DAP Beri Gelaran Tidak Baik Pada Hadi?

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Perang dingin yang meletus diantara DAP dan PAS makin panas. Satu demi satu rahsia dalam “kelambu” mereka telah terbongkar. Dengan menggunakan teknologi media sosial, rahsia hampir menjadi perkara yang mustahil alaf ini.

Baru-baru ini telah viral di media sosial bahawa pemimpin tertinggi DAP telah memberi gelaran yang cukup kurang sopan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Status tersebut telah ditulis oleh seorang pengguna facebook.

Oleh itu Setiausaha Organisasi DAP iaitu Anthony Loke telah tampil membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dianggap sebagai fitnah yang bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin Pas dan DAP.

Menurut sumber pengguna Facebook tersebut, Hadi Awang amat kecewa dengan sikap DAP yang memberi nama panggilan tidak elok kepadanya. Kononnya Abdul Hadi mengetahui mengenai gelaran tidak elok itu melalui kiriman WhatsApp daripada seorang ahli DAP yang simpati terhadap beliau. Penulis status tersebut dipercayai seorang peguam.

Ironinya pula DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pengguna akaun tersebut. Menurut firasat kita, ini bukan kebiasaan DAP. Selagi boleh, walaupun agak kurang berasas, DAP akan membuat laporan polis. Sekiranya gelaran tersebut benar-benar tidak diberikan oleh pemimpin tertinggi DAP maka kita pasti bahawa mereka akan segera membuat laporan polis.

Krisis yang berlaku diantara PAS dan DAP sebenarnya telah berlarutan agak lama. Mereka sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Halatuju yang terlalu berbeza diantara kedua-dua parti akan menyebabkan agak mustahil bagi mereka bekerjasama di masa hadapan.

Walaupun begitu, DAP sepatutnya “memberi muka” kepada PAS yang selama ini telah banyak berkorban untuk DAP. Lebih daripada 10,000 ekar tanah Kelantan telah tergadai kepada DAP. Dalam mana-mana demonstrasi jalanan, PAS tidak pernah gagal “menurunkan” orang-orang mereka untuk diperhambakan oleh Pakatan Rakyat.

Namun begitu, PAS juga perlu sedar dari  mula, bahawa apabila mereka “rela” membuat perjanjian dengan “syaitan” maka hasilnya tetap akan mengecewakan walaupun ianya nampak cukup baik pada awalnya. Kita sepatutnya belajar dari sejarah. Yang baik kita jadikan teladan, yang jahat kita jadikan sempadan.

10 thoughts on “DAP Beri Gelaran Tidak Baik Pada Hadi?

  • January 26, 2015 at 5:19 pm
    Permalink

    Eh ..Bila UMNO bagi gelaran yg baik kepada PR???

    Reply
  • January 26, 2015 at 5:48 pm
    Permalink

    Keluar dari topik sikit. seperti yg di ketahui PBA (Perbekalan bekalan air pulau pinang) telah mengenakan caj 90 sen setaip bilnya jika di bayar di pos malaysia dan di lain2 ajen kutipan. Bil perlu di bayar di kaunter PBA jika tak nak kena caj.
    Bulan Januari 2015 bil air saya rm7.50. Kalau saya bayar di pejabat pos (selalunya sebelum ini memang saya bayar bil di pejabat pos) saya kena caj 90 sen. Bermakna saya di caj 12% dari jumlah bil air saya. Ini dah 100% Lebih tinggi dari GST yang bakal dikenakan oleh kerajaan sebanyak 6% sahaja bulan april nanti. Kalau dikenakan caj 20 sen pun saya akan bantah. Ini hak rakyat dan PBA yang patut tanggung 90sen ini, bukan dibebankan pada orang Penang. Maaf saya bukan orang penang dan bukan pengundi di penang pun. Tapi baru saja di tranfer ke negeri ini.

    Reply
  • January 26, 2015 at 6:44 pm
    Permalink

    cempakazaleha,
    Anggaplah ini sebagai satu kitaran hidup. Tabahlah menghadapinya. Bukan mudah dan tidak semua orang dapat laluinya. Pe”tranfer”an puan adalah sesuatu yang sangat malang, lebih-lebih lagi puan bukan orang penang, di tambah pula puan bukan pengundi di penang. Memang x patut..
    Bersabarlah…..

    Reply
  • January 26, 2015 at 8:23 pm
    Permalink

    FUCKUTAN RETARD nak tenggelam, betul tak Moooooh!!!

    Hehehehehe

    Reply
  • January 26, 2015 at 8:26 pm
    Permalink

    PAS SEBENARNYA DAH MATI IMAN

    Reply
  • January 26, 2015 at 11:15 pm
    Permalink

    Penang freewifi pun dah berkubur, connection macam zaman akhir tahun 90an, berjuta-juta duit kerajaan habis lingkup.

    Projek tunnel pun senyap jer…tapi tambakkan tanah yang diserahkan pada syarikat cina dalam proses timbal balik perjanjian pembinaan, sedang giat dimajukan dengan kondomanium mewah, awat jadi lagu tu ?? untuk projek tunnel…apa haram pun depa tak buat lagi !! cina DAP tak kesah…janji cina punya.

    Reply
  • January 27, 2015 at 9:01 am
    Permalink

    Gelaran Al Juburi utk Anwar telah diberikan oleh rakan PR nya jugak. Yang pasti pemerintah negara kita tidak menggelarkan orang dengan gelaran tidak baik. LGE baru pegang negeri dah pandai nak gelarkan kawan2 sendiri. Bayangkan kalau dia jadi TPM habis semua orang ada gelaran masing2 kot.

    Reply
  • January 31, 2015 at 7:42 pm
    Permalink

    Tu yang PAS suka…UMNO yg lebeh berhemah yg tk penah maki hamun,mencarut depa kutok abis2…

    Di selangor skang ni nk memancing kt sungai pun dh kena amik permit RM10.00…pakatan rakyat untuk rakyat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *