  • January 26, 2015 at 10:59 pm
    Permalink

    Berani ke polis….??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *